ACL: Jaguh Korea Selatan, Pohang Steelers Diikat Wuhan Three Town

Hasrat juara Korean FA Cup, Pohang Steelers menamatkan kempen Kumpulan J Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan rekod tanpa kalah hari ini berjaya dicapai. Ini selepas mereka bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih keputusan seri 1-1 dengan Wuhan Three Town di Pusat Sukan Wuhan. Wuhan yang sudah tersingkir melihat perlawanan hari ini sebagai medan menebus maruah mereka […]
ACL: Hanoi Pastikan Juara Bertahan, Urawa Reds Tersingkir Awal

Perlawanan ke-6 peringkat kumpulan antara juara bertahan, Urawa Reds dan juga Hanoi FC menyaksikan aksi berakhir dengan kemenangan buat Hanoi. Perlawanan yang berlangsung di gelanggang kelab Vietnam itu ternyata memberi kelebihan buat mereka untuk memperagakan aksi terbaik. Urawa Reds memperoleh peluang awal apabila dihadiahkan sepakan penalti hasil kealpaan lawan namun rembatan Alexander Shclolz mudah ditempis […]
Jurulatih Qatar ‘Jejas’ Persiapan Pasukan Di Piala Asia

Persiapan Qatar untuk Piala Asia 2023 dijangka terjejas susulan berita jurulatih mereka, Carlos Queiroz telah dipecat. Akhbar The National melaporkan Queiroz telah diberitahu tentang perkara tersebut oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) pada minggu lepas. Lantaran itu, bekas penolong jurulatih Manchester United itu telah berlepas ke Doha, Qatar pada Isnin lepas dengan keputusan dibuat […]
Kelab China Tak Bayar Gaji Pemain Hampir Dua Tahun

Sebuah kelab China bakal berdepan masalah besar untuk beraksi dalam liga negara itu musim hadapan. FourFive Wonton melaporkan bekas pemenang Liga Juara-Juara AFC (ACL), Guangzhou FC gagal membayar gaji seorang pemain bernama Guo Jing hampir dua tahun. Kekecewaan itu diluahkan beliau menerusi satu hantaran di laman media sosial China, Weibo semalam. Jing merasa pelik mengapa […]
Kyrgyzstan Mahu Tampil Lebih Gagah, Atur 3 Aksi Di UAE & Qatar

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan kini sedang melakukan persiapan rapi apabila sudah pun mengatur tiga aksi persahabatan yang bakal berlangsung di Ameriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar bulan ini. Pasukan ke-98 dunia itu menerima tamparan hebat selepas dikecewakan oleh Malaysia pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2026. Sungguhpun begitu, pasukan bimbingan Stefan Tarkovic berjaya bangkit untuk mengejutkan […]
ACL: Barisan Kedua Al-Nassr Nyaris Dimalukan Istiklol

Kelab Tajikistan, Istiklol mencipta kejutan dengan mengikat kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E awal pagi tadi. Dengan Al-Alami sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik, Luiz Castro menggunakan peluang ini untuk merehatkan ramai pemain bintang termasuk Cristiano Ronaldo. Bagaimanapun, percaturan itu hampir memakan diri apabila mereka ketinggalan menerusi gol […]
Steve Darby: Vietnam Berpeluang Lepasi Peringkat Kumpulan Piala Asia

Menjelang Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada Januari tahun hadapan, bekas pengendali Perak FC, Steve Darby percaya Vietnam mampu melepasi peringkat kumpulan. Piala Asia 2023 menyaksikan Pahlawan Bintang Emas berada dalam Kumpulan D yang diberi jolokan Kumpulan Maut. Ini kerana pasukan yang berkedudukan ke-94 dunia itu diletakkan bersama dua pasukan gergasi Asia, Jepun dan […]
Kemenangan Jurulatih Ulsan Hyundai Buat Netizen Korea Selatan Berang

Kemenangan yang diraih oleh ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo sebagai jurulatih terbaik di Liga Korea mencetuskan rasa tidak puas hati segelintir netizen Korea Selatan. Jurulatih berpengalaman itu berjaya membantu Ulsan Hyundai untuk mengekalkan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut namun kemenangannya seolah-olah sukar diterima oleh penyokong. Hal ini susulan terdapat beberapa nama lain yang […]
Kempen Mumbai City Di ACL Tamat, Gagal Catat Sebarang Kemenangan

Kelab India, Mumbai City menamatkan kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan kekecewaan selepas tewas di tangan kelab Uzbekistan, Navbahor semalam. Dengan The Mariners sudah tersingkir dari ACL, aksi terakhir Kumpulan D dilihat medan menebus maruah buat pasukan satelit Manchester City itu. Pada awalnya, hajat mereka disangka menjadi kenyataan apabila Nasser El Khayati menyumbat gol pada […]
Ini Sebab Selangor Bakal Iringi JDT Ke Asia Musim 24/25

Pasukan Liga Super, Selangor FC berjaya melengkapkan syarat yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menjadi wakil kedua Malaysia ke Asia. Musim 2024/25 menyaksikan Malaysia hanya diberikan dua kuota automatik iaitu beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Juga Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Juara bertahan Liga Super, JDT sudah mengesahkan slot […]
Pertahanan Ulsan Hyundai Dijulang Sebagai MVP Liga Korea

Pemain pertahanan Ulsan Hyundai, Kim Young-gwon mencipta sensasi tersendiri di usia 33 tahun apabila dijulang sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga K1 Korea Selatan musim 2023. Young-gwon mengumpul 55 undian daripada 115 undian keseluruhan daripada media, enam undian daripada 12 undian daripada ketua jurulatih dan empat undian daripada 12 undian daripada kapten kelab dalam Liga […]
Bekas Calon Jurulatih Malaysia Temui Destinasi Baharu

Bekas calon jurulatih Malaysia, Kim Hak-bum difahamkan akan terus kekal berbakti di Korea Selatan selepas Jeju United mengumumkan pengendali tersebut untuk mengemudi pasukan bagi musim baharu. Jurulatih berusia 63 tahun itu pernah dikaitkan untuk mengambil alih posisi pengendali bawah 23 tahun negara setelah pemergian Brad Maloney ke Australia. Beliau merupakan jurulatih berpengalaman dalam arena bola […]
3 Kelab Jepun Raih Slot ACLE Musim Hadapan

Jepun akan menghantar sebanyak tiga wakil untuk bertanding di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada musim hadapan. Tiga kelab yang bakal membawa cabaran negara Matahari Terbit tersebut merupakan Vissel Kobe, Yokohama F. Marinos dan juara Piala Emperor 2023 di antara Kawasaki Frontale atau Kashiwa Reysol. Vissel Kobe yang dinobatkan sebagai Juara Liga 1 Jepun 2023 […]
5 Pemain Ulsan Hyundai Dalam Kesebelasan Terbaik Liga Korea

Sebagai mengiktiraf kehebatan mereka menggondol gelaran juara K-League 1, lima pemain Ulsan Hyundai dipilih dalam kesebelasan terbaik liga itu. Pengumuman nama mereka seperti yang dilaporkan agensi berita Yonhap merupakan sebahagian daripada Anugerah K-League 2023 yang diadakan pada hari ini. Lima pemain yang dimaksudkan ialah Jo Hyeon-woo (penjaga gol), duo bek tengah Kim Young-gwon dan Seol […]
Juara Liga Turkmenistan Menang Semua Perlawanan Musim 2023

Sebuah kelab Turkmenistan mencipta kejutan dengan mengekalkan rekod 100% kemenangan dalam Yokary Liga, liga utama negara itu. Footy Rankings mendedahkan rekod tersebut dipegang oleh kelab FK Arkadag, sebuah kelab baru yang ditubuhkan pada tahun 2023. Daripada 20 kemenangan yang diraih mereka, kelab tersebut turut merekodkan rekod tanpa bolos sebanyak 11 kali. Selain itu, FK Arkadag […]
JDT Ada Pencabar Baru Di ASEAN

Pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki pesaing baharu di rantau Asia Tenggara apabila kebangkitan kelab Thailand, Bangkok United dilihat perlu diberi perhatian. Kedua-dua pasukan ini beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim ini dengan Bangkok United memiliki rekod yang amat baik. Sungguhpun berdepan lawan yang amat hebat seperti Jeonbuk Hyundai […]