Mukhairi Ajmal: Persiapan Malaysia Tidak Terjejas

Pemain tengah Malaysia, Mukhairi Ajmal menganggap persiapan skuad kebangsaan Malaysia masih berada dilandasan yang tepat walaupun terdapat khabar angin tentang penarikan diri pasukan Palestin. Namun setakat ini pihak penganjur FAM masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi tentang sama ada Palestin sah menarik diri ataupun sebaliknya. “Alhamdulillah, kita dapat beradaptasi dengan corak latihan pasukan kebangsaan dan […]

Jürgen Klinsmann Pandang Serius Ancaman Malaysia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann mengakui perlu melakukan kerja rumah untuk mengetahui kekuatan sebenar pasukan negara. Menerusi satu perkongsian Astro Arena, jurulatih kelahiran Jerman itu mengakui pertembungan antara Korea Selatan dan Malaysia amat istimewa kerana Kim Pan-gon. Beliau menyedari bahawa Harimau Malaya dipimpin oleh pengendali kelahiran Korea Selatan yang tahu segala selok-belok […]

Format Pestabola Merdeka Diubah Saat Akhir?

Pestabola Merdeka 2023 bakal menyaksikan perubahan format kejohanan pada saat akhir susulan konflik Israel-Palestin yang berlaku di Semenanjung Gaza ketika ini. Sebelum ini, format kejohanan ialah format kejohanan empat sebelah membabitkan tuan rumah Malaysia, India, Tajikistan dan Pakistan. Bagaimanapun, ASEAN Football melaporkan susulan tindakan Palestin menarik diri daripada kejohanan, maka Pestabola Merdeka berkemungkinan menggunakan format […]

Malaysia Bawa Dua Watak Berbeza Ke Pestabola Merdeka

Pemilihan dua tonggak berbeza untuk membawa cabaran Malaysia ke Pestabola Merdeka akhirnya dijawab oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menjelaskan bahawa pemilihan para pemain kali ini telah pun diteliti secara rapi oleh barisan kejurulatihan untuk berdepan pasukan ke-102 dunia, India. Menurut penjelasan Pan-gon, beliau tidak hanya menilai dari satu persembahan […]

Palestin Tarik Diri Sertai Pestabola Merdeka?

Pasukan yang beraksi di Pestabola Merdeka, Palestin berisiko besar untuk menarik diri pada saat akhir kejohanan itu bakal berlangsung. Perkhabaran mengejutkan ini susulan keadaan terkini di sana apabila berlakunya pertumpahan darah antara Palestin dan juga rejim Zionis Israel yang meragut ribuan nyawa. Keadaan ini telah menjejaskan seluruh tanah Arab tersebut sekaligus menyebabkan pasukan itu berisiko […]

Junior Eldstal: Kim Pan-gon Guna Kekuatan Saya Sebaik Mungkin

Pertahanan tengah kebangsaan, Junior Eldstal mengakui ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon berjaya menggunakan kekuatannya sebaik mungkin selepas mendapat panggilan ke kem latihan pusat berturut-turut. Pemain berusia 32 tahun itu kini menikmati musim cemerlang bersama kelab Indonesia, Dewa United untuk merebut tempat bersama kem negara. Beliau mengakui bahawa persaingan dalam skuad negara ketika ini amat baik […]

Suhaimi Husin Akui Minit Bermain Jadi Keutamaan Buat Malaysia

Penjaga gol Terengganu FC, Suhami Husin mengakui minit bermain yang diperoleh dalam saingan liga amat penting untuk membawa cabaran Malaysia. Beliau berjaya mendapat panggilan buat kali pertama di bawah kendalian Kim Pan-gon setelah tampil cemerlang di peringkat kelab. Katanya, peluang yang diberikan oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk menjadi pilihan utama di peringkat kelab amat […]

“Sasaran Kita Kedudukan 100 Teratas FIFA” – Kim Pan-gon

Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon berharap dapat merealisasikan sasaran berada dalam kedudukan 100 teratas FIFA. Ketika ini, skuad negara menduduki ranking ke-134 dunia selepas meraih dua keputusan seri masing-masing menentang Syria dan China pada bulan lepas. Ini meletakkan Harimau Malaya pada kedudukan terbaik untuk menduduki kedudukan 120 teratas FIFA buat kali pertama sejak 2006. Begitupun, Pan-gon […]

“Tiada Jaminan Buat Mana-Mana Pemain Ke Piala Asia” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui tidak memberi jaminan kepada mana-mana pemain untuk mendapat tempat khas ke Piala Asia tahun hadapan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu kini sedang mempersiapkan pasukan bagi aksi Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung pada 13 Oktober 2023. Beliau berpuas hati dengan panggilan pemain kali ini namun mahu setiap pemain untuk memberikan […]

Stuart Wilkin Teruja Dapat Kepercayaan Penuh Kim Pan-gon

Pemain tengah Sabah, Stuart Wilkin mengakui teruja mendapat kepercayaan penuh Kim Pan-gon untuk terus membarisi skuad kebangsaan sejak awal tahun ini. Menurut beliau, pasukan kebangsaan Malaysia kini sedang memiliki motivasi terbaik berdasarkan keputusan positif menentang pasukan lebih kuat seperti Syria dan China tempoh hari. “Ya, ini masa yang mengujakan buat pasukan Malaysia yang sedang menanti […]

Penyudah Trio Serangan Malaysia Hampiri Kemuncak

Ketajaman penyudah trio serangan Malaysia makin terbukti apabila menyinari bersama pasukan masing-masing. Skuad kebangsaan akan memulakan sesi latihan sebagai persediaan menghadapi saingan PestaBola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon diundi berdepan pasukan ke-102 dunia, India bagi aksi separuh akhir sebelum melangkah ke final sekiranya berjaya mengatasi cabaran tersebut. Prestasi para pemain […]

Darren Lok Sedia Bawa Momentum Sempurna Bersama Malaysia

Penyerang Sabah FC, Darren Lok berharap dapat meneruskan momentum cemerlang dalam Piala AFC bila menyertai kem latihan Harimau Malaya nanti. Aksi hari ini menentang PSM Makassar menyaksikan Sabah membelasah lawan mereka lima gol tanpa balas. Dua gol daripadanya disumbang Darren pada minit keenam dan ke-46. Biarpun Sabah kini selesa mendahului Kumpulan H selepas dua perlawanan, […]

Malaysia Panggil 3 Pemain Luar Negara Gempur India

Malaysia tampil dengan sedikit kelainan bagi aksi Pestabola Merdeka dengan menampilkan beberapa muka baharu termasuklah kelibat tiga pemain luar negara untuk memacu cabaran negara. Aksi Pestabola Merdeka kembali diadakan selepas sedekad pengajurannya dihentikan telah membawa kepada percaturan penting ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk membawa barisan pemain terbaik. Antara muka baharu yang dipanggil ialah penjaga gol […]

Kim Pan-gon Pantau Rapat 3 Bintang Terengganu

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon dilihat mula membuka mata terhadap potensi sebenar tiga bintang muda Terengganu yang mula meningkat naik. Senarai panggilan ke kem latihan pusat bagi aksi Pestabola Merdeka 2023 mencuri tumpuan apabila terdapat beberapa muka baharu yang dipanggil untuk menggalas cabaran negara. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu juga membuka ruang buat penjaga gol […]

Persaingan Pertahanan Kanan Malaysia Makin Rancak

Senarai 25 pemain Malaysia untuk aksi Pestabola Merdeka 2023 menyaksikan persaingan posisi pertahanan kanan Harimau Malaya kini semakin rancak berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh Kim Pan-gon. Ketua jurulatih itu telah menyenaraikan 3 pemain untuk posisi pertahanan kanan dan kesemua nama yang dipanggil sedang menunjukkan prestasi cemerlang ketika ini. 1. Matthew Davies (28 tahun) Pemain pertahanan […]

Nooa Laine & Suhaimi Husin Dalam Senarai 25 Bintang Malaysia Ke Pestabola Merdeka

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasminya mengumumkan skuad ke Pestabola Merdeka, Oktober ini. 25 pemain telah menjadi pilihan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 6 Oktober 2023. Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, pengendali Korea Selatan itu telah mengekalkan seramai 21 daripada 25 pemain yang telah dipanggil pada […]