ACL: Urawa Reds Bangkit Tewaskan Wuhan Three Town

Aksi ke-5 Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan Urawa Reds mencatatkan kemenangan dengan keputusan 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Saitama menyaksikan anak buah Rafał Janas turun dengan kesebelasan terbaik untuk mengesahkan slot tempat kedua terbaik kejohanan. Aksi babak pertama bermula dengan baik apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan. Urawa Reds memperoleh peluang terbaik namun dinafikan […]

Pemain Kawasaki Frontale Pamer Sikap Terpuji, Tunduk Hormat Kepada Penyokong JDT

Selepas meraih kemenangan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam semalam, para pemain Kawasaki Frontale menunjukkan sikap terpuji di hadapan para penyokong pasukan pelawat. Anak buah kendalian Toru Oniki beramai-ramai menuju ke bahagian tempat duduk penyokong JDT dan memberi tunduk hormat. Menurut perkongsian daripada penyokong Johor Darul Ta’zim, Juan Bapakaw […]

Biarpun Menang Besar, Yu Kobayashi Anggap JDT Lawan Yang Sukar

Pemain sayap Kawasaki Frontale, Yu Kobayashi menganggap aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam semalam sebagai satu perlawanan yang sukar. Mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-69 permainan, pemain berusia 36 tahun ini gembira dapat membantu pasukan mengutip tiga mata penting. Beliau juga teruja dapat menjaringkan gol cantik apabila […]

Jorge Pereyra Diaz & Mumbai City Jadi Belasahan Di ACL

Impak yang diharapkan mampu dijelmakan oleh ayam tambatan Mumbai City, Jorge Pereyra Diaz tidak muncul dengan pasukan tersebut menjadi belasahan di Liga Juara-Juara Asia (ACL). Wakil India itu gagal mengekang cabaran hebat tiga lawan berbisa seperti Al-Hilal, Nassaji dan juga Navbahor. Mumbai City di bawah kendalian Des Buckingham tidak mampu menandingi kekuatan lawan apabila menjadi […]

Penilaian Terhadap Hong Wan Mengejutkan Ramai Pihak

Aksi jeneral tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan mengejutkan ramai pihak sungguhpun beraksi dengan cukup baik ketika berdepan jaguh Jepun, Kawasaki Frontale. Pemain muda berusia 22 tahun itu digandingkan bersama Afiq Fazail dan Heberty untuk mengemudi jentera tengah pasukan namun menerima cabaran hebat daripada jentera tengah lawan. Skuad Harimau Selatan bolos seawal minit […]

Toru Oniki Bangga Menang Besar Ke Atas JDT

Jaguh Jepun, Kawasaki Frontale menyerlah belang mereka yang sebenar dalam saingan Liga Juara-Juara AFC apabila berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 5-0 dalam aksi di Stadium Olahraga Todoroki semalam. Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki bangga dengan para pemainnya yang beraksi dengan cemerlang serta berjaya mencetak banyak gol. “Saya fikir […]

Jordi Amat Akui JDT Sudah Mencuba Sehabis Baik

Kapten Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jordi Amat mengakui pasukan itu telah melakukan yang terbaik semasa turun menentang Kawasaki Frontale. Aksi kelima Kumpulan I itu menyaksikan Harimau Selatan tunduk 5-0 kepada tuan rumah semalam. Keputusan itu menyaksikan JDT tersingkir dari peringkat kumpulan ACL. Ini sekaligus menjadikan perlawanan menentang BG Pathum United pada 12 Disember […]

JDT Ucap Selamat Tinggal Kepada ACL Lebih Awal

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa melupakan hasrat untuk bersaing di pentas tertinggi Asia tersebut. Pasukan bimbingan Tano Solari mencatatkan satu lagi kekalahan apabila tewas besar kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 5-0. Sungguhpun bermula baik apabila ketinggalan hanya 1-0 pada babak pertama namun Kawasaki Frontale menambah empat jaringan […]

Jordi Amat Terima Penilaian Terburuk Berdepan Kawasaki Frontale

Pertahanan kental pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat melalui detik sukar berdepan Kawasaki Frontale apabila menjadi pemain import terburuk dalam perlawanan tersebut. Pemain kebangsaan Indonesia ini melalui detik kurang baik dalam beberapa perlawanan termasuklah ketika bersama Sang Garuda di Kelayakan Piala Dunia 2026. Beliau yang direhatkan berdepan Kuching City tempoh hari membentuk gandingan bersama […]

ACL: Ulsan Hyundai ‘Sekolahkan’ BG Pathum

Hasrat BG Pathum United untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam ACL tidak kesampaian apabila tunduk kepada Ulsan Hyundai dalam aksi kelima Kumpulan I. The Rabbits yang sudah tersingkir kini menggunakan dua baki perlawanan Kumpulan I sebagai aksi menebus maruah bermula dengan Ulsan hari ini. Sementara The Tigers pula memerlukan kemenangan bagi membolehkan mereka memperkukuh cengkaman […]

ACL: JDT Tewas Kepada Kawasaki Frontale 5-0

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima tamparan hebat selepas tunduk kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 5-0. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan ketua jurulatih JDT, Tano Solari menurunkan jentera serangan utama iaitu Bergson, Heberty, Forestieri dan juga Arif Aiman. Skuad Harimau Selatan turun dengan motivasi terbaik untuk mencari […]

Penyerang ‘RM3.32 Juta’ Kawasaki Frontale Lesu, Peluang JDT Mendominasi

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), JDT memiliki kelebihan apabila penyerang Kawasaki Frontale, Bafétimbi Gomis memberi kerisauan kepada penyokong tuan rumah. Pemain berusia 38 tahun itu dibawa masuk ke dalam pasukan beberapa bulan lalu untuk menambah sengat kepada jentera serangan pasukan. Kemasukan bekas penyerang berbisa Al-Hilal ini masih belum memberi impak yang diharapkan […]

Cristiano Ronaldo Berlaku Jujur, Minta Batalkan Hukuman Pemain Lawan

Penyerang berbisa Al-Nassr, Cristiano Ronaldo meminta agar keputusan yang diberikan kepada kepada pasukannya dibatalkan. Pemain berusia 38 tahun itu mengetuai jentera serangan Al-Nassr ketika turun berdepan Persepolis bagi mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik. Keputusan seri tanpa jaringan itu menyaksikan tuan rumah beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-17 selepas Ali Al-Oujami dilayangkan kad merah. […]

Persiapan Ulsan Hyundai Terjejas Saat Akhir

Juara bertahan K League 1, Ulsan Hyundai tidak berasa selesa pada kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) berdepan BG Pathum United. Pasukan bimbingan Hong Myung-bo kini dalam konflik prestasi susulan beberapa keputusan kurang konsisten dalam 6 aksi terakhir. Jaguh Korea itu juga tewas dalam pertemuan terakhir menentang wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-1. […]

“Perlawanan Ini Ibarat Final” – Matt Davies

Pemain pertahanan JDT, Matthew Davies menganggap aksi bertemu Kawasaki Frontale malam ini ibarat pentas final. Ketika sesi sidang media pra-perlawanan, Matt Davies menzahirkan keyakinan JDT telah membuat persiapan yang cukup untuk beraksi sehabis baik menentang gergasi dari Jepun itu. “Kami sangat mengenali mereka sekarang kerana kami telah berdepan dengan mereka tiga kali dalam tempoh dua […]

ACL: Al-Nassr Ke Pusingan 16 Terbaik, Diikat Persepolis

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik ACL biarpun sekadar seri tanpa jaringan dengan Persepolis dalam aksi kelima Kumpulan E. Dengan 12 mata daripada empat perlawanan, Al-Alami hanya memerlukan keputusan seri atau kemenangan untuk layak selaku juara kumpulan. Sementara Persepolis memerlukan kemenangan agar wujud jurang antara mereka dengan Al-Duhail yang menduduki […]