Info Siaran Langsung Piala Sumbangsih 2023: JDT vs Terengganu

Perlawanan pertama melibatkan pertembungan antara dua pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC bakal menghangatkan saingan musim 2023. Aksi Piala Sumbangsih ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dengan kedua-dua pasukan dalam misi besar untuk memburu kejuaraan pertama musim ini. JDT dan Terengganu dibimbing oleh pengendali baharu bakal menjadikan aksi pertama ini sebagai […]

Paulo Josue Sah Pemain Naturalisasi Terbaru

Menjelang aksi pertama Liga Super membabitkan KL City dan Penang yang berlangsung esok, satu berita baik menggembirakan penyokong Harimau Malaya. Ini selepas CEO KL City, Stanley Bernard mendedahkan kapten, Paulo Josue kini berstatus sebagai pemain naturalisasi. Dengan Josue kini berstatus pemain naturalisasi, ini memberi lebih banyak ruang kepada jurulatih Bojan Hodak untuk menurunkan awang import […]

KL City Tampil Penuh Kelainan Bagi Jersi Musim 2023

Dengan saingan Liga Super bakal membuka tirai menerusi Perlawanan Sumbangsih, kelab-kelab mula memperkenalkan jersi home dan away mereka. Hari ini, KL City menarik perhatian penyokong dengan memperkenalkan jersi baru mereka untuk musim 2023. Ia diperkenalkan dalam satu majlis ringkas di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Selain memperkenalkan jersi baru City Boys, ia juga merupakan […]

Bas Penyokong Terengganu Ke Johor Kemalangan

Hari ini, ramai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk Perlawanan Sumbangsih. Tetapi bagi sekumpulan penyokong Peteh, malang tidak berbau apabila mereka ditimpa sedikit kemalangan. Menurut akaun Football Terengganu, bas yang membawa penyokong Penyu terlibat dalam satu kemalangan sekitar laluan Muadzam-Segamat. Bas dan sebuah kereta lain cuba mengelak […]

“Orang Gila Sahaja Berani Ambil Kelantan” – Zamsaham

Di bawah pemilikan usahawan terkenal Norizam Tukiman, pasukan Kelantan kini berada pada kedudukan yang kukuh. Tetapi bila mengenang semula usaha pengambilalihan The Red Warriors yang dimuktamadkan pada 3 September 2020, beliau menyifatkan hanya orang gila yang berani ambil pasukan berkenaan. Menurut Norizam, sebelum Kelantan diambil alih olehnya, pasukan tersebut bukan saja berdepan masalah hutang yang […]

Shahrul Nizam Tak Sangka Jadi Kapten Terengganu

Pemain pertahanan Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni mengakui tidak menyangka bahawa akan diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan bagi musim 2023 ini. Beliau optimis mampu menggalas tugas tersebut meskipun baru berusia 25 tahun. “Saya tidak pernah terfikir yang saya akan dipilih sebagai kapten. Saya tidak dilahirkan di Terengganu, dan saya tak sangka di usia saya ketika ini […]

Syarikat Kanada, Kensana Health Kini Rakan Kerjasama Strategik Kedah

Sejak di bawah pemilikan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Kedah terus menunjukkan kemajuan di luar padang. Beberapa hari lepas, skuad Kenari memeterai perjanjian penajaan selama setahun dengan syarikat farmaseutical berasaskan tumbuhan Kanada, Kensana Health. Perjanjian tersebut diumumkan di laman media sosial Kedah. Kensana Health berasal dari Kanada dengan operasi syarikat digerakkan di Jerman dan […]

Legenda Argentina Tak Dapat Hadir, Julio Cesar Bakal Serikan Aksi JDT

Ramai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa apabila legenda Argentina, Javier Zanetti tidak dapat hadir ke Perlawanan Sumbangsih esok. Tetapi seorang lagi legenda Inter Milan dijangka hadir esok iaitu bekas penjaga gol kebangsaan Brazil, Julio Cesar. Zanetti yang kini merupakan naib presiden Nerazzurri memohon maaf tidak dapat hadir ke perlawanan esok disebabkan perlu memenuhi komitmen […]

Paulo Josue Dah Tak Sabar Terima Kad Pengenalan Selaku Rakyat Malaysia

Kapten pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue tidak sabar lagi untuk bergelar warganegara Malaysia. Beliau yang ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Karl Nunis ketika sesi latihan berkata, pihaknnya dan juga kelab sedang berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan hasrat ini. Pemain kelahiran Brazil ini memberitahu bahawa segala proses sudah diatur seperti perancangan sungguhpun hari […]

Selepas Kedah, Syukor Burger Teruja Dapat Kerjasama Dengan Perak

Selepas bekerjasama dengan Kedah bagi menghasilkan burger stadium yang enak, Syukor Burger membina pula kerjasama dengan Perak. Ia merupakan berita baik bagi penyokong Perak yang mahukan burger yang enak bila menonton perlawanan skuad Seladang. Kerjasama ini diumumkan oleh pemilik Syukor Burger, Syukor Majid menerusi satu hantaran di Facebook hari ini. “Selain bersama Kelab Bola Sepak […]

TicketHotline Alami Masalah Gangguan Server, Sebahagian Pembelian Tiket Gagal Diproses

Operasi jualan tiket atas talian, TicketHotline alami gangguan server semasa penjualan tiket Piala Sumbangsih melibatkan pasukan JDT menentang Terengganu. Pihak Johor Darul Ta’zim menerusi satu hantaran di media sosialnya memaklumkan, TicketHotline sedang menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. “Operator jualan tiket, TicketHotline telah memaklumkan kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bahawa akibat daripada respon yang […]

Tiga Penjaga Gol Kebangsaan Bersaing Rebut Jersi Nombor Satu Di JDT

Bukan mudah buat tiga nama besar dalam arena bola sepak tempatan untuk menghadapi perkara ini kerana persaingan yang begitu hebat namun ianya akan menjadikan mereka lebih baik dari sebelum ini kerana masing-masing mahu membuktikan kemampuan dan menawan hati jurulatih. Inilah yang terjadi kepada tiga penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias, Haziq Nazli dan Syihan Hazmi yang […]

JDT Sasar Sekurang-Kurangnya Tempat Ke-3 Liga Super

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan sasaran buat JDT bagi musim 2023. Musim ini sasaran pasukan adalah untuk menamatkan kempen Liga Super sekurang-kurangnya di tangga ketiga teratas liga. Beliau menjelaskan layak ke pentas Asia menjadi misi utama buat skuad Harimau Selatan. “Target kami untuk pasukan JDT […]

Azam Azmi Tandatangani Kontrak Jangka Panjang Bersama Terengganu

Dengan Perlawanan Sumbangsih bakal berlangsung beberapa hari lagi, Terengganu sibuk membuat persiapan. Dan mereka mendapat berita baik hari ini apabila bek kanan muda, Azam Azmi Murad menandatangani kontrak baru hingga tahun 2025. Berita baik ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam ciapannya di Twitter beberapa jam lepas. Dengan Azam Azmi kekal bersama […]

JDT Bakal Pertaruhkan Pemain Muda Di Piala Malaysia

Walaupun dibarisi pemain-pemain ternama seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim dan Jordi Amat, Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa menekankan pembangunan pemain-pemain muda. Dan itu diharap dapat direalisasikan menerusi penglibatan pemain-pemain ini dalam Piala Malaysia. Hal ini mahu direalisasikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk musim ini. Ini kerana […]

Rahadiazli Tak Rela Tragedi Lama Berulang

Penjaga gol muda berpotensi negara, Rahadiazli Rahalim tidak mahu menanggung duka lagi tatkala bakal berdepan dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Kedua-dua pasukan bakal berdepan sesama mereka bagi aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, 24 Februari ini. Pemain yang mesra disapa Abe ini bagaimanapun yakin dengan percaturan jurulatih baharu, Tomislav Steinbrukner […]