Faisal Halim: Dua Tahun Layak Ke Asia

Pemain sayap lincah, Faisal Abdul Halim menzahirkan rasa syukur dapat membawa pasukan Selangor ke peringkat Asia musim depan. Selangor bakal mewarnai saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) 2024 selepas dinobatkan sebagai Naib Juara Liga Super 2023. Dalam satu hantaran di Instagram, tonggak utama Selangor, Faisal Halim gembira dan teruja sekali lagi dapat membawa pasukan ke […]
Gwangju Bakal Ke ACLE Musim Depan

Selepas juara K-League 1, Ulsan Hyundai dan Pohang Steelers, satu lagi wakil Korea iaitu Gwangju FC mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim depan. Kejayaan itu dicapai selepas mereka menamatkan kumpulan kejuaraan K-League 1 di tempat ketiga menerusi keputusan seri tanpa jaringan dengan Pohang hari ini. Gwangju tahu mereka perlu seri jika mahu […]
Penyokong China Masih Marah, Dakwa Dion Cools Lupa Asal Usul

Penyokong China dilihat masih menyimpan perasaan marah terhadap Dion Cools selepas membuat keputusan untuk tidak mewakili pasukan kebangsaan China selepas memilih untuk bersama Malaysia. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi duri dalam daging buat China apabila membantu Harimau Malaya mengikat pasukan ke-79 dunia itu dengan keputusan 1-1 pada bulan September lalu. Skuad bimbingan Aleksandar Janković […]
JDT & Selangor Terima ‘Habuan’ RM4.3 Juta

Kejayaan dua pasukan Liga Super 2023, JDT dan Selangor FC untuk mara ke pentas Asia musim hadapan diserikan dengan habuan berjumlah RM4.3 Juta buat kedua-dua pasukan. Skuad Harimau Selatan muncul selaku pemenang Liga Super kali ke-10 berturut-turut dan mengesahkan slot ke pertandingan Tier 1 di Asia iaitu AFC Champions League Elite (ACLE). Sebanyak 12 pasukan […]
Brendan Gan Buktikan Usia Bukan Halangan, Pacu Selangor Ke ACL2

Kapten Selangor FC, Brendan Gan menjadi watak penting pasukan ketika menjulang skuad Merah Kuning mara ke pentas Asia mewarnai saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim depan. Selangor secara sah meraih slot ke Asia selepas mencatat kemenagan dalam aksi Liga Super bertemu Kedah malam semalam. Gergasi Merah Kuning ini layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 […]
Selangor Ucap Selamat Datang Ke Asia

Selepas sekian lama, Selangor FC akhirnya kembali mewarnai saingan peringkat Asia pada musim hadapan. Kejayaan ini diraih selepas skuad Merah Kuning meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hari ini. Dengan kemenangan tersebut, kedudukan Selangor sebagai penghuni tempat kedua Liga Super musim ini sukar dicabar dengan 58 mata, lima mata […]
Pratama Arhan Bakal Beraksi Di Liga Utama Jepun

Pemain pertahanan Indonesia, Pratama Arhan bakal beraksi di liga utama Jepun, J1 League. Ini selepas pasukan diwakilinya ketika ini iaitu Tokyo Verdy telah dipromosikan untuk naik ke liga utama Jepun musim depan. Keputusan seri yang diraih Tokyo Verdy ketika bertemu Shimizu pada aksi playoff J2 League hari ini sudah cukup bagi memastikan slot ke J1 […]
Arab Saudi Tuan Rumah Pusingan Akhir ACLE Dua Musim

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) terus membuat perubahan menjelang Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) yang bakal bermula pada musim 2024-2025. Secara ringkas, Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) merupakan penjenamaan semula Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan musim 2023-2024 merupakan musim terakhir kejohanan tersebut diadakan. Seiring dengan penjenamaan semula ACLE, AFC turut mengumumkan pusingan akhir kejohanan bakal […]
Dua Jurulatih Piala Dunia Jerman Dalam Radar Urawa Reds

Susulan keputusan Maciej Skorza untuk meninggalkan Urawa Reds pada akhir musim, kelab J1 League itu dikatakan sedang menimbang tiga calon sebagai pengganti Skorza. Sports Hochi melaporkan tiga nama yang digosipkan dengan kerusi panas tersebut ialah Per-Mathias Høgmo, Joachim Low dan Hansi Flick. Nama Low tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak kerana membantu Jerman menggondol […]
”Ini Bukan JDT Yang Sebenar” – Tano Solari

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengakui anak-anak buahnya tidak bermain seperti yang diharapkan ketika tunduk di tangan wakil Jepun, Kawasaki Frontale. Menurut laporan oleh Astro Arena, beliau merasakan pada perlawanan ini, gaya permainan anak-anak buahnya agak berbeza dari kebiasaannya dan bermain tidak seperti yang diharapkan olehnya. “Bagi kami (perlawanan) malam ini agak berbeza, […]
Media Korea Kongsi Resipi Kejayaan Sedekad TMJ Bina Empayar JDT

Beberapa buah laman di Korea telah melirikkan kejayaan jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini membina reputasi hebat di pentas bola sepak Asia. Usaha sedekad yang dibangunkan oleh pemilik kelab JDT, DYAM TMJ akhirnya mula membuahkan hasil terutamanya apabila skuad Harimau Selatan mula dipandang tinggi di Asia. Kejayaan membenam juara Korea Selatan, Ulsan Hyundai […]
Dion Cools Tunjuk Sikap Kepimpinan Tinggi, Pertahan Rakan Sepasukan Di ACL

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools terus membuktikan mengapa beliau menjadi tonggak utama Buriram United dalam semua kejohanan termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Cools muncul wira apabila tampil mempertahankan rakan-rakan sepasukannya yang diserang pemain dan staf pasukan Zhejiang FC semalam. Insiden pergaduhan pemain kedua-dua pasukan ini tercetus selepas tamat perlawanan Zhejiang-Buriram. Ramai percaya insiden tersebut […]
3 Pasukan Sah Mara Ke Pusingan Kalah Mati ACL

Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-24 menyaksikan tiga pasukan dari Zon Timur mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik. Footy Rankings mendedahkan tiga pasukan tersebut ialah Kawasaki Frontale, Bangkok United dan Pohang Steelers. Frontale sudah dijangka layak ke pusingan seterusnya selepas mengekalkan rekod 100% kemenangan dalam Kumpulan I. Ini termasuk kejayaan mengalahkan Johor Darul […]
Pergaduhan Pemain Cemari Aksi Zhejiang Dan Buriram

Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dicemari dengan insiden pergaduhan membabitkan pemain dan staf Zhejiang FC dan Buriram United semalam. Pergaduhan kedua-dua pasukan ini tercetus selepas tamat perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu. Akaun X FourFive Wonton percaya insiden pergaduhan ini tercetus gara-gara perang mulut yang tercetus antara pemain kedua-dua pasukan di tengah padang. Pandangan ini dibuat […]
ACL: Bangkok United Kekal Kebal Di Asia Selepas Benam Lion City Sailors

Hasrat Bangkok United untuk terus mencatat kemenangan di pentas asia menjadi kenyataan apabila berjaya menewaskan Lion City Sailors dalam aksi di Stadium Thammasat sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan menyaksikan Bangkok United mula mengasak kubu Lion City Sailors di awal permaianan. Peluang terbaik Bangkok United hadir pada minit ke-14 melalui rembatan leret Willen Mota namun berjaya […]
ACL: Dion Cools Gagal Sekat Zhejiang Kalahkan Buriram

Dion Cools tidak berupaya membantu Buriram United daripada ditewaskan Zhejiang FC dalam aksi kelima Kumpulan H hari ini. Selepas terikat 0-0 dengan Ratchaburi pada minggu lepas, Thunder Castle berharap dapat mengutip satu lagi kemenangan dalam saingan Kumpulan H ACL. Sementara The Green Giants berharap dapat meraih kemenangan bagi menceriakan penyokong yang bimbang dengan masa depan […]