Ini Sebab JDT FC Beruntung Miliki Pertahanan Elit Macam Jordi Amat

Kehadiran pertahanan kental Indonesia, Jordi Amat ke dalam skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas memberi nilai tambah yang cukup besar buat pasukan dan ternyata tindakan JDT membawa masuk pemain ini adalah keputusan yang tepat. Pemain berusia 31 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah selain pernah beraksi di liga terbaik […]

Zamsaham Tahan Gaji Sebab Nak ‘Ajar’ Pemain Kelantan FC

Semua sedia maklum antara isu yang membayangi Kelantan FC ialah isu penahanan gaji sebanyak 50% oleh pemillik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham. Dan semalam, beliau menjelaskan langkah tersebut dibuat bagi ‘mengajar’ pemain agar lebih bermotivasi memburu kemenangan. Sejak kali terakhir mengecapi kemenangan ke atas Penang FC pada 5 Mac lalu, Kelantan FC sudah lama tidak […]

Statistik Feroz Baharudin Kemudi Benteng JDT FC Menggerunkan

Statistik yang direkodkan oleh pertahanan muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin amat memberangsangkan sekaligus menjadi antara prospek terbaik di JDT musim ini. Pemain berusia 23 tahun itu merupakan antara tunjang utama untuk mengemudi benteng pertahanan skuad Harimau Selatan musim ini sekaligus menyebabkan kehilangan Shane Lowry tidak dirasai. Beliau mula mendapat tempat dalam skuad Harimau […]

Liga Super: Sri Pahang FC 1-2 KL City FC

Hasrat Sri Pahang FC merapatkan jurang dengan pasukan yang menduduki tangga kedua Liga Super, Selangor FC tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak-anak buah Fandi Ahmad tunduk 1-2 kepada KL City FC di Stadium Darul Makmur. Selepas Selangor FC diaibkan PDRM FC di Stadium MBPJ semalam, skuad Tok Gajah di tempat ketiga berpeluang merapatkan jurang […]

Zaquan Adha Tak Mahu Bersara Lagi

Semua sedia maklum Zaquan Adha Abdul Radzak terpaksa berehat selama enam bulan selepas mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL). Walaupun mengalami kecederaan itu buat kali kelima dalam kariernya, ini bukan bermakna penyerang Negeri Sembilan FC itu mahu bersara. Sebaliknya, Zaquan yang pernah beraksi untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) FC itu mahu fokus kepada pemulihan kecederaan […]

Jurulatih Penang FC Terkejut Dengan Cara JDT FC Bermain

Jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira mengakui agak terkejut dengan cara yang ditampilkan oleh JDT FC ketika pertemuan dua pasukan semalam. Aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Penang itu menyaksikan anak didik Tano Solari berjaya meraih kemenangan ke-13 Liga Super dengan keputusan 2-0. Mengulas lanjut, beliau kelihatan berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan oleh anak […]

Tan Cheng Hoe Kecewa Dengan Kelekaan Pemain Selangor FC

Kekalahan mengejut 1-0 Selangor FC kepada PDRM FC semalam sememangnya mengecewakan jurulatih mereka, Tan Cheng Hoe. Ini kerana kelekaan barisan pertahanan membolehkan The Cops melancarkan satu-satunya serangan mereka dan menjaringkan gol menerusi Bruno Suzuki pada minit ke-61. Ia terjadi apabila Marcus Macauley yang tidak dikawal berjaya melorongkan bola kepada bekas penyerang Terengganu itu sebelum menewaskan […]

Percaturan PDRM FC ‘Gari’ Selangor FC Menjadi

Semalam, penyokong Selangor FC terkejut apabila Merah Kuning diaibkan oleh PDRM FC 1-0 di Stadium MBPJ. Dan bagi jurulatih The Cops, Azzmi Aziz, ini menunjukkan perancangan permainannya menentang Selangor menjadi. Sepanjang perlawanan, anak-anak buah Tan Cheng Hoe mendominasi perlawanan dengan Sang Saka Biru terpaksa bertahan. Setiap serangan bukan sekali dipatahkan oleh barisan pertahanan PDRM FC […]

Liga Super: JDT Tiada Masalah Tewaskan Penang Kali Kedua

Perlawanan Liga Super minggu ke-13 menyaksikan pertembungan diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC yang berkesudahan dengan jaringan 2-0.   Permainan bermula rancak apabila kedua-buah pasukan cuba untuk menguasai perlawanan.  JDT tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama menerusi bek kiri, Corbin Ong dengan sepakan ‘half-volley’ menerjah ke gawang gol pada minit ke-18 permainan. […]

Liga Super: Selangor Longlai Dikejutkan PDRM

Hasrat Selangor mencipta kemenangan mudah ke atas PDRM hari ini tidak kesampaian. Ini selepas skuad Merah Kuning dikejutkan The Cops 1-0 di Stadium MBPJ. Dengan reputasi PDRM sebagai pasukan yang liat untuk ditewaskan, Selangor menurunkan barisan terkuat bagi mendepani anak-anak buah Azzmi Aziz. Dan sebaik sepak mula, anak-anak buah Tan Cheng Hoe mula mengasak kubu […]

Liga Super: Terengganu Mudah Atasi Cabaran Perak

Hasrat Perak melakar kebangkitan di bawah jurulatih sementara, Yusri Che Lah tidak kesampaian hari ini. Ini selepas Terengganu mudah melakar kemenangan 2-0 ke atas tuan rumah di Stadium Perak. The Bos Gaurus berharap pasukan kembali bangkit selepas merehatkan Datuk Lim Teong Kim memulakan perlawanan dengan langkah kiri. Cubaan Bryan See mengeluarkan bola gagal apabila ia […]

Dato’ Seri Vida Cadang Ambil Alih Pasukan Kelantan

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Yang Hormat Dato’ Seri Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida (DSV) ingin menawarkan bantuan untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan. Kemelut bola sepak Kelantan musim ini dilihat membimbangkan dengan beberapa kontroversi berkait dengan gaji dan prestasi pasukan yang hanya memperoleh 1 kemenangan dan 1 […]

Lima Kali Cedera ACL, Zaquan Adha Redha

Kecederaan Ligamen Krusiata Anterior (Anterior Cruciate Ligament, ACL) bukanlah sesuatu yang baru buat bekas penyerang Harimau Malaya yang kini beraksi untuk Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha Abd Razak. Kapten Negeri Sembilan itu disahkan mengalami kecederaan itu buat kali kelima sepanjang karier bola sepaknya. Zaquan menerima kecederaan itu dalam aksi suku akhir Piala FA menentang Selangor […]

Liga Super: Kelantan Makin Parah, Tewas Kepada Kelantan United

Kelantan terus buntu mencari kemenangan kedua dalam Liga Super musim ini. Sebaliknya, Kelantan United ceria merekodkan kemenangan pertama musim ini apabila membelasah Kelantan 4-1 dalam aksi derby Kelantan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV hari ini. Sebaik sepak mula, Kijang Hijau membuka tirai jaringan menerusi Devid Silva pada minit ke-22. Empat minit kemudian, OJ […]

Liga Super: Lee Tuck Muncul Hero, Bantu Kedah Atasi Sabah

Kedah Darul Aman melayan kunjungan Sabah di Stadium Darul Aman dalam aksi Liga Super 2023 hari ini. Aksi LS13 itu menyaksikan skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya mengutip tiga mata berharga menewaskan Sabah 2-1. Babak separuh masa pertama bermula dengan jaringan awal berjaya dihasilkan pasukan pelawat. Sabah hadir pada minit kelapan menerusi ledakan Gabriel Peres setelah […]

Insiden Jaílton Paraíba Tersembam Ke Tanah Mengerikan

Pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman dan juga Sabah dihiasi dengan insiden yang kurang senang melibatkan pemain serangan pasukan Sabah, Jaílton Paraíba. Pemain kelahiran Brazil itu turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk membantu The Rhinos membolosi gawang gol Kedah Darul Aman. Gol pertama pasukan pelawat hadir menerusi pemain pertahanan, Gabriel Peres sebelum pemain naturalisasi negara, […]