Kelab China Sewakan Trofi Bernilai RM66 Ribu Elak Muflis

Kelab China yang mengalami masalah kewangan kini menyewakan trofi bernilai RM66 ribu untuk elak pasukan jatuh muflis. Guangzhou FC yang sebelum ini dikenali sebagai Guangzhou Evergrande, kini menyewakan trofi yang pernah dimenangi kelab tersebut termasuk trofi Piala FA China yang bernilai RM66 ribu bagi meraih sumber kewangan. Kelab tersebut pernah menjulang 8 kali kejuaraan liga […]
AFC Asian Cup: Dia Pun Manusia Biasa

Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid percaya dengan kemampuan rakan sepasukan menjelang aksi terakhir berdepan Korea Selatan dalam saingan peringkat kumpulan di pentas AFC Piala Asia 2023. Pemain berusia 26 tahun ini sedar dan akui dengan kehebatan skuad kendalian Jurgan Klinssman namun yakin kem Harimau Malaya tidak akan memberi laluan yang mudah buat Korea Selatan. […]
AFC Asian Cup: Uzbekistan Bangkit Ikat Australia

Uzbekistan bangkit apabila menyamakan kedudukan ke atas Australia pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Al-Janoub sebentar tadi. Aksi dimulakan dengan penguasaan bola dilihat lebih terarah kepada pasukan Australia dengan variasi hantaran yang tepat. Biarpun Australia mendominasi perlawanan, namun mereka gagal untuk membuat percubaan merbahaya ke gawang gol Uzbekistan. […]
AFC Asian Cup: Gerakan Jalil Elias Bantu Syria Bedil India

AFC Asian Cup: Gerakan yang direncanakan oleh perancang tengah Syria, Jalil Elias membantu pasukannya untuk menewaskan India dengan keputusan 1-0. Perlawanan terakhir Kumpulan B menyaksikan Qasioun Eagles mahu meneruskan perjuangan untuk sekurang-kurangnya mara ke pusingan kalah mati di tempat ketiga terbaik. Babak pertama ternyata berkelebihan buat anak didik Hector Cuper apabila menguasai sebahagian besar permainan […]
AFC Asian Cup: Indonesia Mahu Buat Sejarah Baharu

Pemain Indonesia, Egy Maulana Vikri mahu membantu negaranya mencipta sejarah baharu buat bola sepak negaranya. Beliau berkata ketika sidang media pra perlawanan bahawa Jepun merupakan lawan yang berkualiti dan mereka sudah bersiap sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan ini. “Jepun adalah salah satu pasukan terbaik di Asia dan kami bersedia untuk menghadapi mereka.” Pemain berusia 24 tahun […]
AFC Asian Cup: Petar Segrt Puji Semangat Luar Biasa Pemain Tajikistan

Jurulatih Tajikistan, Petar Segrt memuji semangat luar biasa yang dipamerkan pemain Tajikistan untuk bangkit menewaskan Lubnan. Tajikistan berjaya melangkah ke peringkat kalah mati apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan ditangga kedua setelah mengumpul 4 mata hasil 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan. “Perlawanan yang hebat. Jangan lupa bahawa dua gol kami dibatalkan. Walaupun itu keputusan […]
AFC Asian Cup: 4 Pasukan Senasib Dengan Malaysia

Dengan peringkat kumpulan Piala Asia 2023 Qatar yang semakin lengkap, terdapat beberapa pasukan yang masih gagal menjaringkan gol termasuk Malaysia. Ianya agak berbeza buat China apabila mereka sah mengakhiri Kumpulan A dengan tanpa sebarang jaringan selepas tewas 0-1 kepada Qatar pada aksi terakhir kumpulan semalam. Selain Malaysia dan China, terdapat tiga lagi pasukan yang masih […]
AFC Asian Cup: Media Korea Kritik Pendekatan Jurgen Klinsmann

Salah satu media Korea telah mengkritik ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann selepas dua aksi peringkat kumpulan Piala Asia yang dihadapi oleh mereka. Menurut media Sports Chosun, pendekatan yang digunakan oleh Klinsmann amat mengecewakan dan jelas berbeza dengan Paulo Bento ketika membimbing Korea Selatan di Piala Dunia Qatar yang lalu. “Sangat mengecewakan. Kerana memberi tekanan […]
AFC Asian Cup: Jurulatih China Sedia Dipecat

Jurulatih China, Aleksandar Tarkovic sudah bersedia seandainya beliau kehilangan jawatan selepas China tewas kepada Qatar dalam saingan Kumpulan A Piala Asia 2023 awal pagi tadi. Dengan kekalahan itu, China kini berisiko untuk tidak dapat meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Asia. Bagi Tarkovic, beliau tidak risau jika dirinya bakal dipecat. Ini kerana beliau sudah […]
AFC Asian Cup: China Merana Diaibkan Qatar

China meneruskan ketumpulan mereka di Piala Asia 2023 selepas tewas kepada tuan rumah, Qatar pada aksi terakhir Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi. Qatar melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama dengan dua tonggak utama pasukan iaitu Akram Afif dan Almoez Ali hanya diletakkan di bangku simpanan manakala China pula tidak menurunkan […]
AFC Asian Cup: Tajikistan Bangkit Saat Akhir Benam Lubnan

Perlawanan ketiga saingan Kumpulan A hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Tajikistan dan Lubnan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jassim bin Hammad menyaksikan Tajikistan berjaya meraih tiga mata berharga. Aksi di separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri diraih kedua pasukan. Kedua-dua pasukan gagal mencetak sebarang jaringan sebelum menuju ke babak kedua permainan. Bersambung aksi […]
AFC Asian Cup: “Indonesia Boleh Jatuhkan Kami” – Takefusa Kubo

Pemain sayap Jepun, Takefusa Kubo mahu rakan sepasukannya tidak memandang rendah dengan kekuatan Indonesia. Beliau percaya Skuad Garuda mampu menjatuhkan Samurai Blue dengan prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Indonesia dalam 2 perlawanan sebelum ini. “Jika kita sudah memikirkan tentang perlawanan seterusnya menentang Korea, Indonesia boleh membuat kita jatuh,” kata Kubo, dipetik media Jepun, Soccer King. […]
AFC Asian Cup: Jurulatih Kyrgyzstan Mula Tekan Butang Panik

Ketua jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic mula tekan butang panik setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Piala Asia 2023. Kyrgyzstan tewas 2-0 kepada Arab Saudi dan bertambah malang apabila dua pemain dilayangkan kad merah sekali gus memaksa The White Falcons bermain dengan 9 pemain pada babak kedua. “Kami menerima tentangan yang sukar daripada Arab Saudi […]
AFC Asian Cup: Thailand Hampiri Kedudukan 100 Terbaik Dunia

Thailand berpeluang untuk menembusi kelompok 100 terbaik dunia tidak lama lagi. Ini selepas kejayaan Thailand mengikat pasukan di ranking ke-75 dunia, Oman dalam aksi kedua kumpulan F AFC Asian Cup kelmarin. Menurut perkongsian Footy Rankings di laman X, skuad bimbingan Masatada Ishii itu telah memperoleh tambahan mata sebanyak 3.89 hasil keputusan seri semalam. Ini sekaligus […]
Ranking FIFA: Indonesia Bakal Pintas Malaysia Dengan Satu Cara

Indonesia berpeluang untuk memintas kedudukan Malaysia setelah mengharungi kempen yang cukup cemerlang di pentas Piala Asia AFC 2023. Skuad kendalian Shin Tae-yong bermula agak sumbang selepas tewas kepada Iraq dengan keputusan 3-1 namun kembali bangkit untuk menundukkan Vietnam. Kemenangan itu telah membuka jalan buat Sang Garuda menghampiri kelompok 130 dunia sekaligus memberikan tekanan kepada Malaysia […]
AFC Asian Cup: Thailand Hilang Khidmat Theerathon Bunmathan

Thailand menerima tamparan hebat apabila terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan, Theerathon Bunmathan menjelang perlawanan terakhir bagi saingan peringkat kumpulan F Piala Asia 2024. Pemain pertahanan itu akan terlepas aksi penting menentang Arab Saudi selepas beliau mendapatkan kad kuning kedua dalam dua perlawanan menentang Krygyzstan dan Oman. Semalam, Thailand sekali lagi berjaya mempamerkan prestasi terbaik mereka […]