“Janganlah Patahkan Kaki Dia”

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee mengimbas kembali perjalanan skuad muda Malaysia yang pernah menewaskan Korea Selatan dengan keputusan 2-1 pada aksi Sukan Asia di Palembang pada tahun 2018. Detik yang bersejarah ketika itu menyaksikan skuad muda negara berjaya melakar kejutan selepas turun dengan status pasukan bukan pilihan pada perlawanan tersebut. Beliau bagaimanapun […]

Penyokong Vietnam Berpuas Hati Dengan Prestasi Pengadil Malaysia

malaysia

Pengadil dari Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin mempersembahkan mutu pengadilan yang tinggi dalam aksi Iraq menentang Vietnam di Piala Asia 2023. Walaupun keputusan perlawanan tidak berpihak kepada Vietnam setelah tewas tipis 2-3 kepada Iraq, rata-rata penyokong Vietnam berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan pengadil dari Malaysia itu. Beberapa penyokong Vietnam beranggapan keputusan pengadil adalah wajar dalam […]

Detik Suram Jordi Amat & Justin Hubner

Dua pertahanan tengah Timnas Indonesia, Jordi Amat dan Justin Hubner melalui tempoh sukar selepas pasukan tewas di tangan Jepun dengan keputusan 3-1. Keadaan ini diburukkan selepas dua pemain utama pilihan ketua jurulatih, Shin Tae-yong telah berusaha sehabis baik namun sukar menandingi kehebatan lawan. Menerusi aksi antara Jepun menentang Indonesia pada 24 Januari 2024, Jordi Amat […]

Safawi Rasid: Mungkin Ambil Masa, Tetapi Kita Akan Berjaya

Pemain sayap negara, Safawi Rasid mengakui kelebihan yang ada pada setiap pemain Korea Selatan. Beliau percaya bahwa skuad kendalian Jurgen Klinsman mempunyai kelebihan yang lebih baik berbanding Malaysia.  “Ramai daripada mereka beraksi di Eropah. Mereka punya kelebihan dari segi konfiden lebih tinggi daripada kita, Saya harap perlawanan ini kita mendapat keputusan yang positif,” kata Safawi […]

Son Heung-min Tak Diturunkan Lawan Malaysia?

Kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung-min berkemungkinan besar tidak akan diturunkan berdepan Malaysia bagi aksi AFC Asian Cup malam ini. Pemain berusia 31 tahun itu merupakan watak penting buat pasukan kendalian Jurgen Klinsmann apabila merekodkan kemenangan bersih dalam dua aksi pembukaan. Khidmat beliau bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan untuk diturunkan tatkala pengendali kelahiran Jerman itu […]

4 Pemain Tumpuan Aksi Malaysia & Korea Selatan

Mari kita saksikan 4 pemain yang dijangka bakal mencuri tumpuan menjelang pertemuan Malaysia dan juga juara Piala Asia dua kali, Korea Selatan dalam aksi terakhir kumpulan E AFC Asian Cup. 1. Lee Kang-in Pemain sayap Korea Selatan ini telah menampilkan aksi cemerlang dalam dua aksi pertama kumpulan terutamanya ketika menentang Bahrain yang mana beliau meledak […]

AFC Asian Cup: Penalti Bantu Iraq Kalahkan Vietnam

Iraq National Team

Iraq berjaya menewaskan Vietnam menerusi gol saat akhir perlawanan untuk menamatkan saingan kumpulan D dengan rekod 3 kemenangan berturut-turut. Skuad kendalian Jesus Casas turun dengan formasi 4-2-3-1 manakala Vietnam yang dibimbing oleh Philipe Troussier menerapkan formasi 5-4-1 dalam perlawanan ini. Iraq dikejutkan pada minit ke-18 setelah Zaid Tahseen tertampan bola ke gawang gol sendiri namun […]

AFC Asian Cup: Jepun Tak Berdepan Masalah Tewaskan Indonesia

Jepun tepati ramalan apabila cemerlang menewaskan pasukan dari Asia Tenggara, Indonesia di pentas Piala Asia 2023. Babak pertama perlawanan tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada Jepun. Jepun berjaya menjaringkan gol seawal minit keenam permainan menerusi sepakan penalti. Kekasaran kapten Indonesia, Jordi Amat mengundang padah apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Jepun. Ayase Ueda mudah […]

Jo Hyeon-Woo Tak Pandang Mudah Ancaman Malaysia

Penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo tidak mahu memandang mudah ancaman pasukan Malaysia. Beliau mengakui perlawanan menentang Malaysia esok adalah satu tugas sukar.  Walaubagaimanapun, penjaga gol Ulsan Hyundai itu percaya rakan sepasukannya sudah bersedia dari segala aspek untuk bertemu Malaysia.  “Kami berada dalam motivasi terbaik, seperti Jurulatih kata, ia akan menjadi perlawanan yang susah […]

“Kami Tahu Cara Kekang Mereka” – Dion Cools

Pertahanan tengah negara, Dion Cools yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya menjelang aksi terkahir kumpulan AFC Asian Cup berdepan Korea Selatan. Beliau berkata ketika sidang media pra perlawanan bahawa beliau sedar dengan kualiti yang dimiliki pemain-pemain lawan dan percaya mampu untuk mengekang asakan mereka. “Kita semua tahu mereka adalah pemain-pemain yang berkualiti tetapi pada akhirnya, ini […]

Cristiano Ronaldo Buat Peminat Di China Marah

Nama bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan para peminat atas tindakan beliau ketika sidang media di China. Sebuah gambar yang kini sedang tular di kalangan peminat menyaksikan Cristiano Ronaldo sedang leka bermain telefon ketika wakil penganjur mengumumkan pembatalan jelajah Al Nassr di China. “Sidang akhbar ini hanyalah formaliti,” kritik seorang peminat. “Penganjur jelas […]

Takehiro Tomiyasu Tidak Akan Benarkan Indonesia Jaring Gol

tomiyasu-japan

Takehiro Tomiyasu tidak akan membenarkan Indonesia menjaringkan sebarang gol dalam aksi terakhir kumpulan D kelak. Pemain pertahanan Jepun tersebut mahu membantu Jepun meraih cleansheet pertama setelah dibolosi 4 kali dalam 2 perlawanan menentang Vietnam dan Iraq. “Ini bukan perlawanan yang mudah. Tidak ada perlawanan mudah dalam Piala Asia. Kita harus belajar daripada kesilapan sewaktu melawan […]

Dugaan Berat Iringi Palestin Mara Ke Pusingan 16 Terakhir Piala Asia

Palestin berjaya mara ke pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023 Qatar selepas menewaskan Hong Kong 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Abdullah bin Khalifa semalam. Kemaraan Palestin ke pusingan kalah mati itu walau bagaimanapun disulami dengan dugaan berat. Penyerang Palestin, Tamer Seyam berkata para pemain yang hadir ke Qatar telah berkorban segala-galanya. Sehingga kini, […]

“Bola Sepak Indonesia Sedang Membangun” – Shin Tae-yong

timnas indonesia-shin tae-yong

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mahu memberikan yang terbaik menentang Jepun untuk membuktikan bola sepak Indonesia sedang membangun. “Sudah tentu Jepun pasukan pilihan utama. Perlawanan sukar buat Indonesia tetapi kami mahu tampilkan aksi cemerlang dan saya mahu tunjukkan bola sepak Indonesia sedang membangun.” “Ada banyak senario untuk Indonesia layak ke pusingan 16 namun saya tidak […]

AFC Asian Cup: Iran Tumbangkan UAE

iran

Iran pamer aksi cemerlang apabila menewaskan cabaran UAE untuk menamatkan saingan kumpulan C dengan rekod tiga kemenangan berturut-turut. Pasukan kendalian Amir Ghalenoei menampilkan kualiti serangan yang berbahaya setelah kerap kali mengancam kubu pertahanan UAE pada awal babak permainan sekali gus menyukarkan usaha UAE membina serangan. Mehdi Taremi membuka tirai jaringan buat Iran apabila membolosi gawang […]

AFC Asian Cup: Hong Kong Diaibkan Palestin

Aksi terakhir saingan Kumpulan C pentas Piala Asia 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Hong Kong dan Palestin. Babak separuh masa pertama memihak kepada Palestin apabila skuad kendalian Makram Daboub berjaya mendahului perlawanan dengan satu gol menerusi jaringan penyerang sensasi Palestin, Oday Dabbagh. Hantaran lintang daripada kapten pasukan Palestin, Mosab Batat telah disempurnakan kemas […]