“Keyakinan Pemain Malaysia Tinggi Berdepan India” – Kim Pan-gon

Menjelang aksi Pestabola Merdeka Malaysia menentang India malam ini, Kim Pan-gon percaya anak-anak buahnya memiliki keyakinan berdepan pasukan dari Asia Selatan itu. Ini disebabkan barisan kejurulatihan Harimau Malaya sudah mengatur persiapan rapi untuk perlawanan malam ini. Selain itu, keterujaan para pemain beraksi di hadapan penyokong sendiri di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang berwajah […]

5 Sebab Mengapa Pertemuan Malaysia vs India Amat Penting & Menarik

Penulis menunggu cukup lama sebelum akhirnya perlawanan Malaysia menentang India (Malaysia vs India) akhirnya menjadi realiti kerana terdapat beberapa perkara menarik yang berlaku dalam dunia bola sepak India. India bukanlah negara ‘bola sepak’ kerana sukan kriket sentiasa menjadi sukan nombor 1 negara berkenaan dan bola sepak dilihat sebagai sukan tambahan sahaja sejak sekian lama sebelum […]

Statistik Luar Biasa India Jadi Sandaran Jurulatih ‘Hukum’ Malaysia Di Bukit Jalil

Ketua Jurulatih India, Igor Štimac percaya anak buahnya memiliki kelebihan berhadapan Malaysia berdasarkan rekod prestasi pasukan sepanjang tahun ini. India sebelum ini berjaya menjuarai kejohanan South Asian Football Federation (SAFF) selepas berjaya menewaskan Kuwait pada perlawanan akhir disamping berjaya mencatatkan keputusan positif tanpa tewas sepanjang tahun 2023. Selain itu India turut menjuarai Piala Intercontinental 2023 […]

Lebih 40,000 ‘Ekor’ Harimau Malaya Bakal Gegar India

Kejohanan Pesta Bola Merdeka bakal membuka tirainya malam ini. Pertembungan antara pasukan Malaysia dan juga India di Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka akan dibanjiri lebih 40,000 ekor Harimau Malaya. Aksi pertama ini menjadi penentu kepada pasukan yang menang untuk layak ke pentas akhir Pesta Bola Merdeka bertemu Tajkistan pada Selasa, 17 Oktober kelak. Sokongan padu […]

Ranking FIFA: Malaysia ‘Selangkah’ Kembali Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 21 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk menghampiri kedudukan ke-120 terbaik dunia selepas kali terakhir berjaya melakukannya kira-kira 21 tahun lalu. Skuad Harimau Malaya dijadualkan berdepan India bagi aksi Pestabola Merdeka, 13 Oktober ini sungguhpun terlepas peluang untuk beraksi dua aksi persahabatan antarabangsa kali ini. Hal ini susulan Palestin yang menarik diri akibat pergolakan yang berlaku […]

Peluang Malaysia Buktikan ‘Tuduhan’ Penyokong India Terhadap Malaysia & ASEAN Adalah Salah

Dendam ‘kesumat’ sebahagian penyokong negara India terhadap skuad Malaysia dan ASEAN bakal terjawab esok (Jumaat) apabila kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu dalam aksi sulong Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Penyokong India yang sebelum ini pernah berang dan marah apabila Malaysia dan negara-negara di rantau Asia Tenggara dianggap berhadapan laluan mudah untuk layak ke […]

Kim Pan-gon Mahu SNBJ Setaraf Stadium Sultan Ibrahim

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu melihat stadium keramat Malaysia iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berada setaraf dengan Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Umum mengetahui bahawa proses menaik taraf SNBJ telah pun siap yang menyaksikan ia menelan belanja hampir RM5 juta. Kerja-kerja penambahbaikan ini melibatkan pembinaan dan penyelenggaraan padang selama satu tahun (RM2,213,851.10 Juta) […]

Malaysia Berisiko Hilang Tonggak Utama Berdepan India

Skuad kebangsaan Malaysia bakal kehilangan seorang tonggak utama dalam aksi berdepan India kelak atas faktor kesihatan. Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah mengesahkan Paulo Josue telah mengalami demam denggi dan berkemungkinan besar akan terlepas aksi Pestabola Merdeka. Ini bermakna Malaysia bakal kekurangan seorang pemain berkualiti dibahagian serangan pasukan. Paulo Josue bermain sebagai pemain tengah […]

Kos Naik Taraf SNBJ Cecah Hampir RM5 Juta

Projek Kerja-Kerja Menaik Taraf Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah menelan belanja hampir RM5 Juta. Menerusi satu kenyataan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, beliau memaklumkan bahawa serahan tapak projek kepada syarikat Talenttwo (M) Sdn Bhd telah dilaksanakan pada 1 April 2023 dan kerja penukaran rumput telah dijalankan sehingga 30 September 2023. Tempo […]

Juan Torres Garrido Dilantik Jurulatih Malaysia B-23 Menjelang Piala Asia

Jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido sah dilantik sebagai jurulatih skuad Malaysia B-23 yang baru. Pengumuman perlantikan beliau dibuat FAM menerusi satu sidang media khas yang diadakan pada hari ini. Pengumuman ini sekaligus menamatkan spekulasi tentang siapa mengambil alih jawatan tersebut selepas E. Elavarasan meletak jawatan pada bulan lepas. Keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan bekas jurulatih […]

Matthew Davies Mahu Buat Rakyat Malaysia Berbangga

Pemain pertahanan kebangsaan, Matthew Davies tekad untuk membantu skuad Harimau Malaya meraih kemenangan di Kejohanan Pesta Bola Merdeka. Ketika sesi sidang media pra-perlawanan, Matt akui amat teruja dapat beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya. Beliau turut merindui suasana dan aura di Stadium Nasional Bukit Jalil. “Kita rasa gembira kerana dapat bermain di sini […]

Igor Štimac: India Pasukan Yang Berkualiti Di Asia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan India, Igor Štimac yakin pasukannya memiliki kelebihan berdepan Malaysia di Pestabola Merdeka. Pasukan ke-102 dunia itu turun dengan misi besar apabila berdepan pasukan bimbingan Kim Pan-gon di tempat lawan. Beliau bagaimanapun memberi gambaran bahawa India bakal turun tanpa beberapa tonggak utama yang dilanda kecederaan sementara pemain yang dibawa juga bergelut dengan […]

Nooa Laine Sasar Benam India Di Gelanggang Keramat Harimau Malaya

Pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine berazam untuk memberikan yang terbaik di kejohanan Pesta Bola Merdeka, Jumaat ini. Bakal beraksi buat kali pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, pemain berusia 20 tahun ini bangga diberi kepercayaan untuk bersama skuad Harimau Malaya. Beliau menzahirkan rasa teruja dan gembira mendapat panggilan ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon kali ini. […]

Teknologi Eropah Dipakai Pada Rumput Zeon Zoysia Di SNBJ

Detik yang ditunggu-tunggu mengenai perkembangan semasa keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya terjawab. Menerusi satu perkembangan yang dikongsikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), SNBJ bagaimanapun berada pada tahap terbaik untuk mengadakan aksi di sana. Sebelum ini, kerisauan wujud dalam kalangan penyokong mengenai tempoh padang boleh disiapkan namun projek penambahbaikan padang berlangsung mengikut waktu […]

Aura Hebat Junior Eldtsal Buat Pemain Muda Malaysia Teruja

Pemain tengah Malaysia, Mukhairi Ajmal mengakui teruja beraksi bersama-sama dengan tonggak pertahanan senior Junior Eldstal. Ini kerana beliau masih ingat impak yang dibawa Junior semasa bersama skuad B-23 negara dalam Pestabola Merdeka 2013. Skuad Harimau Muda yang ketika itu dibimbing Datuk Ong Kim Swee berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas skuad B-23 Myanmar dalam aksi […]

Media Timur Tengah Lapor Palestin Tidak Sertai Pestabola Merdeka

Media Timur Tengah melaporkan bahawa pasukan kebangsaan Palestin tidak akan menyertai Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Keadaan huru hara ketika ini sedang berlaku di Palestin akibat serangan antara dua pihak sekaligus menyebabkan persiapan pasukan bola sepak mereka turut terjejas. Beberapa sumber yang melaporkan kepada Football Palestine memberitahu bahawa Palestin tidak akan menurunkan […]