TMJ Nafi Tuduhan Gaji Pemain JDT Dibayar Oleh Kontraktor

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa gaji pemain JDT dibayar oleh kontraktor. Menurut satu kenyataan di laman Twitter Baginda, TMJ ada memberi respon kepada seorang penyokong yang ingin tahu berkenaan ulasan bahawa terdapat sesetengah kelab yang memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri […]

TMJ Tak Sangka Dengan Rekod ‘Ganas’ JDT Di Liga Super

Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mengakui tidak menyangka bahawa JDT mampu beraksi sebegitu bagus dalam saingan Liga Super musim ini. Baginda dalam satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers menjelaskan bahawa antara salah satu faktor yang memberi kesan kepada musim baik JDT adalah disebabkan latihan pra-musim berkualiti. Katanya, perlawanan bertemu dengan […]

TMJ: Bermain Di Luar Negara Tidak Semestinya Bagus

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai pemain Malaysia mencuba nasib bermain di luar negara. Tetapi bagi Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, realitinya tidak seindah seperti yang disangka. Dari satu segi, ia bagus kerana membantu pemain mengutip pengalaman baru dan meningkatkan kemahiran mereka di liga baru. Tetapi menurut baginda, perlu […]

“JDT Bukan Penjara” TMJ Jawab Mengenai Perpindahan Arif Aiman Ke Luar Negara

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi memaklumkan bahawa JDT masih tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan luar negara untuk mendapatkan khidmat Arif Aiman. Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini kuat dikaitkan akan berhijrah ke pasukan luar negara dengan beberapa pasukan di Liga Jepun dan Korea menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain […]

Perak Nafi Tuduhan Buat Bantahan Terhadap Mutu Pengadilan

Baru-baru ini dikhabarkan oleh beberapa sumber pasukan Perak mahu pertimbangkan bantahan terhadap mutu pengadilan ketika perlawanan Liga Super 2023 di antara pasukan itu dengan Johor Darul Ta’zim pada selasa. Namun, pada hari ini Perak FC telah mengeluarkan penafian sekeras-kerasnya terhadap semua laporan media atas tuduhan tersebut dalam satu pemgumuman rasmi di media sosial Instagram milik […]

“Saya Perlu Rebut Peluang Demi Masa Depan” – Azri Ghani

Dengan kecederaan yang menimpa penjaga gol utama KL City, Kevin Ray Mendoza, ini membuka peluang buat penjaga gol Azri Ghani untuk merebut kedudukan tersebut. Dengan merebut peluang yang ada, dia mahu membuktikan bahawa dia mampu menjadi penjaga gol utama City Boys pada masa hadapan. Dan malam tadi, Azri menunjukkan kemampuannya dengan memastikan gawang KL City […]

Fandi Ahmad Lega Walau Perlu Kerja Keras Tewaskan PDRM

Selepas tamat perlawanan menentang PDRM, kelegaan terpancar di wajah jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad. Ini kerana anak-anak buahnya terpaksa bekerja keras sebelum mencipta kemenangan ke atas The Cops di Stadium MBPJ malam tadi. Mengakui PDRM merupakan satu pasukan yang merbahaya, beliau melihat anak-anak buahnya berdepan kesukaran mengekang mereka. Sri Pahang bagaimanapun bertuah kerana mendahului pada […]

Liga Super: Sri Pahang Cemas Sebelum Lepasi ‘Roadblock’ PDRM di Petaling Jaya

Sri Pahang meneruskan permulaan baik mereka bagi musim 2023, apabila mencatat kemenangan ketiga dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas PDRM di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Rabu. Skuad Fandi Ahmad bagaimanapun diberi tentangan sengit malah berdepan situasi cemas apabila terpaksa menahan asakan bertali arus PDRM sebelum berjaya mengesahkan kemenangan. Sri Pahang mendahului pada minit […]

Liga Super: Kedah Catat Kemenangan Ke Atas Penang

Walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang, itu tidak menghalang Kedah daripada mencatatkan kemenangan ke atas Penang dalam perlawanan ‘derby’ utara tanah air di Stadium Darul Aman hari ini. Walaupun turun sebagai pasukan pelawat, anak-anak buah Manzoor Azwira Abdul Wahid langsung tidak gentar dengan tuan rumah. Malah, mereka sudah menguji gawang Kedah seawal minit pertama menerusi […]

Liga Super: KL City Lakar Kejutan Tewaskan Sabah

Pasukan KL City berjaya meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2023 selepas menewaskan Sabah hari ini. Anak buah kendalian Bojan Hodak tampak selesa beraksi di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 mengatasi Sabah. Aksi separuh masa pertama bermula dengan kedua-dua pasukan mencari rentak permainan. Sabah yang banyak menggerakkan permainan daripada sebelah sayap kanan […]

“Nampak Macam Dah Dirancang Dengan Orang Atasan” – TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kehairanan melihat jadual aksi Liga Super 2023 pasukan Selangor sepanjang bulan Ramadan ini. Ini kerana sepanjang bulan April, empat daripada lima perlawanan pasukan Selangor dijadualkan berlangsung di laman sendiri iaitu di Stadium MBPJ. Dalam hantaran yang dimuat naik portal Semuanya BOLA bertajuk 4 Perlawanan Home Dalam […]

Giliran Tomas Trucha Pula Direhatkan Kelantan United

Selepas Choi Moon-sik direhatkan pasukan Kelantan, satu lagi pasukan mengambil langkah sama hari ini iaitu Kelantan United. Ini selepas kelibat Tomas Trucha tidak kelihatan dalam perlawanan Kuching City-Kelantan United yang sedang berlangsung. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Trucha dikatakan direhatkan oleh pihak pengurusan untuk beberapa perlawanan. Dengan keputusan itu, Nazrulerwan Makmor sekali lagi […]

TMJ Akan Tampil Jawab Khabar Angin Perpindahan Arif Aiman

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan tampil menjawab segala desas desus dan khabar angin tentang berita perpindahan bintang muda JDT, Arif Aiman Hanapi. Dalam hantaran terbaru JDT di laman Johor Southern Tigers, DYAM Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor akan ditemu bual mengenai beberapa perkara berkait rapat dengan […]

Tiada Laporan Prestasi Pasukan Punca Choi Moon-sik Direhatkan

Semalam, kecoh arena bola sepak Malaysia apabila pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengumumkan Choi Moon-sik direhatkan sebagai jurulatih. Hari ini, beliau mendedahkan pelbagai sebab mengapa bekas jurulatih Daejeon Citizen itu direhatkan. Dalam satu kenyataan di Facebook, antara sebab utama Moon-sik direhatkan ialah prestasi pasukan yang merudum termasuk siri kekalahan berturut-turut yang dialami Kelantan. […]

“Jurang Mata Tidaklah Terlalu Jauh” – Rezal Zambery

Sasaran mengakhiri pusingan pertama Liga Super 2023 di kedudukan 10 teratas masih lagi relevan di sebalik deretan keputusan buruk, demikian pandangan jurulatih sementara TRW Kelantan, Rezal Zambery Yahya. Beliau yang dilantik menggantikan Choi Moon Sik yang direhatkan pengurusan, memimpin Kelantan ketika kekalahan 0-5 kepada Terengganu dalam aksi pertama bimbingannya. Ia adalah kekalahan kelima mereka musim […]

“Berikan Saya Kemenangan, Saya Takkan Kacau” – Zamsaham

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham baru-baru ini telah menjelaskan tentang apa yang berlaku di dalam kem pasukan The Red Warriors itu. Umum mengetahui, Kelantan merupakan pasukan pertama di Liga Super yang merehatkan ketua jurulatih iaitu Choi Moon-sik. Zamsaham menjelaskan bahawa keputusan itu berada di tangan beliau. Selepas melihat rentetan […]