KL City & UBB Amanah Perkukuh Kerjasama Komersial

Kerjasama KL City FC dengan UBB Amanah Berhad terus diperkukuh menerusi satu upacara pemeteraian kerjasama yang diadakan di Kuala Lumpur semalam. Menerusi kerjasama ini, UBB Amanah Berhad terus menjadi penaja jersi pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu untuk tahun kedua berturut-turut. Pemeteraian kerjasama ini dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley […]

PBSNT: Kita Tidak Akan Berdiam Diri

Prestasi kurang memberangsangkan Terengganu FC (TFC) sejak kebelakangan ini bukan saja meresahkan para penyokong tetapi juga ahli lembaga pengarah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Ini kerana pasukan menunjukkan prestasi tidak konsisten di atas padang musim ini. Ini membuatkan para penyokong mula membandingkan pencapaian jurulatih ketika ini, Tomislav Steinbruckner dengan jurulatih sebelumnya, Nafuzi Zain. Ada […]

Masa Depan Diogo Bersama JDT Samar

Masa depan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dari Brazil, Diogo Luis Santo bersama pasukan itu dilihat samar hari ini. Ini susulan pendedahan pemilik JDT FC dan TMJ, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim bahawa Harimau Selatan bakal membawa seorang pemain import baru dalam pasukan. Kedudukan Diogo dalam bahaya kerana penyerang berusia 36 tahun itu […]

Nilai JDT Hampir Cecah RM1 Bilion

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan nilai kelab bola sepak JDT kini semakin hampir mencecah nilai RM1 Bilion. Tunku Ismail menyatakan bahawa JDT masih optimis dengan misi yang sama untuk mencapai impian tersebut. Menurut TMJ, nilai tersebut merangkumi segenap aspek termasuklah aset kelab dan jenama JDT […]

Zamsaham Bagi Bayangan Bakal Pelabur Baru Kelantan FC

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memberi bayangan awal mengenai bakal pelabur baru Kelantan. Beliau ditemui ketika sesi penjelasan berkenaan pelaburan pendanaan awam itu memberitahu kriteria individu yang bakal melabur dengan The Red Warriors. Teka-teki itu masih beluk terjawab tatkala pasukannya kini memerlukan suntikan baru sungguhpun pelbagai masalah telah diselesaikan […]

Pengganti Baddrol Bakhtiar? CEO Sabah Ada Jawapannya

Selepas tonggak emas Sabah, Baddrol Bakhtiar mengumumkan untuk meninggalkan Sabah skuad The Rhinos belum ada kata putus untuk mencari calon pengganti beliau. Ketika bersama Sabah, Baddrol telah mencatat 13 gol sepanjang 41 penampilan sejak musim lepas. Selain berperanan sebagai kapten, individu berusia 35 tahun ini menjadi watak penting kem Sabah ketika di bilik persalinan. Pengendali […]

Kelantan FC Bakal Terima Pelaburan Luar Biasa?

Pasukan Kelantan FC bakal mendapat suntikan pelaburan baru selepas seorang figura berstatus VVIP akan diumumkan sebagai rakan kongsi baru kelab berkenaan esok. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh pemilik skuad Kijang, Norizam Tukiman atau Zamsaham. Beliau juga mengesahkan rakan kongsi baru ini bukan usahawan kosmetik, Dato Seri Vida atau pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan Akif […]

JDT Bakal Jalin Kerjasama Dengan Dua Jenama Antarabangsa

Pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC bakal menambah pendapatan komersial mereka menerusi kerjasama dengan dua jenama antarabangsa. Proses memuktamadkan kerjasama antara JDT FC dengan dua jenama yang masih dirahsiakan identitinya itu kini berada di peringkat akhir. Sekiranya dimuktamadkan, kerjasama ini bukan saja membabitkan pembukaan cawangan di stadium keramat Harimau Selatan, Stadium Sultan […]

“Saya Tinggalkan Kuching City Kerana Prinsip” – Irfan Bakti

Bekas jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan keputusannya meninggalkan pasukan itu didorong oleh prinsipnya sebagai seorang jurulatih. Ini kerana bagi beliau, tidak molek bagi seseorang jurulatih kekal melatih pasukan sehingga tamat tatkala prestasi pasukan terus merudum. Jika prestasi pasukan masih tidak berubah, ia boleh saja memberi kesan buruk ke atas maruah dan […]

Sikh Izhan: Penghijrahan Ke Negeri Sembilan Banyak Mengajar Saya

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel menyifatkan penghijrahannya secara pinjaman dari Selangor FC ke pasukan itu banyak memberi manfaat berguna kepada beliau. Ini kerana sepanjang tempohnya bersama Hoben Jang Hoben, beliau bukan saja berpeluang membuat penampilan pertama bersama Harimau Malaya. Malah, Sikh Izhan juga berupaya mendapat minit permainan berharga sekaligus menambah kematangan dari […]

6 Pemain Baru Bakal Perkuat Kelantan FC

Pasukan Liga Super, Kelantan FC difahamkan akan membawa masuk 6 muka baharu pada jendela perpindahan kali ini. Umum mengetahui bahawa The Red Warriors berdepan dengan pelbagai masalah yang menyaksikan ramai tonggak utama angkat kaki meninggalkan pasukan. Hasrat penyokong Kelantan untuk melihat kebangkitan pasukan kesayangan mereka semakin bersinar apabila difahamkan pasukan akan membawa masuk tonggak baharu. […]

Isu Terjahan Keras, Pemain Kuching City Mohon Maaf

Pemain Kuching City FC, Zahrul Nizwan telah memohon maaf kepada pemain Perak FC, Syukri Baharun, penyokong pasukan Perak dan semua penyokong bola sepak Malaysia atas satu insiden terjahan keras yang dilakukannya pada aksi Liga Super tempoh hari. Terjahan yang dilakukan Zahrul pada aksi Kuching City dan Perak itu mengakibatkan Syukri terpaksa diusung keluar walaupun pemain […]

Kuching City Bakal Hilang Sentuhan Irfan Bakti?

Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti dilaporkan telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada pengurusan Il Gatto hari ini. Perkhabaran ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dan Zulhelmi Zainal Azam hari ini. Tindakan tersebut dibuat sebagai bertanggungjawab atas kemerosotan prestasi pasukan dalam Liga Super. Musim 2023 menyaksikan Il Gatto hanya menang sekali, seri tiga […]

TMJ: Tak Semua Kelab Ada Keistimewaan Sapu Duit Kerajaan Setiap Tahun

DYAM TMJ menzahirkan pandangan baginda berkenaan kerjasama sesetengah kelab di Malaysia dengan pasukan luar negara. Umum mengetahui bahawa pasukan Liga Super, KL City FC kini menjalin kerjasama dengan sebuah pasukan La Liga, Cadiz CF. Kerjasama ini menyaksikan dua kelab ini bakal bekerjasama dalam beberapa aspek seperti teknikal dan komersial selain The City Boys berpeluang untuk […]

Fernando Forestieri Yakin JDT Tempuhi Cabaran Berbeza Setiap Perlawanan

Penyerang sensasi JDT, Fernando Forestieri tidak memandang rendah keupayaan pihak lawan mereka walaupun JDT masih belum dikalahkan sepanjang 17 perlawanan liga. Forestieri menjadi watak penting dalam mengetuai jentera serangan JDT musim ini. Walaupun JDT merekodkan 17 kemenangan berturut-turut dalam saingan liga, Forestieri beranggapan bahawa JDT sentiasa menempuhi cabaran yang berbeza bagi setiap perlawanan. Namun mentaliti […]

Rezal Zambery & Kelantan Akhirnya Capai Kata Sepakat

Pengarah Teknikal Kelantan United FC, Rezal Zambery Yahya akhirnya berjaya mencapai kata sepakat berkenaan penyelesaian kewangan bersama pasukan lamanya, Kelantan FC. Sebelum ini, bekas penolong jurulatih Kijang itu menyatakan isu tersebut masih belum diselesaikan oleh pengurusan kelab menerusi satu kenyataan di Instagram Story beberapa hari lepas. Tetapi pada hari ini, satu penyelesaian telah dicapai antara […]