Faisal Halim Benar-Benar Kotakan Janji Kepada Selangor

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus membuktikan kalibernya untuk terus menjadi watak penting di Selangor. Bintang sensasi Harimau Malaya itu terus menjadi sandaran Tan Cheng Hoe untuk mengemudi jentera serangan pasukan. Perpindahan beliau ke Lembah Klang berlangsung dengan penuh ujian selepas beraksi hampir 2 bulan tanpa sebarang jaringan. Bekas bintang Terengganu ini bagaimanapun […]

Rezal Zambery Nafi Kem TRW Kelantan Dilanda Masalah

Pengendali sementara TRW Kelantan, Rezal Zambery Yahya menafikan berlaku pergolakan di dalam pasukan sehingga mendorong kepada prestasi buruk ketika menentang Terengganu dalam aksi Liga Super pada Selasa. Kelantan tewas 0-5 kepada Terengganu dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, perlawanan pertama kendalian Rezal Zambery setelah pengurusan membuat keputusan merehatkan ketua jurulatih Choi Moon Sik […]

Bojan Hodak Resah Dengan Keadaan Pemain KL City

Menjelang perlawanan Liga Super KL City menentang Sabah malam ini, masalah kecederaan yang menimpa City Boys masih belum reda. Dan ini memeningkan kepala jurulatih mereka, Bojan Hodak untuk merencana kesebelasan utama terbaik menentang skuad Badak. Antara pemain yang dilaporkan masih belum cergas ialah Kevin Ray Mendoza, Akram Mahinan, Zhafri Yahya, Patrick Reichelt dan Matko Zirdum. […]

Lim Teong Kim: Kamu Perlu Tanya Pengurusan, Bukan Saya

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim berharap agar para penyokong tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan terhadap prestasi pasukan terhadap dirinya semata-mata. Pengendali berusia 59 tahun itu jelas tidak memiliki solusi terbaik untuk mengekang cabaran sengit daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila tewas 0-5 semalam. Mengulas lanjut, menerusi satu hantaran Tiktok oleh seorang penyokong, beliau sempat […]

Jurulatih Ini Beri Cadangan Membina Kepada Lim Teong Kim

Tiada mana-mana jurulatih di dalam dunia ini mahu menyaksikan pasukan kendaliannya mengalami kekalahan. Namun apa jua keputusan, seharusnya perlu diterima kerana adat perlawanan ada menang dan ada yang kalah. Begitu yang terjadi kepada pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim yang dilihat agak kurang selesa ketika ditemuramah sejurus tamat perlawanan di antara Perak dan pendahulu […]

Kamu Fikir Sendirilah Apa Kekurangan Kami – Lim Teong Kim

Selepas kekalahan 5-0 kepada JDT pada aksi ketujuh saingan Liga Super Malaysia 2023, pengendali Perak, Lim Teong Kim terpaksa akur dengan kekalahan keempat yang dicatat pasukan. Percaturan dan taktikal bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) itu seakan tidak menjadi apabila pasukannya pula menjadi mangsa amukan Harimau Selatan. Beliau akui JDT merupakan sebuah pasukan […]

Lim Teong Kim Buat Arif Aiman Marah

Seperti diramal, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan status sebagai pasukan pilihan dengan membelasah Perak 5-0 di Stadium Perak hari ini. Tetapi apa yang menarik perhatian penonton ialah pertengkaran antara jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim dengan pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi. Insiden ini berlaku sekitar minit ke-74. Dengan bola terkeluar dari permainan, Arif Aiman […]

Liga Super: Terengganu Berpesta Gol Ke Atas Kelantan

Terengganu merekodkan kemenangan ketiga dalam Liga Super musim ini. Ini selepas anak-anak buah Tomislav Steinbruckner merekodkan kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini. Kurang setengah jam sebelum perlawanan bermula, pengurusan The Red Warriors mengumumkan Choi Moon-sik ‘direhatkan’ sebagai jurulatih dengan tempatnya digantikan oleh Rezal Zambery Yahya sebagai jurulatih […]

Liga Super: Tandukan Afro Julang Selangor Tewaskan Negeri Sembilan

Perlawanan Liga Super 2023 malam ini menyaksikan Selangor melayan kunjungan Negeri Sembilan yang berkesudahan dengan keputusan 2-1 di Stadium MBPJ sebentar tadi. Perlawanan bermula rancak dengan Selangor memiliki peluang untuk menjaringkan gol seawal minit ke-10 melalui sepakan Ayron tepat ke arah gol, namun ditampan Sikh Izhan. Negeri Sembilan cuba mengatur serangan balas menerusi larian deras […]

Liga Super: JDT Jinakkan Perak 5-0

Aksi Liga Super 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Perak menentang gergasi dari selatan, Johor Darul Ta’zim. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh menyaksikan skuad kendalian Lim Teong Kim terpaksa akur apabila tewas dilaman sendiri. Seawal minit kelima permainan, JDT mendahului perlawanan apabila kesilapan dilakukan benteng pertahanan Perak, Hasnul Zaim yang tertampan masuk bola […]

Choi Moon-sik Direhatkan, Rezal Zambery Ganti Peranan Kemudi Kelantan

Berita mengejutkan mengenai kem di Kelantan apabila ketua jurulatih, Choi Moon-sik direhatkan daripada tugasan berkuat kuasa serta-merta. Berita mengenai perkara ini dikongsikan oleh kelab sendiri apabila pihak pengurusan difahamkan telah pun merehatkan pengendali kelahiran Korea Selatan itu. Perkara ini susulan prestasi hambar The Red Warriors pada permulaan musim ini apabila mencatatkan hanya satu kemenangan daripada […]

TMJ: JDT Kukuhkan Nilai Komersial Bola Sepak Malaysia

Seperti dijangka, bilangan penonton yang menonton perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) amat ramai terutama di platform milik penyiar rasmi Liga Malaysia (Liga M), Astro. Dan itu menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim bahawa pasukan milik baginda memperkukuh nilai komersial bola sepak tanah air. Hal ini bersandarkan kepada satu ciapan yang […]

“Tiada Istilah Kalah Bagi Pasukan Kedah” – Nafuzi Zain

Kekalahan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di tangan Penang FC dalam aksi pusingan pertama Piala FA bulan lalu sudah pasti mahu segera dilupakan pengendali pasukan KDA FC, Nafuzi Zain apabila kedua-dua pasukan sekali lagi akan berentap dalam aksi ketujuh Liga Super (LS7) di Stadium Darul Aman, malam esok. Mengulas mengenai perlawanan ‘Derbi Utara’ itu, […]

“Lim Teong Kim Bukan Di NFDP Lagi” – Azraai Khor

Prestasi terumbang-ambing Perak di bawah bimbingan Datuk Lim Teong Kim bukan saja meresahkan penyokong Seladang. Malah, bagi bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, ia juga satu peringatan bahawa Liga Super sentiasa mementingkan keputusan segera di atas padang, bukan agenda jangka panjang yang dibawa Teong Kim. Semasa pra-musim, The Bos Gaurus telah menggariskan pelan jangka panjang […]

“Kalau Tak Mahu Tekanan, Jual Goreng Pisang” – Lim Teong Kim

Selepas mengalami kekalahan terbaru 3-1 kepada Penang tempoh hari, tekanan sudah pasti dirasai oleh jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim. Dan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal bertandang ke Stadium Perak untuk perlawanan Liga Super esok, satu lagi kekalahan bakal menggugat kedudukannya sebagai jurulatih The Bos Gaurus. Ketika ini, Perak menduduki tangga ke-10 liga dengan […]

JDT & Sri Pahang Sebenarnya Sama Liat

Dua pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang membuktikan bahawa pasukan mereka bukan pasukan yang mudah ditewaskan. Anak didik Tano Solari membuka perjalanan cerita Liga Super 2023 dengan penuh bergaya apabila mencatatkan 6 kemenangan bersih setakat ini. Skuad Harimau Selatan berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya meledak 25 gol dan hanya bolos […]