Kedah vs Kelantan United: Dua Gol Ifedayo Julang Kedah Di Darul Aman

Kedah Darul Aman FC menepati ramalan untuk terus berada di kedudukan empat teratas Liga Super selepas berjaya menumbangkan Kelantan United 3-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar sebentar tadi. Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan bola lebih terarah kepada pasukan Kedah. Peluang terbaik Kedah hadir pada minit ke-32 melalui tandukan Ifedayo Olusegun […]
Kelantan vs JDT: JDT Berpesta Gol Atasi Kelantan

Johor Darul Ta’zim (JDT) FC terus gah di persada Liga Super selepas membelasah Kelantan FC 5-0 di Stadium Sultan Muhammad IV hari ini. JDT FC membuka tirai jaringan menerusi penjaring terbanyak Liga Super musim ini, Fernando Forestieri pada minit kesembilan. Tersentak, anak-anak buah Angel Alfredo Vera cuba bangkit. Malangnya, Harimau Selatan meraih gol kedua menerusi […]
Hadi Fayyadh Bakal Sertai PDRM FC?

Selepas diketepikan daripada skuad utama Perak FC, Hadi Fayyadh dilaporkan bakal sertai pasukan PDRM FC bagi jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2023 ini. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuaimi yang menyatakan bahawa PDRM FC berminat untuk mendapatkan bekas penyerang kebangsaan itu secara pinjaman. Walaubagaimanapun, semuanya masih dalam fasa rundingan dan tiada kata […]
Baddrol Bakhtiar Tinggalkan Sabah

Bekas pemain tengah Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar kini tidak lagi bersama skuad Sabah FC. Ini selepas pengurusan skuad Badak mengumumkan pemain tengah berusia 35 tahun itu meninggalkan kelab hari ini. Keputusan tersebut dibuat hasil persetujuan bersama Baddrol dan pihak pengurusan. Dengan keputusan tersebut, jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee perlu mencari seorang figura baru […]
Zamsaham Akui Dah Penat Asyik Dengar Cakap Orang

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham baru-baru ini ada memuat naik satu status di laman Facebook beliau. Status tersebut merupakan kenyataan balas atau jawapan kepada salah seorang pengikutnya yang bertanyakan soalan. “Kenapa tak biar profesional yang buat?” tanya salah seorang pengikut Zamsaham. Soalan tersebut dipercayai ditanya bagi mendapat pencerahan mengenai […]
Terengganu Kini Miliki Pemain Kedua Termahal Liga Super

Walaupun melepaskan pemain tengah tinggi lampai dari Croatia, Domagoj Pusic, Terengganu FC boleh menarik nafas lega apabila mereka berjaya membawa masuk pengganti yang sesuai. Pemain yang dimaksudkan adalah Nurillo Tukhtasinov yang merupakan pemain antarabangsa Uzbekistan. Lebih menarik lagi, Nurillo yang berusia 26 tahun memiliki rekod cemerlang di negaranya apabila pernah dinobatkan sebagai pemain tengah terbaik […]
Safuwan Baharudin Tolak Tawaran Ke Thailand Demi Selangor

Bek tengah baru Selangor FC, Safuwan Baharudin mengakui ada menerima tawaran daripada beberapa kelab Thai League selepas meninggalkan Negeri Sembilan FC. Tetapi beliau pada akhirnya memilih Red Giants kerana melihat lebih baik menghabiskan baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. “Memang dari awal saya ada terima tawaran dari Liga Thailand. Tetapi apabila hubungan saya […]
Import Sri Pahang Tarik Perhatian Media Australia

Aksi cemerlang pertahanan Sri Pahang, Michael Glassock telah mendapat perhatian media bebas dari Australia, iaitu Front Page Football. Bekas pemain Sydney Olympic ini melengkapkan perpindahan ke Sri Pahang pada awal musim tahun ini dan beraksi dengan baik bersama Skuad Tok Gajah. Beliau telah diberi kepercayaan oleh pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad untuk turun dalam 12 […]
Rezal Zambery Kini Pengarah Pembangunan Kelantan United

Bekas penolong jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Akar Umbi Kelantan United FC. Pengumuman dibuat oleh pengurusan Kijang Hijau menerusi laman media sosial mereka hari ini. Ia turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Rezal yang mempunyai pengalaman luas sebagai pemain dipertanggungjawabkan untuk menambahbaik program akar umbi dan pembangunan pemain […]
Safuwan Baharudin Harap Penyokong Selangor Dapat Terima Beliau Semula

Selangor FC hari ini mengumumkan kemasukan semula pemain tengah kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin bagi memperkuatkan pasukan bagi harungi saingan baharu Liga Super 2023. Pemain berusia 31 tahun ini berharap agar penyokong-penyokong Selangor dapat menerima dirinya kembali. Beliau akui tidak pernah meninggalkan Selangor. “Saya rasa saya tidak tinggalkan pasukan pun, kecederaan yang lalui pada 6 bulan […]
Dato’ Seri Vida Optimis Jadi Pemilik Baharu Kelantan FC

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Hasmiza Othman ataupun lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida optimis mampu menjadi pemilik baharu Kelantan FC. Meskipun berdepan dengan ahli perniagaan seperti Erfan Gym & Fitness yang dikhabarkan turut memiliki kedai Emas, Dato Seri Vida sedia bersaing secara sihat dan menyerahkan segala keputusan kepada pemilik asal, Norizam Tukiman untuk menentukan antara […]
Dua Kelab Dari Liga Berbeza Intai Khidmat Nurshamil

Selepas mengumumkan perpisahan bersama Kelantan, Nurshamil Abd Ghani kini menjadi pemain berstatus ejen bebas. Menurut kenyataan daripada wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal, penyerang kelahiran Melaka ini diintai oleh dua kelab dari dua liga yang berbeza. Antaranya adalah pasukan dari Liga Super, Penang FC dan pasukan dari Liga M3, Harini FT. Beliau sertai Kelantan pada musim […]
Yusri Che Lah Memang Seorang Yang Tak Berkira

Pengendali sementara Perak FC, Yusri Che Lah sememangnya terkenal dengan kesungguhan beliau dalam memberikan arahan di tepi padang. Namun CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkongsi apa yang lebih menarik mengenai sosok seorang Yusri Che Lah. Dalam satu muat naik status di laman Facebook, TBG Super Fan, Bobie berkongsi bahawa sepanjang bekerjasama dengan Yusri, beliau […]
Nurshamil & Kelantan Akhirnya Berpisah

Penyerang kelahiran Melaka, Nurshamil Abd Ghani akhirnya mengumumkan perpisahan dengan Kelantan FC malam tadi. Menurut kenyataan di laman sosial Instagram Nurshamil, pihak TRW Kelantan melepaskannya dengan persetujuan bersama. “Terima Kasih kepada Kelantan melepaskan saya dengan persetujuan bersama. “Terima kasih juga beri saya peluang dan ruang selama saya bersama pasukan Kelantan FC dan mencapai sesuatu yang […]
Zarif Irfan: Yang Gaduh Orang Lain, Orang Lain Pula Disalahkan

Penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan menjelaskan insiden yang berlaku ketika tamat aksi antara Sri Pahang dan Selangor tempoh hari. Dalam satu video yang tular pada kelmarin, Zarif dilihat seolah-olah meluru kearah penyokong pasukan Selangor. Tak terhenti setakat itu, berlaku juga pertelingkahan melibatkan pemain Sri Pahang dan Selangor di kawasan bangku simpanan. Penjaga gol berusia […]
Zarif Irfan Mohon Maaf, Ambil Pengajaran Atas Apa Yang Berlaku

Penjaga gawang Sri Pahang FC, Zarif Irfan yang sebelum ini terpalit dengan sedikit insiden kekecohan selepas tamat perlawanan menentang Selangor FC mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Zarif telah memuatnaik satu instagram story yang memaparkan permohonan maaf terbuka beliau kepada semua penyokong bola sepak Malaysia terutamanya penyokong Sri Pahang dan Selangor. “Salam kepada semua peminat bola […]