Peranan Berbeza Matt Davies & Corbin Ong Bersama Malaysia

Duo pertahanan Malaysia, Matthew Davies dan Corbin Ong terbukti boleh memainkan peranan yang berbeza bersama Harimau Malaya. Pertahanan utama JDT memainkan peranan yang cukup cemerlang bersama Malaysia terutamanya ketika berdepan pasukan 100 terbaik dunia. Kedua-dua pemain ini menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Kim Pan-gon ketika berdepan Syria dan China. Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh penganalisis […]
Kelayakan Piala Asia U23: Malaysia Sah Ke Piala Asia

Hasrat Malaysia ke Piala Asia B-23 2024 tercapai selepas rekod disiplin mereka membantu mengatasi Iran untuk slot terakhir naib juara kumpulan. Selepas tewas kepada Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan H, skuad B-23 negara terpaksa menunggu keputusan kumpulan kelayakan lain bagi mengetahui sama ada mereka layak atau tidak. Sebelum perlawanan menentang Thailand, dari segi kedudukan naib […]
Teknologi Catapult Buktikan Pemain Malaysia Semakin Efisien Dalam Padang

Teknologi Catapult yang digunakan skuad Harimau Malaya membuktikan para pemain Malaysia kini semakin efisien diatas padang. Perkara ini dibahaskan pemerhati bola sepak tempatan, Hafizal Hamad, Richard Scully, Asmawi Bakiri dan Razman Roslan dalam segmen NindiaBola di Astro Arena. Mereka menjelaskan purata persembahan yang ditampilkan anak buah Kim Pan-gon amat-amat baik. “Dia (Junior Eldstal) punya workrate […]
3 Posisi Malaysia Jadi Tumpuan Menentang Thailand

Aksi terakhir Kumpulan H bagi Kelayakan Piala Asia B-23 tertumpu kepada pertembungan Malaysia dan Thailand bagi mengesahkan tempat ke Piala Asia. Percaturan ampuh E. Elavarasan sekali lagi ditagih setelah membantu Malaysia mencatatkan kemenangan berdepan Bangladesh dan Filipina. Aksi ini tertumpu kepada beberapa posisi yang bakal menentukan hala tuju pasukan berdepan pemenangan tempat ke-3 Piala AFF […]
Falsafah Kim Pan-gon Sukar Diramal

Bekas pemain kebangsaan, Dato Richard Scully menganggap percaturan yang diterapkan pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon sukar diramal. Penganalisis bola sepak tempatan ini berpendapat bahawa taktikal Kim Pan-gon sebenarnya berjaya mengelirukan pihak lawan. Dalam segmen Nindia Bola di Astro Arena, Richard teruja melihat pemain-pemain yang diturunkan Kim Pan-gon dalam dua siri persahabatan antarabangsa baru-baru ini. “Pendekatan taktikal […]
TMJ Cetus Revolusi Bantu Tingkatkan Prestasi Harimau Malaya

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menjadi tulang belakang kepada perkembangan luar biasa yang dipersembahkan oleh skuad kebangsaan Malaysia ketika ini. Menurut perkongsian oleh Hafizal Hamad di Nindia Bola, beliau membuktikan bahawa keterlibatan DYAM TMJ telah membantu untuk membawa prestasi Harimau Malaya ke satu tahap yang lebih tinggi. Perkara ini bertitik tolak […]
Luqman Hakim Buat Malaysia Tersenyum Semula

Aksi sengit melibatkan pertembungan antara skuad Malaysia U23 dan Thailand U23 diserikan dengan khabar baik daripada kem pasukan negara. Aksi terakhir kumpulan itu bakal menentukan nasib anak didik E. Elavarasan yang kini memiliki tugas penting untuk layak ke pusingan berikutnya. Sebelum ini, penyokong Malaysia berdebar menantikan perkhabaran penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang dikesan […]
V. Ruventhiran Mahu Manfaatkan Pengalaman Tewaskan Thailand

Pemain pertahanan skuad B-23 Malaysia, V. Ruventhiran melihat Thailand mampu ditewaskan menjelang aksi terakhir Kumpulan H yang berlangsung esok. Bek kiri Selangor FC itu berpandangan sedemikian kerana beliau pernah membantu skuad senior negara mengalahkan Gajah Perang dalam aksi separuh akhir Piala AFF 2022. Justeru, pengalaman itu mahu dimanfaatkan bagi membantu Harimau Muda mengalahkan Thailand dan […]
Ramalan Awal Matthew Davies Jadi Kenyataan

Ramalan awal pertahanan kebangsaan, Matthew Davies jadi kenyataan apabila Malaysia berjaya mempamerkan persembahan memukau dalam dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 baru-baru ini. Skuad Harimau Malaya mencatat keputusan positif apabila seri menentang Syria 2-2 dan berjaya mengikat pasukan China dengan keputusan 1-1. Ketika sesi latihan bersama skuad kebangsaan tempoh hari, Matt Davies telah ditanya adakah Malaysia […]
3 Pemain Malaysia Rekod Penilaian Tertinggi Lawan China

Keputusan cemerlang Malaysia berdepan Syria dan China menyaksikan prestasi baik di bawah kendalian Kim Pan-gon berjaya diteruskan. Berdasarkan kiraan mata FIFA, Malaysia memperoleh +1.93 mata tambahan selepas beraksi cukup baik menentang pasukan 80 dunia iaitu China. Sebelum itu, skuad kebangsaan berjaya melakar satu keputusan baik menentang pasukan ke-94 dunia, Syria sekaligus memungut tambahan +1.4 mata […]
Akhyar Rashid Buktikan Dirinya Tonggak Penting Harimau Malaya

Pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid membuktikan dirinya merupakan tonggak penting pasukan kebangsaan berdasarkan statistik semasa beliau bersama pasukan Malaysia. Akhyar Rashid memainkan watak penting dalam 2 perlawanan persahabatan menentang Syria dan China apabila beliau menyumbangkan 1 gol (Syria) dan 1 bantuan jaringan (China) buat Malaysia. Malah pemain berusia 24 tahun ini telah menjaringkan 3 […]
Faisal Halim Pecah Rekod 16 Tahun Lawan China

Penjaring gol tunggal Malaysia berdepan China, Faisal Halim memecahkan rekod 16 tahun yang melibatkan pertembungan dua pasukan ini. Aksi yang berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu ini menyaksikan anak didik Kim Pan-gon berjaya meraih keputusan seri 1-1. Kini, berdasarkan kiraan masa nyata FIFA, Malaysia mengumpul keseluruhan mata sebanyak 1094.90 mata selepas berjaya mengikat China dengan keputusan 1-1. […]
T. Saravanan: Kita Perlu Menang

Penyerang muda KL City FC, T. Saravanan menyifatkan perlawanan terakhir Kumpulan H menentang Thailand sebagai perlawanan wajib menang buat skuad B-23 Malaysia. Ini kerana hanya kemenangan yang dapat menjamin kelayakan Harimau Muda ke Piala Asia B-23 2024 sebagai juara kumpulan. Kedua-dua pasukan ketika ini mengumpul enam mata dengan masing-masing meraih kemenangan kedua ke atas Filipina […]
Rudie Ramli: Kalau Ada VAR, Kedudukan Faisal Halim Boleh Dipertikai

Bekas penyerang lagenda Selangor FC, Rudie Ramli yakin keputusan pasti berbeza sekiranya Pembantu Video Pengadil (VAR) digunakan dalam aksi Malaysia menentang China. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu itu menyaksikan Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan ke-80 dunia, China dengan keputusan 1-1. Gol tunggal Faisal Halim pada minit ke-11 menceriakan penyokong Malaysia sebwlum dipadamkan […]
Faisal Halim Terima Tepukan Gemuruh Penyokong China

Pemain sayap sensasi Malaysia, Faisal Halim menerima tepukan gemuruh oleh penyokong China di Stadium Phoenix Hill, Chengdu. Aksi antara Harimau Malaya dan pasukan ke-80 dunia, China menyaksikan percaturan hebat Kim Pan-gon berjaya menyekat kemaraan tuan rumah. Gol pembukaan Faisal Halim pada minit ke-11 bagaimanapun berjaya dipatahkan oleh rembatan deras Lin Liang Ming pada minit ke-36. […]
Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia ‘Tekan’ Filipina, Hampiri Kedudukan 120 Terbaik Dunia

Selepas meraih tambahan 1.4 mata ranking FIFA ketika berdepan pasukan ke-94 dunia, Syria, Malaysia sekali lagi mencatatkan unjuran positif dan konsisten untuk mencuri mata FIFA berdepan China. Malaysia yang merekodkan 1091.57 mata dengan keputusan positif ke atas Syria menyaksikan skuad kebangsaan memperoleh tambahan mata menjadi 1092.47 mata. Kini, berdasarkan kiraan masa nyata, Malaysia mengumpul keseluruhan […]