Yusri Che Lah Percaya Kemampuan Ubi Muda Perak

Semua sedia maklum Perak ketika ini dilatih oleh jurulatih sementara Yusri Che Lah selepas merehatkan Datuk Lim Teong Kim. Dan walaupun sedar cabaran menentang naib juara Liga Super musim lepas, Terengganu di Ipoh esok, beliau masih percaya dengan kemampuan pemain-pemain muda Seladang. Yusri mengakui ramai pemain Perak terutama di barisan pertahanan berusia di bawah 25 […]

Pusat Latihan Kelantan Bakal Jadi Realiti

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Kelantan bakal memiliki pusat latihan sendiri. Norizam atau lebih dikenali dengan sapaan Zamsaham memaklumkan pusat latihan The Red Warrior bakal dibina diatas tanah seluas lapan ekar. Lokasinya terletak di bersebelahan Padang Polo di Pengkalan Chepa. “Tanah seluas lapan ekar di sebelah padang polo, Pengkalan Chepa […]

Jurulatih Kuching City Ditimpa Kemalangan

Tatkala Kuching City dapat bernafas semula selepas meraih satu mata dengan KL City minggu lepas, pasukan itu menerima khabar duka hari ini. Ini selepas jurulatih mereka, Irfan Bakti Abu Salim ditimpa kemalangan jalan raya. Berdasarkan kenyataan rasmi Il Gatto, Irfan mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang dari masjid. Ini mengakibatkan beliau mengalami kecederaan […]

Terengganu Bakal Rombak Pemain Import Pasukan

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal menjelang tidak lama lagi, pasukan-pasukan Liga Super sudah mula membuat perancangan memperkuatkan pasukan. Dan Terengganu difahamkan bakal mencari seorang pemain import baru. Ini berdasarkan satu laporan Nadi Arena yang menyatakan skuad Peteh bakal mencari seorang pemain import baru bagi menggantikan salah seorang daripada sembilan pemain import mereka. Ketika ini, Terengganu […]

“Pemain Dah Tiada Hati”

Penyerang berbisa Kelantan FC, Norshamil Abd Ghani secara terbuka memberitahu bahawa para pemain di kelab kini sudah tiada hati untuk beraksi. Umum mengetahui bahawa pasukan itu menghadapi kekangan yang cukup besar selepas timbul isu mengenai gaji yang tidak dibayar terhadap para pemain. Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Tiktok, para pemain The Red Warriors kelihatan […]

Norizam Tukiman Mahu Bina Padang Latihan Sendiri Jika Menang Kes Saman KAFA

Dengan pelbagai isu yang membelenggu Kelantan ketika ini, pemilik kelab, Norizam Tukiman bukanlah orang popular dalam kalangan penyokong. Di sebalik semua itu, beliau berharap dapat membina padang latihan The Red Warriors (TRW) sekiranya memenangi kes saman dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Setahun lepas, Norizam mendedahkan bahawa beliau telah menyaman entiti tersebut. Ini selepas KAFA […]

Zamsaham: Saya Nak Cari Duit Susah, Biarlah Berbaloi Dengan Kemenangan

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman tampil menjelaskan berkaitan isu tunggakan gaji yang sedang melanda pasukan Kelantan. Beliau menjelaskan bahawa memang benar ada isu tunggakan gaji sebelum ini, bagaimanapun ia telah dilunaskan secara berperingkat dalam bulan yang sama. Beliau menegaskan semua pemain Kelantan mendapat gaji penuh seperti yang telah ditetapkan. “Salam semua penyokong TRW yang dikasihi. […]

Kekurangan Pemain Import Jejaskan Kekuatan Negeri Sembilan

Kekuatan kewangan Negeri Sembilan yang terbatas menyaksikan mereka hanya dapat mengikat khidmat empat pemain import jika dibandingkan pasukan-pasukan Liga Super lain. Dan kini, kekurangan tersebut menjejaskan keupayaan skuad Rusa bersaing termasuk dalam perlawanan suku akhir Piala FA 2023 pada Sabtu lepas. Hal ini disedari oleh bekas pemain Selangor, Asmawi Bakiri. Dengan Herold Goulon terpaksa berehat […]

PFAM Terima Aduan Masalah Gaji Pemain Kelantan

Pelbagai isu terus membelenggu Kelantan termasuk isu gaji dalam kalangan pemain. Berhubung isu ini, dua orang pemain iaitu Farhan Abu Bakar dan Afzal Akbar membuat aduan rasmi berkenaan perkara tersebut kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM). Berdasarkan perkongsian yang dibuat di laman media sosial PFAM, kedua-dua pemain itu mengadakan pertemuan dengan Eksekutif Undang-Undang […]

Terengganu Hilang Khidmat Syafik Ismail

Keceriaan Terengganu mara ke separuh akhir Piala FA 2023 pada Sabtu lepas sedikit tercalar. Ini selepas pemain sayap muda, Syafik Ismail dilaporkan mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL) dalam perlawanan tersebut. Sebelum itu, Syafik, 23, menceriakan penyokong skuad Peteh dengan meledakkan gol keempat tuan rumah pada minit ke-82. Ia terhasil menerusi satu rembatan lencong dari […]

Negeri Sembilan Terpaksa Lupakan Zaquan Adha

Selepas terpaksa melupakan khidmat bek tengah berpengalaman Herold Goulon akibat kecederaan jangka panjang, kini Negeri Sembilan terpaksa melupakan khidmat kapten mereka, Zaquan Adha Abdul Radzak. Ini selepas penyerang berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan semasa bertemu Selangor dalam aksi Piala FA 2023 semalam. Zaquan tampil sebagai pemain gantian dengan harapan dapat membantu skuad Jang bangkit […]

Syafiq Ahmad Bakal Tinggalkan JDT?

Masa depan penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad sekali lagi menjadi tanda tanya peminat bola sepak tanah air. Pemain berusia 27 tahun itu kini seringkali memanaskan bangku simpanan tatkala Harimau Selatan terus mengukuhkan cengkaman Liga Super menerusi kemenangan ke-12 musim ini. Anak jati Pulau Pinang itu bagaimanapun diberikan kesempatan untuk beraksi sebagai pemain […]

Norizam Tukiman Anjur Majlis Makan Bersama Penyokong Kelantan

Dengan Kelantan kini terumbang-ambing di kedudukan kedua tercorot Liga Super, ini bukan sesuatu yang positif buat penyokong The Red Warriors (TRW). Ditambah dengan pelbagai isu dalaman yang membelenggu kelab, ramai mengharapkan majlis makan yang akan dianjurkan pemilik kelab, Norizam Tukiman mampu merungkai semua persoalan yang timbul. Ini selepas Norizam atau mesra dikenali sebagai Zamsaham mengumumkan […]

Aksi Roma & Bayer Leverkusen Jadi Azimat Penang Rantai JDT

Penang FC dilihat optimis untuk terus memberikan cabaran terbaik kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh ketua jurulatih pasukan, Maznoor Azwira kepada Karl Nunis, wartawan Astro Arena menjelang pertemuan yang cukup penting di Stadium Bandaraya awal bulan hadapan. Katanya, beliau telah pun mencongak ramuan terbaik berdepan skuad […]

JDT Untung Besar Ada Penyerang Sejati Macam Bergson

Bekas pengendali Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan mengagumi kelibat penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva di atas padang. Pengendali berusia 60 tahun itu memuji impak yang diberikan oleh peledak kelahiran Brazil itu tatkala membantu JDT menewaskan Sri Pahang 2-0. Katanya, Bergson bukan seorang penyerang yang hanya menunggu bola di dalam kotak […]

Yusri Che Lah Harap Perak Pertimbang Semula Cadangan Beliau

Selepas mengumumkan tidak lagi bersama ketua jurulatih, Datuk Lim Teong Kim, Perak FC kini memberi kepercayaan kepada jurulatih Perak FC II, Yusri Che Lah untuk mengambil alih posisi jurulatih skuad utama sebagai jurulatih sementara. Yusri bukanlah nama yang asing untuk pasukan Perak kerana pengendali berusia 47 tahun itu pernah mengendalikan Perak musim 2022 sebelum pihak […]