Pertahanan JDT, Carli de Murga Sertai Kelantan

Pertahanan Johor Darul Ta’zim FC, Carli De Murga secara rasmi menyertai Kelantan bagi saingan musim 2023. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan antara bintang berpengalaman di Malaysia setelah beraksi bersama Terengganu dan juga JDT sebelum ini. Menurut satu kenyataan oleh pemilik Kelantan, Norizam Tukiman, beliau memaklumkan bahawa pasukan kini giat membawa masuk beberapa lagi pemain. […]

Debut Liridon Krasniqi Bersama Terengganu Terhalang

Hasrat penyokong Terengganu untuk melihat debut pemain bintang sensasi pasukan, Liridon Krasniqi beraksi dalam aksi Piala Sumbangsih tertangguh apabila beliau tidak akan beraksi pada perlawanan tersebut. Pemain berusia 31 tahun itu dibawa masuk secara pinjaman daripada JDT musim ini bagi memantapkan lagi jentera tengah pasukan. Namun begitu, khidmat beliau tidak dapat digunakan tatkala skuad kendalian […]

Kelantan Lancar Tiga Jersi Unik Bagi Musim 2023

Dengan Liga Super bakal bermula pada minggu hadapan, kelab-kelab mula memperagakan jersi yang bakal disarung mereka. Terbaru, Kelantan memperkenalkan jersi home, away dan ketiga mereka di Karnival The Red Warriors Day di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini. Kesemua jersi yang dihasilkan oleh 93 Sports dilihat mempamerkan rekaan yang unik ditambah dengan pemilihan warna […]

PDRM Pasang Niat Bawa Masuk Marcelo

Pasukan Liga Super, PDRM FC memasang niat untuk membawa masuk nama besar ke dalam pasukan mereka. Seperti yang sedia maklum, jendela perpindahan kali ini sudah pun dibuka dan kini tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi. Semua pasukan dilihat gigih mempersiapkan pasukan termasuklah PDRM yang sudah merekrut beberapa muka baharu bagi musim 2023. Namun begitu, menerusi […]

Bin Zayed International Kini Bergelar Penaja Utama Kedah

Pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC hari ini telah memperkenalkan penaja utama iaitu Bin Zayed International di majlis pelancaran jersi & lagu KDA FC serta pengumuman penaja utama dan dermasiswa KDA FC. Majlis yang telah dirasmikan oleh pemilik KDA FC iaitu Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan juga Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji […]

4 Pemain Dalam Proses Akhir Dinaturalisasikan

Pertahanan kental Terengganu FC, Argzim Redzovic memaklumkan bahawa kini terdapat 4 orang pemain yang sedang melengkapkan proses naturalisasi. Beliau memaklumkan bahawa pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah pun memberi surat sokongan yang bakal menyaksikan dirinya boleh dinaturalisasikan sebagai pemain tempatan. Pemain berusia 31 tahun ini sudah pun berada pada proses terakhir bagi mendapatkan kelulusan daripada […]

Socios.com Rasmi Penaja Utama JDT Musim 2023

Platform penglibatan dan ganjaran penyokong  terbesar dunia, Socios.com secara rasminya terpapar di hadapan baju Johor Darul Ta’zim (JDT) sekaligus menggantikan penaja sebelumnya iaitu UNICEF. JDT sudah pun mengumumkan kerjasama ini pada tahun lalu yang menyaksikan Harimau Selatan menjadi kelab Malaysia pertama menjalinkan kerjasama dengan platform tersebut. Perkara ini disuarakan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim […]

Rasmi: Jersi JDT Musim 2023 Tampil Penuh Kelainan

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya melancarkan jersi baharu bagi saingan musim 2023. Skuad Harimau Selatan terus menampilkan identiti sendiri dalam satu majlis penuh gemilang yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim. Pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) terus menjalinkan hubungan erat dengan penaja, Nike yang kekal […]

Sabah Perkenal Jersi Serba Merah Musim 2023

Selepas memukau para penyokong dengan jersi away yang diinspirasikan oleh Sumandak (wanita), hari ini Sabah memperkenalkan jersi home mereka untuk saingan Liga Super musim ini. Jersi home berwarna merah itu diperkenalkan dalam majlis pelancaran jersi baru Sabah musim 2023 yang diadakan di Stadium Likas hari ini. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri […]

Jersi Klasik Terengganu & Selangor Tarik Perhatian Pengumpul Jersi UK

Jersi Terengganu dan Selangor bagi musim 2023 sekali lagi tular apabila mendapat perhatian daripada salah sebuah pengumpul jersi dari UK. Pemilik nama akaun Classic Football Shirts itu merupakan pengumpul jersi yang aktif melakukan penjualan jersi ke seluruh dunia. Namun begitu, akaun ini mencuri perhatian sebilangan penyokong Malaysia apabila dilihat memuat naik jersi pasukan Terengganu dan […]

Selangor Umum Skuad Penuh Hadapi Musim 2023

Dengan saingan Liga Super bakal bermula pada minggu hadapan, pasukan-pasukan mula memperkenal barisan pemain masing-masing kepada para penyokong. Hari ini, Selangor memperkenalkan skuad penuh mereka untuk musim 2023. Barisan pemain Merah Kuning musim 2023 diperkenalkan pengurusan kelab dalam program Jom Jumpa First Team yang diadakan di Tropicana Gardens Mall. Program ini turut dihadiri oleh DYTM […]

Jersi Kuching City 2023 Gamit Kenangan Lampau

Dengan saingan Liga Super bakal bermula pada minggu hadapan, pasukan-pasukan sibuk membuat persiapan akhir. Bagi Kuching City pula, mereka telah memperkenalkan jersi home dan away baru mereka untuk musim 2023. Menariknya, untuk video pengenalan jersi mereka, ramai figura terkemuka tampil mempromosikan kelab berkenaan. Ini termasuklah bekas penjaga gol Fulham dan Australia, Mark Schwarzer di mana […]

Kabel Lampu Limpah Stadium Perak Dicuri

Persiapan Perak menghadapi Liga Super musim 2023 sedikit tergugat semalam. Ini selepas kabel lampu limpah stadium keramat mereka, Stadium Perak dipotong dan dicuri semalam. Akibat tindakan individu tidak bertanggungjawab ini, perlawanan pertama Liga Super Perak menentang Kedah pada 25 Februari ini berkemungkinan terpaksa diadakan pada waktu petang dan bukan waktu malam seperti dijadualkan. Susulan itu, […]

Safee Sali Masih Tiada Pasukan

Bekas penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali merupakan antara pemain ternama yang masih belum mempunyai pasukan untuk diwakili bagi kempen Liga Malaysia musim ini selepas meninggalkan bekas pasukannya, Kuala Lumpur City FC (KL City). Safee, 39 bukanlah nama yang asing buat bola sepak Malaysia apabila hampir dua dekad mencipta nama di persada bola sepak negara […]

Video ‘Gadis Sumandak’ Sabah Terima Pujian Netizen

Pasukan Sabah hari ini telah memperkenalkan jersi ‘Away’ untuk tahun 2023. Jersi terbaru itu diberi gelaran ‘Sumandak’ yang mana ia merupakan jersi tribute kepada ‘Sumandak-Sumandak Sabah’ yang telah hadir membanjiri Stadium Likas memberikan sokongan kepada pasukan sepanjang aksi Liga Malaysia musim lepas. Video yang berdurasi satu minit itu memaparkan jersi serba indah dengan padanan warna […]

Keindahan Jersi Away Selangor 2023 Buat Penyokong Diam Tak Terkata

Selepas menarik perhatian penyokong dengan jersi home yang diinspirasikan daripada Stadium Shah Alam, kini Selangor menampilkan pula jersi away mereka hari ini. Menampilkan warna hijau hutan, warna tersebut dipilih bagi melambangkan keberanian perajurit negara yang berjuang di perbatasan. Selain itu, warna hijau juga merupakan warna rasmi DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan […]