3 Pemain Tumpuan Malaysia ‘Gegar’ Tajikistan

Bahang semakin terasa menjelang aksi akhir Pestabola Merdeka antara pasukan Malaysia dan Tajikistan pada Selasa ini. Kelibat 3 pemain ini pastinya mencuri tumpuan dalam membantu pasukan Harimau Malaya meraih trofi pertama dibawah kendalian Kim Pan-gon. 1. Syihan Hazmi Penjaga gol berusia 27 tahun ini menjadi pilihan utama ketua jurulatih untuk menjaga gawang gol Malaysia sejak […]

Corbin-Ong Kongsi Analisis Kekuatan Pemain Tajikistan

Pertahanan kental Malaysia, La’Vere Corbin-Ong berkongsi tentang kekuatan yang dimiliki oleh pemain Tajikistan menjelang sepak mula final Pestabola Merdeka 2023. Pemain berusia 33 tahun itu mempamerkan aksi yang cukup bertenaga selepas berjaya membantu Harimau Malaya mengatasi cabaran India dengan keputusan 4-2. Bintang JDT itu juga menyumbang satu gol untuk membawa cabaran skuad kebangsaan sungguhpun berdepan […]

“Malaysia Kembali Bagi Misi Balas Dendam” – Stuart Wilkin

Perancang tengah Malaysia, Stuart Wilkin yakin Malaysia kembali dengan misi besar berdepan Tajikistan di laman sendiri. Pasukan kendalian Kim Pan-gon dalam momentum terbaik selepas membenam cabaran India dengan keputusan 4-2 di Bukit Jalil tempoh hari. Beliau diberi kepercayaan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu untuk masuk selaku pemain gantian bagi meneruskan rentak cemerlang Malaysia. Menerusi […]

FAM Umum Venue Rasmi Final Pestabola Merdeka 2023

FAM secara rasmi mengumumkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue rasmi aksi final Pestabola Merdeka 2023. Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman, keputusan ini dibuat selepas menilai semua faktor yang berbangkit. Ini termasuk maklumat terbaru hasil tinjauan ke atas padang SNBJ yang dibuat FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini. […]

“Jangan Sampai Kami Naturalisasikan Pemain India” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kurang senang dengan kritikan terbuka yang dilemparkan oleh pengendali India, Igor Stimac. Malaysia berjaya menundukkan pasukan ke-102 dunia itu dengan keputusan 4-2 sekaligus membawa pasukan ke pentas akhir Pestabola Merdeka 2023. Sejuru selepas perlawanan, jurulatih kelahiran Croatia itu memberitahu bahawa kejohanan seperti ini layak memiliki fasiliti yang lebih baik. […]

Jurulatih Tajikistan Tahu Masa Depan Syihan Hazmi Lebih Awal

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tajikistan, Petar Ĺ egrt sudah pun mengetahui tentang masa depan penjaga gol negara, Syihan Hazmi lebih awal dari yang disangkakan. Pengendali kelahiran Croatia itu pernah membawa pasukannya menewaskan Harimau Malaya dalam aksi final King’s Cup di Thailand, tahun lalu. Beliau yang ditemui oleh MakanBola ketika itu mengakui bahawa Malaysia mempunyai potensi yang […]

Jurulatih Wolves Ajar Pemain Malaysia Cara ‘Ikat’ Hwang Hee-chan

Ketua jurulatih Wolverhampton Wanderers FC, Gary O’Neil berkongsi tips berkesan kepada barisan pemain Malaysia untuk merantai penyerang sensasi pasukannya, Hwang Hee-chan. Pemain berusia 27 tahun itu sudah memasuki musim ketiganya di England sejak beraksi di sana pada musim 21/22 sebelum dipinjamkan ke kelab Jerman, RB Leipzig. Beliau bagaimanapun akhirnya berjaya mencapai konsistensi bersama Wolves musim […]

Prestasi Arab Saudi Jatuh Merudum, Peluang Malaysia Menyinar

Prestasi yang ditampilkan oleh pasukan kebangsaan Arab Saudi terus merudum apabila meneruskan rentetan tanpa kemenangan buat pasukan. Pasukan ke tangga 57 dunia itu gagal mempamerkan persembahan sebenar sejak kali terakhir mencatatkan kemenangan pada awal Januari lalu berdepan Yaman. Mereka jelas bergelut apabila mencatatkan 6 kekalahan dan satu seri dalam 7 penampilan terakhir sebelum melangkah ke […]

Dion Cools Yakin Malaysia Semakin Konsisten Ke Piala Asia

Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools yakin pasukan Malaysia kini semakin konsisten dalam persediaan menghadapi Piala Asia tahun hadapan. Prestasi semasa Malaysia yang berjaya mengikat pasukan Syria dan China tempoh hari serta menewaskan India dalam kejohanan Pestabola Merdeka turut membuka peluang untuk Malaysia memperbaiki ranking dunia. Sewaktu ditanya tentang kemampuan Malaysia untuk berada dalam kelompok 100 […]

Penyokong India Arahkan AIFF Jangan Sertai Pestabola Merdeka Lagi

Susulan kekalahan mengejut 4-2 India di tangan Malaysia semalam, ramai penyokong mereka mendesak agar India menolak jemputan menyertai kejohanan itu lagi. Desakan tersebut dibuat kerana mereka tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan Mongkolchai Pechhri dari Thailand dalam perlawanan semalam. Salah satu keputusan Mongkolchai yang menimbulkan kemarahan penyokong The Blue Tigers ialah keengganan beliau mengiktiraf gol […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Pintas Kedudukan Filipina Selepas 12 Tahun

Hasrat Malaysia untuk memintas kedudukan ranking FIFA Filipina akhirnya tertunai selepas penantian selama hampir 12 tahun. Pasukan kendalian Kim Pan-gon berjaya mencatatkan kemenangan bermakna berdepan pasukan ke-102 dunia, India dengan keputusan 4-2 untuk meraih tambahan +6.04 mata FIFA. Harimau Malaya terus mencatatkan unjuran positif selepas memungut tambahan +3.33 mata untuk membawa kepada jumlah keseluruhan menjadi […]

Kim Pan-gon Sanggup Ambil Risiko Demi Gembirakan Penyokong Di Bukit Jalil

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui bahawa ramalan awalnya mengenai aksi pasikan negara berdepan India benar-benar menjadi. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memuji usaha gigih yang ditonjolkan oleh anak buahnya untuk membenam pasukan ke-102 dunia itu dengan keputusan 4-2. Sungguhpun berdepan lawan yang hebat, skuad negara berjaya memberikan yang terbaik di samping sorakan 50,000 ‘ekor’ […]

Igor Stimac: Kejohanan Ini Layak Miliki Fasiliti Lebih Baik

Jurulatih India, Igor Stimac menyifatkan keadaan padang baru Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menggugat aksi menarik anak-anak buahnya dengan Malaysia hari ini. Sepanjang perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 itu, bukan sekali pemain kedua-dua pasukan bergelut dengan keadaan padang yang menggunakan rumput Zeon Zoysia. Hal ini bukan saja mengecewakan penyokong Harimau Malaya. Malah, ia turut mendapat […]

TMJ Ulas Situasi Sebenar Padang Zeon Zoysia Di SNBJ

Keadaan padang baru Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan mendapat perhatian DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Ramai mengeluh melihat aksi Pestabola Merdeka 2023 malam ini membabitkan Malaysia dan India terganggu akibat keadaan padang yang kurang elok. Untuk rekod, padang baru SNBJ ini menggunakan rumput Zeon Zoysia menggantikan rumput cowgrass yang digunakan […]

Pestabola Merdeka: Malaysia Gah Ke Final ‘Bungkus’ India

Malaysia mengesahkan tempat ke pentas akhir Pestabola Merdeka apabila mencatatkan kemenangan bergaya ke atas India dengan keputusan 4-2. Pasukan kendalian Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan terbaik dengan Dominic Tan, Nooa Laine dan Endrick Dos Santos mendapat kepercayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama. India pula dibarisi oleh pemain muda dsn berpengalaman seperti kapten, Sunil Chhetri, pertahanan kental, […]

Taiwan Hampiri Jejak Malaysia

Pasukan kebangsaan Taiwan menghampiri jejak untuk mengikuti langkah Malaysia ke Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. Pasukan ke tangga ke-154 dunia itu mempamerkan persembahan cemerlang untuk selangkah mengiringi perjuangan Malaysia. Skuad kendalian Kim Pan-gon kini dalam momentum terbaik dan bakal menghadapi India bagi aksi Pestabola Merdeka 2023 pada 13 Oktober jam 9 malam. […]