Tan Cheng Hoe Tagih Bisa Faisal Halim

Menjelang aksi Liga Super Selangor menentang Kelantan malam ini, jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe pastinya berharap anak-anak buahnya dapat meneruskan rentak kemenangan. Antara pemain yang diharap mampu meneruskan persembahan cemerlang ialah pemain sayap Faisal Halim. Selepas menamatkan kemarau golnya dalam perlawanan persahabatan Malaysia-Hong Kong penghujung Mac lalu, Faisal kemudiannya menyumbat dua gol dalam perlawanan […]

Tano Solari Memang Menantikan Aksi Bertemu Kedah

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari atau Tano Solari mendedahkan bahawa perlawanan Liga Super bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) adalah salah satu perlawanan yang sangat dinantikan olehnya. Solari juga menghormati pasukan Kedah kerana beraksi dengan baik dalam saingan liga sehingga berada di tangga kedua liga. Walaupun menghormati skuad kendalian Nafuzi Zain itu, […]

Detik Mencabar Syihan Hazmi & Kalamullah

Dua orang penjaga gol berbakat, Ahmad Syihan Hazmi dan juga Kalamullah Al-Hafiz berdepan detik mencabar bagi saingan musim 2023 malam ini. Kedua-dua pemain ini bakal berentap antara satu sama lain dengan misi untuk membantu pasukan yang diwakili mencatat kemenangan penting. Syihan yang kini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi peranan untuk menjadi penjaga gol […]

Frank Bernhardt Dilantik Jurulatih Baharu Kelantan

Selepas pemilik Kelantan, Norizam Tukiman mengambil keputusan untuk merehatkan Choi Moon-sik, ramai berspekulasi kedudukan jurulatih Korea Selatan itu akan diambil alih oleh Frank Bernhardt. Hari ini, jurulatih Jerman itu sah dilantik sebagai pengganti Moon-sik. Sebelum dilantik sebagai Pengarah Teknikal Kelantan lagi, sudah ada ura-ura Bernhardt akan dibawa masuk sebagai pengganti bekas jurulatih Daejeon Citizens pada […]

Jodoh Tak Panjang, Bekas Penjaring Terbanyak Tinggalkan Kelantan

Baru sahaja diperkenalkan sebagai pemain baharu Kelantan FC pada Februari, bekas penjaring terbanyak skuad ‘The Red Warriors’ musim 2018, Shafiq Shaharudin dikhabarkan telah meninggalkan pasukan tersebut selepas hanya sempat tampil sekali sahaja musim ini. Nama Shafiq bukanlah nama asing dalam arena bola sepak Malaysia apabila pemain berusia 29 tahun itu juga pernah menyarung jersi Harimau […]

Kenapa Ikhwan Yazek Padam Semua Gambar Terbaru di Instagramnya?

Tindakan pemain sayap TRW Kelantan, Ikhwan Yazek memadam semua gambar terbaru di posting instagramnya menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong setia pasukan itu. Tidak diketahui apa punca dia berbuat demikian, namun penyokong mula mengandaikan ia mungkin didorong rasa tidak puas hati terhadap layanan diterimanya sejak mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan menentang KL City pada bulan lalu. […]

Nafuzi Zain Anggap JDT Pasukan Sempurna

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain memberi pujian kepada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim esok. Pengendali muda berusia 44 tahun itu kini menikmati detik terbaik bersama pasukannya yang kini berada dalam momentum yang cukup memberangsangkan. Mengulas lanjut, beliau mengakui bahawa akan ada sedikit perubahan formasi susulan kehilangan […]

T. Saravanan Optimis Pacu Skuad Muda Malaysia Di Sukan SEA

Selepas membantu skuad Bawah 22 Tahun (B-22) Malaysia memenangi Piala Merlion pada bulan lepas, T. Saravanan percaya rakan-rakan sepasukannya mampu mempamerkan aksi terbaik di Sukan SEA 2023. Ini termasuk merealisasikan sasaran layak ke final acara bola sepak temasya berkenaan. Saravanan membantu KL City meraih kemenangan pertama liga dengan mengalahkan Sabah 2-0. Lebih manis, gol lambungnya […]

3 Pemain Dijangka Mampu Bantu Kedah Kejutkan JDT

Perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah dijangka menjadi tumpuan kerana ramai ingin tahu sama ada Kenari mampu mengekang pendahulu Liga Super itu. Tetapi bagi bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof, ada tiga pemain yang boleh membantu Kedah mengejutkan Harimau Selatan. Tiga pemain tersebut ialah penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz, penyerang Brazil, Willian Lira dan bekas pemain […]

Kelantan Tampil Perjelas Kemelut Hangat Pasukan

Selepas beberapa siri dakwaan yang dibuat ejen bola sepak dari Korea Selatan, Jeong Myeong-ho berkenaan pasukan Kelantan, pengurusan The Red Warriors (TRW) membuat penjelasan hari ini. Mereka menyifatkan tuduhan yang dilemparkan ejen kepada jurulatih Choi Moon-sik itu sebagai palsu dan fitnah. Pengurusan kelab percaya semua tuduhan ini dibuat bagi menutup kelemahan bekas jurulatih Daejeon Citizens […]

JDT Buktikan Seluruh ‘Permata Selatan’ Ampuh Meledak

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan bahawa mereka benar-benar serius sebagai satu pasukan musim ini. Skuad Harimau Selatan kini menjadi satu-satunya pasukan yang meledak 30 gol dalam hanya 7 penampilan setakat ini. Anak didik Tano Solari juga hanya dibolosi satu gol sahaja menerusi sepakan penalti ketika berdepan Kelantan di laman sendiri. Menerusi […]

Penyokong Terengganu Berharap Trio MMA Dikekalkan

Selepas memulakan kempen Liga Super dengan aksi yang kurang memberangsangkan, kini Terengganu FC semakin mendapat rentak lebih-lebih lagi selepas berjaya menewaskan pasukan Kelantan FC dengan keputusan 5-0 tempoh hari. Posisi serangan pernah menjadi satu masalah yang besar buat pasukan ‘Sang Penyu’ apabila dalam tiga perlawanan pertama, tiada gol yang mampu dijaringkan. Dalam aksi keempat Liga […]

Kalamullah Mahu Sekat Hasrat JDT

Penjaga gol Kedah Darul Aman, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi percaya dengan kemampuan rakan sepasukan  untuk memberikan yang terbaik buat pasukan sekaligus tekad menyekat hasrat Johor Darul Ta’zim yang mahu membolosi gawangnya. Beliau menjelaskan setiap pemain sudah membuat persiapan rapi berdepan JDT nanti dan apa yang menjadi fokus utama Kedah adalah mendapatkan banyak jaringan . Kalamullah […]

Zainal Abidin Ramal Nafuzi Zain Ada Formula Berdepan JDT

Bekas ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan menjangkakan Kedah Darul Aman mempunyai percaturan tersendiri bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT). Aksi penting ini bakal berlangsung di gelanggang keramat skuad Harimau Selatan dalam misi memberi tentangan sengit kepada juara bertahan Liga Super tersebut. Mengulas lanjut, pengendali berusia 60 tahun itu percaya barisan kejurulatihan Sang Kenari sudah […]

“Saya Baru Ambil Dari KAFA 3 Tahun, Bukannya 30 Tahun” – Zamsaham

Walaupun menjadi mangsa kecaman sejak beberapa hari yang lalu, namun pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham tetap ambil peduli tentang apa yang diperkatakan penyokong bola sepak Malaysia khususnya penyokong setia Kelantan FC. Semalam telah tular foto yang memaparkan tahap kualiti padang yang dilihat agak teruk. Rata-rata penyokong Kelantan terkejut dengan apa yang dipaparkan itu. […]

Pengurusan Perak Kesal Dengan Tindakan Lim Teong Kim Kepada Media

Beberapa hari lepas, tular di media sosial tindakan jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim bersikap acuh tidak acuh kepada media susulan kekalahan besar 5-0 pasukan itu kepada Johor Darul Ta’zim (JDT). Dan hari ini, pengurusan Seladang melahirkan rasa kesal dengan tindakannya itu kepada media. Pengerusi kelab, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mendedahkan kelab mengambil […]