Tano Solari Lihat Persembahan JDT Sempurna

Selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Sabah, ia bukan saja mengekalkan JDT di tampuk pendahulu liga. Malah, jurulatih mereka Esteban ‘Tano’ Solari menyifatkan persembahan yang ditampilkan Harimau Selatan sebagai sempurna. Ini kerana walaupun Sabah mengamalkan pendekatan bertahan, pasukan pelawat berjaya dibolosi menerusi Arif Aiman (minit ke-20) dan Juan Muniz (minit […]
“Saya Sentiasa Marah Pemain-Pemain Saya” – Bojan Hodak

Bojan Hodak seakan tidak tahu apa solusi kepada isu kelalaian anak-anak buahnya setiap kali turun bermain. Disebabkan kelalaian mereka, KL City tewas kepada Selangor 3-1 dalam perlawanan Liga Super semalam – satu isu yang membuatkan pengendali dari Croatia itu hilang sabar bila memikirkannya. City Boys terlebih dahulu mendahului menerusi Tchetche Kipre pada minit ke-24. Bagaimanapun, […]
Statistik Pertahanan PDRM, James Okwuosa Memang Tak Masuk Dek Akal

Selepas beberapa kejutan yaang dicipta pasukan PDRM FC dalam saingan Liga Super musim ini, terkini telah tular statistik tak masuk akal yang melibatkan pertahanan tengah mereka dari Nigeria, James Okwuosa. Bekas pertahanan skuad kebangsaan Nigeria berusia 32 tahun itu kini merupakan antara pertahanan tengah paling menyerlah dalam saingan Liga Super yang kini memasuki perlawanan keenam. […]
Liga Super: Selangor Pamer Taring Benam KL City

Perlawanan Liga Super malam ini menyaksikan KL City melayan kunjungan Selangor FC yang berkesudahan dengan keputusan 1-3. Pada minit ke-24 permainan, Tchetche Kipre meletakkan KL City dihadapan apabila rembatan deras dari luar kotak berjaya menerjah gawang gol. Selang beberapa minit permainan, pasukan Selangor berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan KL […]
Liga Super: JDT Berpesta Gol Benam Sabah

Johor Darul Ta’zim meneruskan rentak kemenangan dalam aksi minggu perlawanan ke-6 Liga Super 2023 selepas berjaya membenam Sabah 4-0. Kemenangan ini juga memberikan JDT mata maksimum sebanyak 18 mata selepas memenangi kesemua 6 perlawanan awal liga. JDT membuka pintu jaringan pada minit ke-20 menerusi satu serangan balas disudahkan cantik Arif Aiman yang berjaya memperdaya beberapa […]
Nazzab Hidzan Percaya Gol Arif Aiman Sepatutnya Dibatalkan

Bekas pemain bola sepak negara, Nazzab Hidzan melontarkan pandangan tersendiri apabila menyatakan bahawa gol pertama yang dijaringkan oleh pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman sepatutnya dibatalkan. Beliau yang kini merupakan pengulas di RTM memberi komentar secara jelas tentang bagaimana situasi gol tersebut terlepas daripada pandangan pengadil perlawanan. Harimau Selatan berjaya mendahului permainan menerusi […]
Tan Cheng Hoe Tidak Layan Perang Psikologi Bojan Hodak

Susulan pendedahan Bojan Hodak bahawa Selangor dianggap ‘lawan mudah’, ramai berpandangan jurulatih KL City itu sengaja meletakkan tekanan ke atas mereka. Tetapi bagi jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe, beliau tidak ambil pusing dengan kenyataan sensasi jurulatih Croatia itu. Ini kerana adat bagi mana-mana jurulatih untuk mencari kelebihan dalam perlawanan besar terutama perlawanan ‘derby’ seperti […]
Natxo Insa Dijangka Kembali Perkuat JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sedikit tempang menjelang perlawanan menentang Sabah esok susulan kecederaan beberapa pemain utama. Di sebalik berita berkenaan, penyokong Harimau Selatan boleh menghela nafas lega apabila Natxo Insa bakal kembali memperkuat pasukan. Natxo sebelum ini berehat panjang selepas mengalami kecederaan belakang. Begitupun, jurulatih JDT, Esteban Solari tidak memberi sebarang jangka masa bila […]
Kedah & Perak Nyatakan Minat Tukar Rumput Zeon Zoysia

Susulan inisiatif penggantian rumput Zeon Zoysia yang dicanang Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pelbagai reaksi diterima ramai pihak. Terbaru, dua negeri di sebelah utara iaitu Kedah dan Perak berminat melaksanakan inisiatif tersebut. Hal ini didedahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Ini berdasarkan dua surat yang dihantar dua kerajaan negeri itu kepada pejabat […]
Lima Pemain Harimau Malaya Jadi Sandaran Ong Kim Swee

Dengan perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berlangsung esok, jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee sedar bukan mudah bagi anak-anak buahnya meraih kemenangan. Atas sebab itu, beliau berharap lima pemain Badak yang baru pulang dari tugasan pasukan kebangsaan dapat merealisasikan matlamat tersebut. Lima pemain yang dimaksudkan ialah penjaga gol Damien Lim, duo pertahanan Dominic […]
Steinbruckner Sudah Berjaya Kesan Punca Aksi Lemau Terengganu

Terengganu sehingga kini belum dapat menepati ekspetasi sebagai pencabar kejuaraan dan tidak begitu menyengat sepertimana musim-musim sebelumnya. Lima perlawanan dilalui, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner ini hanya mencatat satu kemenangan dan sudahpun mengalami tiga kekalahan. Ia juga menjadi punca Steinbruckner diberi surat tunjuk sebab oleh pihak pengurusan, dan jurulatih dari Croatia itu percaya tempoh rehat lebih […]
Kelantan Bakal Panggil Semula Pemain Import Indonesia Perkuat Pasukan

Selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super, penilaian tentang keberkesanan tenaga import Kelantan sudah mula dibuat. Dengan sesetengah pemain import menunjukkan prestasi kurang memuaskan, pemilik pasukan, Norizam Tukiman bersedia memanggil semula awang import Indonesia, Natanael Siringoringo. Norizam atau mesra dikenali sebagai Zamsaham berpandangan langkah tersebut perlu demi memperkuat pasukan. Dengan pasukan kini menduduki tangga ke-10 liga, […]
TMJ: Misi Dominasi Sedekad Belum Selesai

Dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) menduduki kedudukan pendahulu liga ketika ini, ramai percaya ini bakal menjadi satu lagi musim kejayaan buat Harimau Selatan. Tetapi bagi Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, ini takkan berlaku tanpa sokongan padu para penyokong. Dengan satu lagi perlawanan sukar menentang Sabah pada 31 Mac ini, JDT […]
Matyo Percaya Faktor Fizikal Punca Utama Syihan Dahului Farizal

Musim 2023 Liga Super menyaksikan beberapa pasukan membawa masuk beberapa pemain baharu ke dalam pasukan masing-masing. Tidak ketinggalan ialah juara bertahan sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). JDT telah membuat kejutan dengan membawa masuk penjaga gol baharu iaitu Syihan Hazmi dari Negeri Sembilan FC bagi memberikan saingan sihat kepada penjaga gol berpengalaman JDT, […]
Zamsaham Taruh Harapan Tinggi Terhadap Choi Moon-sik

Semalam, pengumuman perlantikan Frank Bernhardt sebagai Pengarah Teknikal Kelantan menamatkan spekulasi berkenaan kedudukan Choi Moon-sik. Dan bagi pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham, beliau masih percaya dengan keupayaan jurulatih Korea Selatan itu membimbing The Red Warriors. Setakat ini, Kelantan merekodkan satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan. Tetapi semangat juang yang ditunjukkan The Red Warriors […]
Bojan Hodak Puji Impak Paulo Josue Bersama Harimau Malaya

Paulo Josue dilihat tidak kekok mengetuai bahagian tengah Harimau Malaya semasa menentang Turkmenistan. Bagi jurulatih KL City, Bojan Hodak, impak yang dibawa kapten mereka itu amat membantu bila saingan Liga Super kembali bersambung pada 31 Mac ini. Ini kerana pengalaman beraksi bersama pasukan kebangsaan sama sekali berbeza dengan pengalaman di peringkat kelab. Ini memaksa pemain […]