Zamsaham: Ada Tak Individu Lain Selain Dato’ Seri Vida?

Desas-desus pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham untuk menjual kelabnya itu masih menjadi tanda tanya dengan jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida (DSV) dikatakan berminat untuk membeli. Namun begitu, sehingga kini masih tiada lagi tawaran rasmi yang dikemukakan oleh DSV. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Zamsaham melalui satu muat naik […]

Azraai Khor: Dia Main Tak Pakai Otak

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman, Azraai Khor Abdullah menyelar tindakan tidak profesional pemain sayap Penang ketika bertemu KL City semalam. Beliau yang menjadi pengulas di RTM membuat analisis terperinci berkenaan perlawanan tersebut sambil meluahkan kekecewaan dengan respon pemain berusia 25 tahun itu di atas padang. Pada perlawanan semalam, pemain ini dimasukkan pada babak kedua permainan […]

Ketiadaan Penyerang Tulen Jejaskan Permainan Sabah FC

Susulan kekalahan 1-0 di tangan PDRM FC semalam, itu merupakan kekalahan ketiga Sabah FC dalam semua kejohanan. Bagi Nizaruddin Yusof, beliau melihat ketiadaan penyerang tulen di bahagian serangan menjejaskan rentak permainan pasukan itu. Selepas penyerang kebangsaan, Darren Lok terpaksa diketepikan akibat kecederaan, pengendali skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee meletakkan kapten Baddrol Bakhtiar di posisi […]

Fahmi Fadzil Diumum Selaku Penaung Baharu KL City FC

Selepas menunjukkan kemajuan memberangsangkan di atas padang, KL City FC mahu memastikan pembangunan di luar padang tidak ketinggalan. Justeru, City Boys hari ini mengumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebagai penaung terbaru pasukan berkenaan. Beliau mengikut jejak langkah dua bekas menteri yang pernah menjadi penaung KL City FC. Mereka ialah Tan Sri Annuar Musa […]

Tragedi Kad Merah Giancarlo Gallifuoco Undang Tanda Tanya

Kad merah yang dilayangkan oleh pengadil perlawanan terhadap pertahanan KL City FC, Giancarlo Gallifuoco mengundang pelbagai persoalan. Kejadian ini berlaku ketika The City Boys menentang Penang FC di Stadium Bandaraya ketika perlawanan memasuki babak akhir permainan. Tindakan pemain kelahiran Australia itu untuk mengawal keadaan bertukar tragedi apabila hantarannya kepada penjaga gol pasukan, Azim Al-Amin agak […]

Liga Super: PDRM FC 1-0 Sabah FC

Sabah FC seakan belum menemui formula mujarab untuk kembali meraih kemenangan selepas dua kekalahan dalam semua kejohanan. Terbaru, skuad Badak yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee tewas mengejut 1-0 di tangan PDRM FC di Stadium MBPJ hari ini. Sabah FC turun sambil berdepan beberapa isu. Selain masalah kecederaan membabitkan beberapa tonggak, skuad Badak juga tidak […]

Sabah Sisihkan Rizal Ghazali Berdepan PDRM

Pasukan Sabah FC hari ini turun tanpa kelibat pemain pertahanan, Rizal Ghazali untuk aksi LS14 Liga Super 2023. Beberapa jam sebelum sepak mula antara Sabah menentang PDRM hari ini, telah tular satu berita yang mengaitkan pemain berusia 30 tahun itu. Kekasih Rizal Ghazali yang dikenali sebagai Dr Hana Rose telah memuat naik satu hantaran di […]

Tan Cheng Hoe Jumpa ‘Permata’ No. 6 Di Selangor FC

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe melakukan satu tugas yang cukup luar biasa di kelab apabila menemui seorang lagi permata yang mampu beraksi dengan cukup baik pada posisi nombor 6. Pengendali berusia 55 tahun itu telah pun merombak kesebelasan utama The Red Giants ketika mereka mencatatkan kemenangan besar 1-7 menumpaskan Kelantan United. Bekas jurulatih […]

Kedah FC Bakal Hantar Ubi Muda Ke Real Madrid

Dengan Kedah FC menunjukkan prestasi memberangsangkan di atas padang, pengurusan Kenari tidak lupa kepada pembangunan akar umbi. Semalam, mereka mengumumkan 12 ubi muda bakal dihantar berlatih di Real Madrid dari 17 hingga 25 Jun ini. 12 orang pemain ini terpilih kerana merupakan sebahagian dari skuad Kedah FC F (skuad bawah 14 tahun) yang memenangi The […]

Liga Super: Kedah Darul Aman 3-0 Perak FC

Aksi Liga Super LS14 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman menentang Perak. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan pasukan tuan rumah mencatat kemenangan bergaya menewaskan Perak, 3-0. Babak separuh masa pertama berakhir dengan Kedah mendahului 1-0 dihadapan. Jaringan pemain import KDA FC, Amirbek Juraboev pada minit ke-26 permainan memastikan […]

Liga Super: Kelantan United 1-7 Selangor FC

Selangor mencatat kemenangan bergaya mengatasi Kelantan United dalam aksi Liga Super LS14 hari ini. Tuan rumah, Kelantan United terpaksa akur dengan kehebatan Gergasi Merah Kuning apabila tewas 7-1. Babak separuh pertama perlawanan menyaksikan anak buah kendalian Tan Cheng Hoe ghairah mencipta jaringan. Seawal minit keempat permainan, kapten pasukan, Mukhairi Ajmal membuka akaun jaringan perlawanan. Penjaring […]

Perak FC Ke Alor Setar Dengan Skuad Tempang

Dugaan demi dugaan dihadapi pengendali sementara Perak FC, Yusri Che Lah. Selepas tumpas 0-3 kepada Terengganu FC di laman sendiri, kini Yusri dikatakan membawa skuad yang tempang dalam menghadapi cabaran pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi Liga Super di Stadium Darulaman malam ini. Berita tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul […]

Ejen Nik Akif Beri Peringatan Buat Zamsaham

Baru-baru ini telah kecoh di media berkenaan dengan pembayaran gaji yang tidak penuh kepada pemain Kelantan FC namun segalanya telah pun dijawab oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham. Namun terdapat cerita lain yang timbul disebalik berita penahanan gaji pemain Kelantan FC itu. Ejen kepada bekas pemain Kelantan FC, Nik Akif […]

Zainal Abidin Teruja Dengan Potensi Sebenar PDRM FC

Dengan pusingan kedua Liga Super bakal bermula esok, satu pasukan yang dijangka akan diberi lebih perhatian iaitu PDRM FC. Dan bagi legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, potensi mereka sebagai pasukan yang mampu mencipta kejutan mengujakan ramai pihak termasuk penyokong. Pandangan beliau bersandarkan kepada 13 perlawanan yang dilalui sebelum ini. Ini kerana anak-anak […]

Kelantan FC Alami Kerugian Punca Lambat Bayar KWSP & Perkeso

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menjelaskan kegagalan kelabnya membayar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada waktu yang ditetapkan adalah disebabkan Kelantan FC tidak memperoleh keuntungan. Bayaran yang kini telah mencecah sehingga RM400,000 itu bagaimanapun dikhabarkan akan dilunaskan dengan kadar segara. “Kita sudah mula bayar, kalau tidak berbuat demikian Kelantan FC […]

Dato’ Seri Vida Sudah Ada Pelan Khas Ambil Alih Kelantan FC

Dengan pelbagai masalah yang menyelubungi Kelantan FC ketika ini, ramai ingin tahu siapa yang dapat membawa pasukan itu keluar dari kancah krisis. Antara nama yang dicanang ialah usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida. Beliau menyatakan minat untuk mengambil alih The Red Warriors (TRW) lebih-lebih lagi selepas melihat perkembangan semasa pasukan berkenaan. Baginya, pengurusan skuad Kijang […]