Herold Goulon Kecewa Dengan Keputusan Safuwan Baharudin

Walaupun pasukan Negeri Sembilan FC berhadapan dengan kekangan kewangan, pemain pertahanan kental mereka, Herold Goulon tetap mahu para pemain berjuang demi pasukan itu semampu yang boleh. Dalam masa yang sama, Goulon akui kecewa dengan keputusan bekas rakan sepasukannya, Safuwan Baharudin yang bertindak meninggalkan pasukan dan berhijrah ke Selangor FC. “Saya kecewa. Dia (Safuwan Baharudin) seorang […]

K. Devan: Pemain Pergi Ada, Pengganti Tiada

Pada aksi Liga Super yang menemukan Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC semalam menyaksikan Negeri Sembilan berjaya mencuri satu mata berharga hasil jaringan pernyamaan di akhir perlawanan. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1. Bagi pengendali Negeri Sembilan, K. Devan, beliau merasakan satu mata tersebut amat berharga buat pasukannya kerana beliau sedar kualiti […]

“Ini Bukan Perlawanan Terakhir Saya” – Baddrol Bakhtiar

Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar tidak menyifatkan perlawanan hari ini sebagai perlawanan terakhir dalam karier bola sepaknya. Malah, bekas pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC itu menegaskan beliau akan terus aktif sebagai pemain bola sepak. “Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Ilahi (kerana) pada malam ini, Sabah meraih tiga mata yang penting. Yang ini merupakan […]

“Ketiadaan Caion Amat Berharga Buat Saya” – Haqimi Azim

Penyerang muda KL City, Haqimi Azim mahu bekerja lebih keras dalam meraih kepercayaan Bojan Hodak untuk membarisi kesebelasan utama pasukan. Posisi penyerang tengah KL City kini menjadi keutamaan Haqimi pada musim ini. “Bagi saya ketiadaan Caion turut memberi impak kepada saya kerana posisi utama saya adalah penyerang tulen, jadi ketiadaan Caion amat berharga buat saya […]

Selangor vs Penang: Selangor Selesa Atasi Cabaran Penang

Selangor FC bangkit daripada kekalahan di tangan Sri Pahang FC minggu lepas dengan mengalahkan Penang 3-0 di Stadium MBPJ hari ini. Dengan Sri Pahang FC tunduk 4-0 kepada Sabah FC dalam satu lagi aksi Liga Super, ini peluang buat anak-anak buah Tan Cheng Hoe melebarkan kelebihan mata ke atas Tok Gajah. Tuan rumah bagaimanapun perlu […]

Sabah vs Sri Pahang: The Rhinos Jinakkan Tok Gajah

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan di antara Sabah FC menentang Sri Pahang yang berakhir dengan keputusan 4-0. Penyerang berbisa Sabah, Darren Lok berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit ke-9 permainan selepas mudah menerima hantaran daripada Ramon Machado.  Pada minit ke-43 permainan, penyerang kelahiran Brazil, R. Machado menjaringkan gol kedua buat Sabah selepas menerima kemas lorongan […]

Paulo Josue Nafi Ingin Tinggalkan KL City

Kapten KL City FC, Paulo Josue menafikan ada keinginan untuk meninggalkan kelab yang berpangkalan di Lembah Klang itu. Ini susulan satu khabar angin yang mengaitkan pemain tengah Harimau Malaya itu dengan perpindahan ke sebuah kelab besar dalam tetingkap perpindahan kedua. Khabar angin ini timbul disebabkan beliau sudah lama beraksi bersama KL City FC sejak musim […]

Herold Goulon Tak Beraksi Setiap Perlawanan? K. Devan Ada Jawapannya

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan memberi jawapan muktamad mengenai percaturan beliau untuk tidak memainkan beberapa orang pemain import pasukan selama 90 minit dalam setiap perlawanan. Pertembungan antara pasukan KL City dan Negeri Sembilan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1. Menerusi temubual bersama K. Devan selepas tamat perlawanan, beliau memiliki sebab yang kukuh […]

KL City vs Negeri Sembilan: Gol Saat Akhir Pastikan Negeri Sembilan Ikat KL City

Pertembungan aksi Liga Super minggu 17 antara pasukan KL City dan Negeri Sembilan berkesudahan dengan keputusan memihak kepada tuan rumah. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam usaha untuk meraih 3 mata bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Super. The City Boys beraksi dengan cukup baik untuk mendapatkan gol pendahuluan namun berjaya disekat oleh barisan pertahanan lawan […]

Ucapan Perpisahan Baddrol Bakhtiar Buat Air Mata Jantan Gugur

Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar memberikan ucapan perpisahan terakhir kepada rakan sepasukannya sebelum berpisah. Pemain berusia 35 tahun itu merupakan tunjang utama buat The Rhinos sejak berpindah dari Kedah Darul Aman kira-kira dua musim lalu. Perancang tengah berpengalaman ini bagaimanapun membuat satu keputusan yang mengejutkan apabila mengumumkan untuk meninggalkan pasukan Sabah. Beliau sempat memberikan ucapan […]

Baddrol Bakhtiar Sarung Jersi Sabah Buat Kali Terakhir

Pemain tengah Sabah FC, Baddrol Bakhtiar bakal menyarung jersi Sabah buat kali terakhir setelah kelab secara rasminya mengumumkan bahawa Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan pasukan melalui persetujuan bersama. Perlawanan Sabah menentang Sri Pahang pada malam ini di Stadium Likas bakal menjadi aksi terakhir pemain kelahiran Kedah setelah beliau melakukan penamatan kontrak dan tidak akan lagi bersama […]

Zamsaham Terharu, Mahu Kekal Jaga Kelantan

Zamsaham berkemungkinan tidak akan melepaskan pasukan Kelantan disebalik minat yang ditunjukkan oleh Dato’ Seri Vida dan Erfan. Perkara ini dikongsikan sendiri olehnya dalam satu hantaran Facebook milik beliau. Zamsaham memaklumkan bahawa beliau tidak akan menjual pasukan Kelantan jika masih mendapat kepercayaan daripada para penyokong Kelantan FC. Ini setelah salah seorang penyokong pasukan Kelantan yang melihat […]

Zamsaham Sudah Selesaikan Gaji Pemain Kelantan

Kemelut yang melanda pasukan Kelantan pada musim ini sedang hangat dibicarakan para pengikut bola sepak tanah air. Terkini, pemilik pasukan Kelantan FC, Zamsaham memaklumkan sudah menyelesaikan bayaran gaji dan EPF para pemain Kelantan. Menurut beliau, bayaran gaji dan EPF pemain kelantan telah diselesaikan pada minggu lepas. Berita tersebut disampaikan oleh beliau sendiri dalam satu hantaran […]

JDT Pecah Rekod Lagi

Dominasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super musim ini nyata tiada tandingan. Selain tidak pernah tewas dalam 17 perlawanan liga, mereka juga tidak pernah mencatatkan sebarang keputusan seri. Kini, JDT membuktikan mereka adalah kelab terkuat di negara ini apabila mereka memecahkan rekod jaringan gol terbanyak dalam semusim yang sudah lama dipegang oleh […]

‘Bakal’ Pemilik Baharu Kelantan FC Makin Teruja

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida berada di Stadium Sultan Muhammad IV semalam bagi memberi sokongan kepada pasukan Kelantan FC. Beliau merupakan sebahagian daripada 2,500 penyokong The Red Warriors (TRW) yang menyokong pasukan menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC. Walaupun menyifatkan perlawanan yang dihadapi Kelantan FC itu sukar, usahawan kosmetik itu berharap […]

Akhyar Rashid Terima Penghargaan Tertinggi

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid menerima pujian tertinggi daripada individu yang berjuang bersama-samanya merebut tempat dalam pasukan. Anak jati kelahiran Kedah ini telah pun menyertai skuad Harimau Selatan dari negeri kelahirannya pada tahun 2018 pada usia yang cukup muda. Bintang bertubuh kecil ini dikenali sebagai salah seorang pemain sayap lincah yang […]