Jalan Berbeza Hairuddin Omar & Tomislav Steinbrückner Di Terengganu

Terengganu FC

Impak yang dibawa oleh pengendali muda Terengganu II, Hairuddin Omar semakin mendapat perhatian apabila pasukannya mempamerkan prestasi yang cukup memberangsangkan. Kemampuan untuk individu yang lebih mesra dikenali sebagai Hai-O ini merupakan cerita yang berbeza dengan seorang lagi pengendali Terengganu, Tomislav Steinbrückner. Pengendali berusia 43 tahun itu cemerlang menggalas tanggungjawab untuk memacu cabaran skuad muda Peteh […]

Tan Cheng Hoe Waspada Helah Dua Bekas Pemain Sekat Selangor

Selepas merekodkan kemenangan 3-1 ke atas KL City, Selangor sudah pasti mahu meneruskan kecemerlangan ke atas Negeri Sembilan esok. Bagaimanapun, kelibat dua pemain iaitu Safuwan Baharudin dan Shahrel Fikri Mohd Fauzi bakal menjadi fokus anak-anak buah Tan Cheng Hoe. Sebelum beraksi dengan Negeri Sembilan, kedua-duanya pernah beraksi dengan Selangor termasuk di bawah bimbingan Cheng Hoe […]

Kelantan Yakin Capai Kedudukan 10 Terbaik Liga Super

Kekalahan terbaru 4-2 di tangan Negeri Sembilan tempoh hari sememangnya mengecewakan ramai penyokong Kelantan. Tetapi bagi pemilik Kelantan, Norizam Tukiman, beliau masih percaya pasukan itu mampu mencapai kedudukan 10 terbaik Liga Super musim ini. Beliau tahu ramai kecewa dengan kemajuan pasukan yang dibimbing Choi Moon-sik itu. Ini kerana Kelantan setakat ini hanya mengumpul empat mata […]

Casagrande Perlukan Bantuan Di Negeri Sembilan

Bekas pengendali Selangor FC, B. Sathianathan menyatakan rasa kagum terhadap aksi yang dipamerkan oleh pemain import Negeri Sembilan, Casagrande namun yakin pemain itu masih perlu dibantu. Beliau yang pernah menyarung jersi Melaka dan Penang diberi peranan oleh K. Devan untuk mengemudi jentera serangan skuad Hobin Jang Hobin. Pemain berusia 37 tahun ini jelas memanfaatkan kelebihan […]

Tomislav Steinbruckner Masih Tiada Jawapan Mengenai Pengganti Kulmatov

Menjelang aksi ‘derby’ Pantai Timur membabitkan Terengganu dan Kelantan esok, dari satu segi ramai penyokong Peteh melihat ini sebagai peluang meraih tiga mata penuh. Tetapi tanpa beberapa tonggak utama, anak-anak buah Tomislav Steinbruckner berdepan tugas sukar meraih kemenangan. Dua tonggak utama Peteh iaitu Jordan Mintah dan Sony Norde dilaporkan masih mengalami kecederaan. Manakala bek tengah […]

Natanael Siringoringo Mahu Kembali Ke Kelantan

Pemain sayap Kelantan FC, Natanael Siringoringo tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa dirinya masih merindukan kelab asalnya. Bintang sensasi Indonesia itu kini dipinjamkan ke kelab Liga 1, Dewa United bagi musim ini telah menjadi tunjang utama pasukannya. Beliau telah beraksi sebanyak 25 perlawanan dengan menjaringkan dua gol dan satu bantuan gol musim ini. Menerusi satu perkongsian […]

Fernando Forestieri: Perak Bukan Pasukan Lemah

Dengan kekalahan terbaru 3-1 di tangan Penang, ramai menjangkakan lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 4 April ini sebagai pasukan belasahan. Tetapi bagi penyerang bintang Fernando Forestieri, pasukan yang dibimbing Datuk Lim Teong Kim itu mampu mencipta kejutan jika JDT beraksi sambil lewa di Stadium Perak. Ini kerana di sebalik statistik tiga layangan kad merah […]

“Ini Perlawanan Terbaik Kita” – Nafuzi Zain

Pengendali Kedah, Nafuzi Zain berpuas hati dapat pulang dengan satu mata dari Stadium Darulmakmur susulan keputusan seri 1-1 menentang Sri Pahang pada Sabtu. Beliau berkata, sepanjang membimbing Kedah, ini adalah permainan terbaik ditunjukkan barisan pemainnya yang nampak cukup produktif di setiap bahagian. “Kita tahu bukan mudah main di Kuantan, dengan Pahang sekarang dalam kedudukan yang […]

“Kalau Kita Asyik Main Seri Pun Pening” – Fandi Ahmad

Tiga mata mungkin sudah menjadi milik Sri Pahang ketika menentang Kedah seandainya Lucas Rodriguez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-85. Namun sepakannya melewati palang, membolehkan Kedah terus bernafas dan mendapatkan jaringan penyamaan untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1. Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, mengakui kecewa apatah lagi pasukan sudah berada di ambang kemenangan […]

Mario Arques Lepas Geram Kepada Jurulatih Kelantan?

Tiada pasukan di dalam dunia ini mahu kalah namun begitulah adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi penyokong Kelantan FC, mereka sudah pasti sukar untuk menelan kekalahan besar 4-2 kepada Negeri Sembilan FC. Walaupun tewas dalam perlawanan tersebut, aksi yang dilangsungkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi itu turut dicemari dengan satu […]

Bekas Import JDT Beri Bayangan Akan Kembali

Tiada angin tiada ribut namun baru-baru ini, bekas penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT) dan PKNS FC, Gabriel Guerra memberi bayangan akan kembali ke pentas bola sepak Malaysia. Ianya juga dipercayai sebagai destinasi terakhir sebelum persaraan. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh penyerang berusia 30 tahun itu di laman instagram rasmi beliau. Di dalam postingan tersebut, […]

Liga Super: Jaringan Minit Akhir Balotelli Kecewakan Sri Pahang

Hasrat Sri Pahang melakar kemenangan ketiga dalam Liga Super musim ini, tidak kesampaian setelah diikat Kedah 1-1 pada Sabtu. Sri Pahang begitu hampir dengan kemenangan apabila mendahului menerusi jaringan sepakan penalti Stefano Brundo pada minit ke-62, namun berputih mata apabila Kedah berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi Jonathan Boareto. Sri Pahang bagaimanapun mengekalkan rekod […]

Liga Super: Negeri Sembilan Catat Kemenangan Dramatik Tewaskan Kelantan

Negeri Sembilan memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri apabila berjaya menundukkan Kelantan 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan gol pendahuluan. The Red Warriors menguji kecekapan penjaga gol tuan rumah, Sikh Izhan Nazrel menerusi percubaan Ismaheel Akinade seawal minit pertama tetapi ia berjaya ditangkap kemas penjaga gol […]

Tano Solari Terkejut Arif Aiman Sembuh Menentang Sabah

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memuji kerja keras yang dilakukan oleh staf perubatan JDT dalam memulihkan kecederaan dua bintang pasukan, Arif Aiman dan juga Endrick Dos Santos namun tidak menyangka mereka dapat diturunkan pada aksi semalam. Arif dilaporkan sudah mengalami kecederaan sebelum aksi persahabatan menentang Turkmenistan manakala Endrick cedera buku lali pada […]

“Pemain Sabah Terlalu Takut” – Ong Kim Swee

Kekalahan 4-0 Sabah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) nyata mengecewakan jurulatih mereka, Datuk Ong Kim Swee. Ini kerana sebarang pelan yang dirangka untuk mengekang mereka semasa perlawanan terus binasa. Berdasarkan pemerhatian bekas jurulatih skuad kebangsaan itu, beliau mendapati anak-anak buahnya takut memegang bola terlalu lama kerana bimbang dengan tekanan yang dibawa pemain-pemain JDT. Akibatnya, ini […]

Lim Teong Kim: Pemain Perak Mungkin Masih Tidur

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim memberi respon yang cukup pedih berkenaan hakikat persembahan pasukan Perak semalam. Beraksi di gelanggang lawan, The Bos Gaurus jelas bergelut untuk memberikan persembahan terbaik apabila tewas dengan keputusan 3-1 kepada Penang. Pengendali berusia 59 tahun ini bagaimanapun jelas kecewa dengan persembahan anak buahnya yang gagal menyaingi pasukan tuan […]