Azam Azmi Kekal Di Terengganu

Bek kanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad sah kekal bersama pasukan itu sehingga tamat kempen Liga Malaysia (Liga M). Ini berdasarkan kenyataan ejen Azam, Joe Berbatov susulan satu ciapan yang dimuatnaik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam hari ini. Dalam ciapan tersebut, bek kanan skuad Peteh itu diintai oleh sebuah pasukan elit di Malaysia dan […]

Faisal Halim Lebih Memilih Keseronokan Yang Kekal

Umum mengetahui, pasukan Selangor FC telah dikejutkan Sri Pahang FC dengan keputusan 0-1 pada aksi Liga Super dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur tempoh hari. Biarpun tewas, pemain sayap Selangor dan Harimau Malaya, Faisal Halim tetap positif dengan apa yang berlaku. Faisal percaya kepada rezeki yang diberikan dan tetap berusaha untuk pasukan Selangor. Faisal berkongsi […]

Karier Fadhli Shas Kembali Bernyawa

Agak jarang kita mendengar nama pemain pertahanan Sri Pahang FC, Fadhli Shas disebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, karier pemain berusia 32 tahun itu kembali mekar selepas menyertai Sri Pahang awal musim lalu. Fadhli membuat keputusan meninggalkan pasukan lamanya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menyertai pasukan Sri Pahang dengan kontrak selama dua tahun. Keputusan […]

Erfan Gym & Fitness Miliki Kedai Emas Namun Lokasinya ‘Rahsia’

Salah seorang entiti perniagaan yang mahu mengambil alih Kelantan FC, Erfan Gym & Fitness membuat satu lagi pendedahan apabila memaklumkan bahawa mereka memiliki kedai emas yang tidak dimaklumkan lokasinya. Entiti ini bersama-sama Dato’Seri Vida merupakan dua usahawan terkemuka yang menyatakan hasrat untuk mengambil alih The Red Warriors. Erfan Gym & Fitness secara umumnya dikenali kerana […]

Khuzaimi Nafi Bakal Tinggalkan Selangor

Bek tengah Selangor FC, Khuzaimi Piee menafikan khabar angin beliau bakal meninggalkan pasukan dalam tetingkap perpindahan kedua. Ini susulan khabar angin bekas bek tengah Negeri Sembilan FC itu akan dipinjamkan ke satu pasukan lain. “Ini satu kejutan juga. Saya tidak tahu apa-apa tapi cerita ini tiba-tiba keluar. Sekiranya terjadi, saya terima. “Pihak pengurusan tidak ada […]

Penyokong Selangor Sempat Rakam Insiden Melibatkan Penjaga Gol Sri Pahang

Hasrat Selangor FC untuk memungut tiga mata dalam saingan Liga Super berkecai selepas tewas mengejut 0-1 kepada pasukan Sri Pahang FC pada aksi yang dilangsungkan di Stadium Darul Makmur petang semalam. Disebalik kekalahan yang menimpa Selangor itu, terdapat insiden yang berlaku selepas tamat perlawanan. Insiden tersebut melibatkan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan. Dalam video […]

Safee Sali Yakin Tano Solari Hadapi ‘Masalah’ Besar Di JDT

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali yakin bukan mudah untuk pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari yang menghadapi ‘masalah’ besar bersama pasukan ketika ini. Prestasi memberangsangkan di bawah kendalian pengendali kelahiran Argentina ini menyaksikan skuad Harimau Selatan masih tidak mencatatkan sebarang kekalahan pada musim ini. Beliau bagaimanapun yakin prestasi baik yang ditampilkan oleh setiap […]

Pemantau Bakat Eropah Kagum Dengan Arif Aiman

Pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kini semakin dikenali selepas pemantau bakat dari eropah mengagumi kebolehan yang dimiliki anak muda berusia 21 tahun itu. Melalui satu ciapan twitter dari EK Scouting, Arif diberikan penilaian 8.3/10 oleh pemantau bakat tersebut. Bukan sahaja itu, kemampuan Arif juga disamakan dengan salah seorang pemain sayap […]

“Buat Apa Ayron Lari Ke Mukhairi?” – Zainal Abidin

Bekas pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan keliru dengan tindakan penyerang import Selangor, Ayron Del Valle yang seakan hilang arah di atas padang. Detik ini berlaku tatkala penyerang kelahiran Colombia itu terlibat dalam satu serangan balas pantas yang direncanakan oleh The Red Giants berdepan Sri Pahang. Zainal melihat penyerang berusia 34 tahun itu tidak berada […]

Penyokong JDT Teruskan Tradisi Suar Walaupun Didenda Sebelum Ini

Kemenangan 2-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super semalam nyata memberikan kepuasan kepada para penyokong yang hadir. Namun begitu, kemenangan JDT itu turut dihiasi dengan nyalaan suar selepas tamat perlawanan. Dalam satu video yang tular di laman Twitter Flash Sukan, penyokong JDT dilihat menyalakan suar dalam meraikan kemenangan […]

Fandi Ahmad Anggap Keajaiban Raih Kemenangan Berdepan Selangor

Sri Pahang FC meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur hari ini. Bagi pengendali skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad, kemenangan hari ini disifatkan sebagai luar biasa. Ini kerana pasukan pelawat berstatus pasukan bintang dan dibarisi ramai pemain berkualiti. Dan dengan kualiti yang dimiliki anak-anak buah Tan […]

Rafael Vitor Bakal Calon Naturalisasi

Sejak beberapa tahun lepas, Harimau Malaya diperkuat beberapa pemain naturalisasi seperti Paulo Josue dan Endrick dos Santos. Kini, Rafael Vitor dijangka berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya atas sebab sama. Perkara ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran hari ini. Vitor dijangka layak mendapat status kewarganegaraan menjelang akhir tahun hadapan. Ini selepas bek tengah […]

Sri Pahang vs Selangor: Sri Pahang Cemerlang Atasi Cabaran Selangor

Kelebihan tuan rumah dimanfaatkan Sri Pahang FC hari ini apabila berjaya menewaskan Selangor FC 1-0 di Stadium Darul Makmur. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Malangnya, semua serangan yang direncana Merah Kuning dan Tok Gajah gagal membuahkan gol yang dicari. Percubaan terbaik babak pertama ialah menerusi Faisal Halim. Tetapi sepakan derasnya dinafikan […]

Zamsaham: Hari Ini Saya Bual, Hujungnya Saya Buat

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham menepis dakwaan yang mengatakan beliau hanyalah seorang ‘kaki sembang’ seperti tidak melaksanakan apa yang telah dijanjikan. Zamsaham memberikan penjelasan mengenai dakwaan yang tidak berasas itu. Pada pendapat beliau, segala yang dijanjikan pasti akan beliau dilaksanakan walaupun ianya akan mengambil tempoh masa yang agak panjang. […]

Romel Morales Beri Respon Mengenai Status Naturalisasi

Ramai peminat KL City FC maklum tentang proses naturalisasi membabitkan penyerang Colombia, Romel Morales. Bagaimanapun, status proses untuk penyerang tersebut masih belum diketahui. Tidak seperti kapten City Boys, Paulo Josue yang menerima status berkenaan sebelum saingan Liga Super bermula, Morales pula masih menunggu proses tersebut selesai. Bagi bekas penyerang Melaka United FC itu, fokusnya ketika […]

Hakim Hassan Mahu Kerja Keras Tambat Hati Tomislav Steinbrückner

Nor Hakim Hassan mencipta impak segera apabila menyumbat satu gol yang membantu Terengganu FC mengikat KL City FC 3-3 pada Jumaat lepas. Bagi bekas pemain sayap Selangor FC itu, beliau ingin terus bekerja keras agar sentiasa berada dalam perancangan jurulatih Peteh, Tomislav Steinbruckner. Walaupun menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-50, Hakim mengakui dirinya sedikit […]