Malaysia ‘Rantai’ Pasukan Ke-80 Dunia, China

Malaysia melakar satu lagi detik bersejarah apabila mempamerkan aksi yang cukup bertenaga untuk mengikat China. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berdepan lawan yang berada di tangga ke-80 dunia dengan cukup baik dengan memberikan tekanan awal. Kelibat barisan pilihan utama pengendali kelahiran Korea Selatan itu memberikan kejutan awal kepada Naga Emas apabila meledak menerusi Darren Lok namun […]

Malaysia Hilang Khidmat Luqman Hakim?

Khabar kurang baik buat kem skuad B-23 negara selepas penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan mengalami kecederaan. Pemain berusia 22 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama berdepan Filipina bagi aksi kedua Kumpulan H setelah menewaskan Bangladesh 2-0 pada aksi pembukaan. Beliau menjadi watak penting buat pasukan bimbingan E. Elavarasan untuk mencatat gol seawal 20 […]

Harith Haiqal Jaring Gol Roket Jarak Jauh

Pertahanan muda Malaysia U23, Harith Haiqal menggegar bumi Thailand selepas menjaringkan gol roket jarak jauh. Aksi antara Malaysia dan Filipina itu menyaksikan percaturan E. Elavarasan untuk membariskan kesebelasan terbaik membuahkan hasil. Skuad muda negara mendahului seawal 20 saat menerusi ledakan kapten pasukan, Mukhairi Ajmal untuk menyuntik moral pasukan. Tumpuan terarah kepada bagaimana kebolehan pertahanan muda […]

Nooa Laine Harap Diturunkan Berdepan Filipina

Pemain tengah muda negara, Nooa Laine berharap dapat diturunkan dalam aksi kedua Kumpulan H menentang Filipina petang ini. Nooa sebelum ini tidak dapat diturunkan dalam aksi pertama Kumpulan H menentang Bangladesh kerana keletihan selepas mengharungi perjalanan yang jauh dari Finland. Masalah sama turut dialami penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin. Kini, Nooa dilihat sudah bersedia […]

Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Lonjak Tiga Tangga, Kejar Kelompok 120 Terbaik Dunia

Malaysia kini dalam kedudukan terbaik untuk mengejar kelompok 120 terbaik dunia semakin menyala sekiranya menewaskan China. Harimau Malaya berjaya melakar satu keputusan baik menentang pasukan ke-94 dunia, Syria sekaligus memungut tambahan +1.4 mata sungguhpun sasaran utama meraih +6.4 mata terlepas. Keputusan positif ke atas Syria menyaksikan skuad kebangsaan memperoleh mata tambahan mata menjadi 1092.47. Fokus […]

Rahsia China Ada Dalam Genggaman Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon sepenuhnya yakin dengan persiapan skuad kebangsaan untuk aksi bertemu China kelak. “Kami telah mengkaji mereka dan telah mempunyai rancangan yang rapi berdepan China. Kami tahu tentang taktikal dan corak permainan pasukan China.” jelas Kim Pan-gon dalam sidang media pra-perlawanan Malaysia menentang China. Ketua jurulatih itu turut mahukan anak buahnya menampilkan […]

Dion Cools: Kami Sudah Ambil Aura Padang Stadium Phoenix Hill

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools memberitahu bahawa skuad kebangsaan Malaysia kini sudah merasai aura padang Stadium Phoenix Hill untuk aksi berdepan China. Skuad Harimau Malaya telah turun berlatih di Stadium Phoenix Hill yang akan turut digunakan sebagai venue rasmi bagi perlawanan menentang China. “Ini persiapan yang singkat selepas perlawanan bertemu Syria. Kami telah menjalani pemulihan […]

Fergus Tierney: 1-0 atau 5-0 Sama, Kami Nak Menang

Penyerang negara, Fergus Tierney hanya mensasarkan kemenangan ke atas Filipina dalam aksi kedua Kumpulan H esok tanpa memikirkan jumlah jaringan skuad negara. Malaysia sebelum ini melakar kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh dalam aksi pertama kumpulan pada 6 September lalu. Aliff Izwan Yuslan dan Tierney masing-masing menyumbat satu gol dalam perlawanan itu. Bagi pemain berdarah Scotland […]

Kim Pan-gon Kongsi Sebab Bersungguh-Sungguh Mahu Jadi Jurulatih Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon akhirnya memberi sebab mengapa dirinya begitu yakin untuk menjadi jurulatih Harimau Malaya. Pengendali berusia 53 tahun itu sedang melakukan tugas yang cukup cemerlang bersama Harimau Malaya ketika ini termasuklah mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Syria tempoh hari. Beliau dalam sesi sidang media pra-perlawanan Malaysia menentang China akhirnya memberi sebab tentanh […]

Safee Sali Ramal Malaysia Tampil Cara Berbeza Berdepan China

Bekas penyerang negara, Safee Sali meramalkan skuad kebangsaan Malaysia bakal tampil dengan cara yang berbeza berdepan pasukan China kelak. “Saya rasa mungkin Kim Pan-gon ada strategi yang lain untuk berdepan pasukan China kerana ketiadaan Shahrul Saad di posisi pertahanan, mungkin Junior Eldstal dan Sharul Nazeem akan diturunkan berdasarkan kombinasi dan keserasian mereka.” ujar Safee Sali […]

Rekod 5 Pertemuan Akhir Lawan China Perlu Segera Dipadam

Malaysia berdepan satu lagi tugas yang cukup mendebarkan apabila perlu memadam episod duka berdepan China. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berdepan dua tugas berat apabila menerima tentangan Syria dan China dalam aksi persahabatan FIFA September. Harimau Malaya bagaimanapun berjaya mencipta kejutan untuk mengikat Syria dengan keputusan 2-2. Rekod tersebut membawa kepada kemenangan pertama berdepan wakil Asia […]

E. Elavarasan Ganti Haqimi Azim Dengan Nik Umar

Susulan kecederaan yang menimpa penyerang KL City FC, Haqimi Azim, pengendali skuad B-23 Malaysia, E. Elavarasan segera memanggil pemain pertahanan Perak FC, Nik Umar Nik Aziz sebagai pengganti. Keputusan tersebut diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam laman media sosial rasmi mereka hari ini. Nik Umar merupakan sebahagian daripada senarai 15 pemain B-23 bersedia seandainya […]

“Prestasi Individu Lebih Penting Berbanding Keputusan” – Matyo

Bekas penyerang lagenda Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih mesra dikenali sebagai Matyo yakin persembahan individu lebih diutamakan berbanding keputusan di China. Pemain berusia 37 tahun itu teruja dengan kemampuan sebenar Harimau Malaya selepas berjaya mengikat pasukan ke-94 dunia Syria dengan keputusan 2-2. Mengulas lanjut, beliau melihat motivasi pasukan ketika ini berada pada tahap yang […]

Dugaan Berat Haqimi Azim Bersama Malaysia

Penyerang muda Malaysia, Haqimi Azim terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di pentas Kelayakan Piala Asia B23. Dugaan berat menimpa pemain berusia 20 tahun itu apabila beliau mengalami kecederaan ketika sesi latihan bersama skuad kebangsaan di Thailand. Dalam satu hantaran di lama Instagram Story miliknya semalam, beliau kelihatan sedang bertongkat dan buku lalinya bengkak. Hari ini […]

Lihat Cara Kim Pan-gon Baiki Kelemahan Utama Malaysia

Kerisauan ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menentang pasukan 100 terbaik dunia bakal berakhir selepas pasukan negara membuktikan prestasi sebaliknya. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mula menyatakan kegusaran berkenaan ketahanan mental para pemainnya yang sedikit bergelut selepas ketinggalan. Perkara ini menjadi tumpuannya tatkala Harimau Malaya berdepan ujian dua pasukan hebat iaitu Syria dan China. Persembahan para […]

Usia Muda Bukan Penghalang Aliff Izwan

Penyerang muda Selangor FC, Aliff Izwan Yuslan tidak melihat usia mudanya sebagai penghalang untuk pamer aksi cemerlang dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024. Semalam, penyerang berusia 19 tahun itu membantu skuad B-23 Malaysia mengalahkan Bangladesh 2-0 dalam aksi pertama Kumpulan H. Lebih menarik, Aliff turut menyumbat gol jarak jauh pada minit ke-82 yang menewaskan […]