Tomislav Steinbrückner Temui Seorang Lagi Permata Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrückner memuji kualiti yang dimiliki oleh seorang pemain muda Terengganu yang tampil cemerlang berdepan PDRM semalam. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ itu menyaksikan skuad Peteh diikat oleh PDRM dengan keputusan 0-0. Sungguhpun terdapat kekecewaan apabila gagal membawa pulang 3 mata, pengendali berusia 56 tahun itu tetap menggariskan beberapa perkara […]

TMJ Jadi Panduan Berharga Dato’ Seri Vida Urus Kelantan FC

Usahawan kosmetik terkemuka Malaysia, Dato’ Seri Hasmiza Othman sedia bertentang mata dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekiranya berpeluang menjadi pemilik baharu Kelantan FC. Persaingan antara dua penjuru melibatkan Dato’ Seri Vida dan juga sebuah lagi entiti perniagaan yang dikenali sebagai Erfan Gym & Fitness dalam […]

Darren Lok Beri Khabar Gembira Dari Sabah

Penyerang sensasi pasukan Sabah FC, Darren Lok memberikan khabar gembira selepas kembali beraksi menentang Sri Pahang. Pemain berusia 32 tahun sudah disisihkan dalam beberapa perlawanan The Rhinos keraja mengalami kecederaan. Bekas pemain PJ City ini kembali menemui sentuhan jaringan yang amat dirinduinya apabila meledak dua gol dalam perlawanan tersebut. Malah, setiap gerakan pemain kelahiran England […]

KL City Jalin Kerjasama Dengan Kelab La Liga

KL City FC menjalin kerjasama dengan Cadiz CF, sebuah kelab yang beraksi dalam saingan La Liga Sepanyol. Pengumuman kerjasama ini dibuat menerusi laman media sosial rasmi KL City FC hari ini. Ia turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Pemeteraian perjanjian dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard Samuel […]

Irfan Bakti: Saya Bertanggungjawab Atas Segala Yang Berlaku

Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti kecewa dengan prestasi yang ditampilkan anak-anak buahnya selepas mereka tunduk 2-1 kepada Perak FC. Ini kerana walaupun sudah membuat beberapa perubahan termasuk memperkenalkan pemain import baru Pedro Henrique, Il Gatto masih gagal meraih kemenangan yang dicari-cari sejak Mac lepas. Justeru, bekas pengendali Terengganu FC itu akan mengadakan pertemuan dengan […]

Semangat Richmond Boakye Pacu Selangor Semakin Membara

Penyerang baharu Selangor, Richmond Boakye mengakui jaringan pertama beliau tempoh hari bakal memberi suntikan semangat untuk memacu The Red Giants memburu kemenangan seterusnya.  Pemain kelahiran Ghana ini menzahirkan penghargaan tinggi kepada rakan sepasukan dan barisan jurulatih kerana tanpa bantuan mereka beliau tidak mampu menjaringkan gol pertamanya.  “Yang pertama, saya mahu berterima kasih kepada Tuhan yang […]

Debut Tragis Pemain Perak Ini Berakhir Di Atas Kerusi Roda

Baru sahaja pulih dari kecederaan dan dibawa masuk buat kali pertamanya musim ini. Namun debut pemain Perak FC, Syukri Baharun sememangnya berakhir dengan tragis apabila beliau diterjah dengan agak keras oleh pemain Kuching City FC pada aksi Liga Super semalam. Akibat dari terjahan keras itu, Syukri terpaksa diusung keluar dan gagal meneruskan permainan walaupun beliau […]

Bruno Suzuki Yakin PDRM Terus Konsisten Sukarkan Lawan

Keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) dalam aksi bertemu Terengganu FC semalam bukanlah sesuatu yang menggembirakan Terengganu namun ianya cukup baik buat PDRM. Ini kerana buat PDRM, mereka tiada tekanan memandangkan mereka bukan kelab besar seperti Terengganu. Perkara itu dikongsikan oleh penyerang PDRM, Bruno Suzuki. Beliau merasakan […]

Subramaniam Beri 3 Kriteria Penting Buat Pemilik Baharu Kelantan FC

Bekas pemain Kelantan, S. Subramaniam menggariskan tiga kriteria penting buat pemilik baharu Kelantan FC dalam menyelesaikan kemelut yang sedang melanda pasukan tersebut. Kelantan kini menerima 9 kekalahan berturut-turut dalam saingan liga dan Piala FA. Pada pandangan Subramanium, pemilik baharu Kelantan perlu mengkaji dahulu apakah punca dan masalah yang sedang dihadapi pasukan Kelantan. Pemilik baharu juga […]

Bojan Hodak Risaukan Keadaan Giancarlo Gallifuoco

Jurulatih KL City, Bojan Hodak mengakui agak risau dengan keadaan pertahanan kentalnya, Giancarlo Gallifuoco.  Dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan tempoh hari, Giancarlo Gallifuoco terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan menentang Negeri Sembilan tempoh hari. Menurut kenyataan Bojan, Giancarlo Gallifuoco dikeluarkan disebabkan mengalami ketidakselesaan pada bahagian kakinya.  “Giancarlo Guffucio berasa tidak selepas pada bahagian kakinya, oleh itu beliau […]

PDRM vs Terengganu: Terengganu Kena ‘Roadblock’ PDRM

Terengganu FC hanya mampu meraih satu mata hari ini selepas diikat PDRM FC tanpa jaringan di Stadium MPBJ. Bagi merobek benteng Sang Saka Biru yang kental, Tomislav Steinbruckner memberi kemunculan pertama kepada pemain import Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov. Tetapi benteng pertahanan The Cops yang diterajui James Okwuosa berupaya menyerap setiap asakan yang dicipta pasukan pelawat. Peluang […]

Tular Saddil Ramdani Nyanyikan Lagu Negaraku Penuh Semangat

Pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani dilihat begitu bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Dalam aksi Liga Super LS17 membabitkan pasukan Sabah dan Sri Pahang pada semalam, skuad The Rhinos menang besar mengatasi skuad Tok Gajah dengan keputusan 4-0. Sebelum perlawanan bermula, nyanyian lagu Negaraku berkumandang. Saddil dikesan begitu semangat menyanyikan lagu Negaraku dan beliau […]

Bojan Hodak: Secara Tiba-Tiba Pemain KL City Jadi ‘Bijak’

Jurulatih KL City FC, Bojan Hodak menyifatkan pemain-pemainnya beraksi ketika waktu masa tambahan dengan cara yang bijak. KL City terpaksa berkongsi mata bersama Negeri Sembilan apabila mencatat keputusan seri 1-1 bagi saingan Liga Super 2023. Beliau akui puas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan. Hanya disebabkan hilang fokus dan […]

“Tiada Tekanan Beraksi Untuk Kedah” – Ifedayo Olusegun

Penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ifedayo Olusegun melihat motivasi tinggi sebagai kunci mengatasi tekanan beraksi bersama pasukan itu. Perkara itu yang mendorongnya beraksi bersungguh-sungguh di atas padang lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan penyerang-penyerang silam. Perkara ini pernah dialaminya bersama Selangor FC di mana ketika itu, Ifedayo bergandingan dengan penyerang Sepanyol, Rufino Segovia di bahagian […]

Fandi Ahmad Terkejut Lihat Cara Sabah Bermain

Kekalahan besar 0-4 yang menimpa Sri Pahang FC pada aksi bertemu Sabah FC semalam nyata mengejutkan ramai pihak dan tidak terkecuali pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad. Fandi akui terkejut dengan apa yang corak permainan para pemain Sabah di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Pemain Sabah dilihat bermain dengan begitu bersemangat dan lebih baik berbanding […]

Ong Kim Swee Anggap Baddrol Bakhtiar Seorang Yang Bitara

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee nyata terkesan dengan kehilangan kapten pasukannya, Baddrol Bakhtiar yang tidak lagi bersama pasukan Sabah untuk baki saingan musim 2023 ini. Kim Swee dalam satu muatnaik di laman instagram beliau mencoretkan siapakah sebenarnya sosok yang bernama Baddrol Bakhtiar ini. Selain pemain, Baddrol juga dianggap sebagai seorang pemimpin dan sentiasa […]