Bisa Kaki Kiri Safawi Rasid Jadi Kenyataan

Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid mempamerkan aksi memukau dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 2 hari ini. Biarpun dimasukkan pada minit ke-81 permainan, impak pemain berusia 26 tahun itu berjaya menoktahkan hasrat Syria untuk mencatat kemenangan. Pada minit ke-83 permainan, gerakan Safawi telah memberi ruang buat Darren Lok meledak. Gelecekan Safawi yang melepasi dua pertahanan lawan […]

Ranking FIFA: Malaysia ‘Curi’ Mata Penting Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia

Malaysia kembali menghidupkan peluang untuk memburu kelompok kedudukan 120 terbaik dunia selepas mengikat Syria 2-2. Perlawanan menentang pasukan ke-94 dunia itu menyaksikan anak buah Kim Pan-gon mempamerkan aksi ‘gred A’ untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol. Keputusan itu menyaksikan penambahan +1.4 mata buat Harimau Malaya sungguhpun sasaran utama meraih +6.4 mata terlepas. Mata semasa Malaysia […]

Statistik Buktikan Malaysia Pamer Kualiti Luar Norma Ikat Syria

Malaysia mempamerkan statistik yang cukup menggiurkan berdepan pasukan ke-94 dunia, Syria sekaligus menyaksikan pasukan negara mencuri mata FIFA yang amat penting. Perhatian menyeluruh tertumpu kepada bagaimana skuad kebangsaan menunjukkan kemampuan untuk bangkit memperoleh dua gol setelah ketinggalan. Hal ini juga dibuktikan menerusi catatan statistik yang membuktikan kualiti dan dominasi Malaysia ke atas negara Asia Barat […]

Kim Pan-gon: Kami Tunjukkan Mentaliti Harimau Malaya

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon gembira dengan kesungguhan dan mentaliti yang ditonjolkan para pemain Harimau Malaya setelah berjaya bangkit mengikat Syria pada babak kedua perlawanan. “Keputusan yang bagus. Pada pandangan saya, corak permainan kami pada separuh masa pertama amat baik dan kami mampu melawan pasukan yang berada di ranking ke-94. Cuma kami lakukan dua kesilapan. […]

Junior Eldstal Papar Kualiti Pertahanan Terbaik Rantau Ini

Pemain pertahanan Malaysia, Junior Eldstal berjaya membalas kepercayaan Kim Pan-gon apabila mempamerkan aksi bertahan yang berkualiti tinggi dalam perlawanan menentang Syria. Pemain berusia 32 tahun itu masuk pada minit ke-46 perlawanan bersama-sama dengan Shahrul Nazeem dan Akhyar Rashid untuk memenuhi kehendak taktikal Kim Pan-gon. Junior Eldstal kelihatan tenang mengawal bola dan melakukan beberapa hantaran yang […]

Malaysia Pamer Keajaiban Ikat Syria

Aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Syria berkesudahan dengan Malaysia berjaya mengikat lawan. Perlawanan yang berlangsung di Chengdu, China itu menyaksikan pasukan bimbingan Kim Pan-gon mendapat tentangan yang cukup hebat seawal minit pertama. Anak buah Hector Cuper tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama menerusi jaringan pemain berpengalaman, Merdek Mrdkian pada minit ke-11. […]

Jurulatih Syria Pilih Percaturan Ganjil Menentang Malaysia

Ketua jurulatih Syria membuat keputusan untuk memanggil barisan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan penyokong. Pasukan ke-94 dunia itu akan menjadi cabaran utama pengendali Malaysia, Kim Pan-gon dalam merencanakan percaturannya. Perlawanan yang bakal berlangsung di gelanggang neutral itu menyaksikan Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan rangking FIFA. Perkara yang menjadi tumpuan bagaimanapun terarah kepada pilihan […]

Luqman Hakim Tagih Sokongan Padu Rakyat Malaysia

Penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin mengharapkan sokongan rakyat Malaysia bagi membantu skuad B-23 melepasi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024. Luqman kembali menyarung jersi Harimau Muda selepas tidak dapat berbuat demikian sebelum ini untuk aksi Piala AFF B-23 pada Ogos lepas. Biarpun Thailand dijangka menjadi pencabar Malaysia dalam saingan Kumpulan H, sokongan padu penyokong […]

Sharul Nazeem ‘Selongkar’ Watak Berbeza Pertahanan Harimau Malaya

Pemain pertahanan Selangor, Sharul Nazeem tekad untuk memberikan yang terbaik jika diberi peluang untuk bermain. Pemain berusia 23 tahun itu akui ada persaingan sihat dalam kalangan pemain pertahanan Harimau Malaya ketika ini. Menurut Sharul, Malaysia kini lengkap dari segenap sudut dan emain pertahanan pula berbeza watak serta mempunyai gaya permainan berbeza. Bagi Sharul, ini memberi […]

Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Kembali Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 21 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan dan menghampiri tangga ke-120 terbaik dunia buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon bakal menghadapi dua aksi persahabatan di Chengdu, China pada 6 dan 9 September menentang Syria dan juga tuan rumah. Selepas Malaysia menjuarai kejuaraan serantau, Piala AFF 2010, Malaysia gagal mempamerkan […]

“Malaysia Buru Slot Pusingan Akhir Piala Asia” – Elavarasan

Jurulatih skuad B-23 Malaysia, E. Elavarasan mahu merealisasikan sasaran melepasi pusingan kelayakan agar dapat beraksi di Piala Asia B-23 2024 di Qatar. Beliau melihat sasaran tersebut tidak mustahil boleh dicapai memandangkan majoriti pemain yang dibawa ialah pemain-pemain sama yang beraksi dalam Sukan SEA 2023 dan Piala AFF B-23 2023. “Kita datang ke sini dengan satu […]

Sergio Aguero: Malaysia Pamer Kemajuan Mendadak

Pemain kebangsaan Malaysia, Sergio Aguero melihat skuad Harimau Malaya kini mempamerkan kemajuan mendadak setiap tahun. Aguero berpendapat skuad Malaysia kini lebih bagus dan mempunyai peningkatan berbanding tahun sebelumnya setelah beliau kembali menyarung jersi Malaysia ekoran baru pulih daripada kecederaan. “Saya rasa pasukan Malaysia telah mempamerkan kemajuan yang mendadak setiap tahun.” ujar Aguero. Aguero turut mahu […]

Pengganti Hong Wan Sudah Ditemui?

Khabar mengejutkan buat kem latihan kebangsaan apabila khidmat perancang tengah berbakat, Hong Wan terpaksa disisihkan bagi aksi persahabatan antarabangsa kali ini. Perkembangan yang dikongsikan oleh FAM itu menyaksikan penyokong bola sepak Malaysia terlepas peluang untuk menyaksikan aksi tenangnya mengemudi jentera tengah pasukan. Pemain berusia 22 tahun itu difahamkan mengalami kecederaan ketika JDT berkunjung ke Stadium […]

Jurulatih Syria Pilih Percaturan Ganjil Berdepan Malaysia

Percaturan ketua jurulatih Syria meraih perhatian para penyokongnya selepas memilih skuad ganjil berdepan Malaysia. Pasukan ke-94 dunia itu bakal menjadi lawan pertama pasukan bimbingan Kim Pan-gon di Chengdu, China namun barisan pilihan pasukan Timur Tengah itu mencuri tumpuan. Keputusan Héctor Cúper untuk membawa barisan ‘kuda tua’ berdepan Harimau Malaya telah membawa kritikan penyokong Syria. Pengendali […]

Malaysia Terima Ujian Pemain Kacukan & Naturalisasi China

Menjelang aksi persahabatan menentang China, skuad kebangsaan Malaysia harus berwaspada dengan kelibat pemain kacukan dan naturalisasi China yang menjadi tunjang utama pasukan mereka. China mula melakukan projek naturalisasi sejak tahun 2019 lagi berdasarkan status pemain kacukan dan pemain yang telah lama menetap di China bagi memperkuatkan pasukan kebangsaan mereka. Antara pemain naturalisasi yang dipanggil untuk […]

Malaysia Pertaruh Calon ‘Sebati’ Kemudi Jentera Serangan Di Thailand

Ketua jurulatih B-23 Malaysia, E. Elavarasan kini mempertaruhkan gandingan serangan terbaik yang mampu mencipta keserasian dan sebati untuk bermain bersama dalam memecah blok pertahanan lawan. Gandingan Luqman Hakim, Haqimi Azim dan Fergus Tierney sebagai trio serangan negara dilihat sebagai calon terbaik untuk membarisi jentera serangan Malaysia berdasarkan aspek kekuatan fizikal dan kelajuan larian. Luqman Hakim […]