Kim Min-jae Pamer Aksi Terburuk Di Piala Asia Ketika Lawan Malaysia

fa malaysia-kim min-jae

Pemain pertahanan terbaik Korea Selatan, Kim Min-jae mempamerkan aksi terburuk di Piala Asia 2023 ketika melawan pasukan Malaysia. Berdasarkan statistik Sofascore, Kim Min-jae merekodkan penilaian 6.9 sewaktu menentang Bahrain dan 6.8 ketika berdepan Jordan. Namun pertahanan tengah itu hanya merekodkan penilaian 6.6 sewaktu melawan Harimau Malaya. Kim Min-jae ternyata bergelut untuk merantai serangan Malaysia yang […]

Pertahanan Thailand Kekal Kebal Setanding Qatar

FA Thailand

Jentera pertahanan Thailand wajar dipuji apabila mencatat rekod kebal sepanjang beraksi dalam kumpulan F menentang Oman, Kyrgyzstan dan Arab Saudi. Malah Thailand masih belum kalah apabila meraih 1 kemenangan berdepan Kyrgyzstan serta dua kali seri berdepan Oman dan Arab Saudi. Penjaga gol Gajah Perang, Saranon Anuin berjaya menyekat serangan Kyrgyzstan yang melakukan 3 percubaan tepat, […]

Son Heung-min Harap Kim Pan-gon Kekal Kemudi Malaysia

Kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung-min memuji semangat juang yang dipamerkan anak buah Kim Pan-gon ketika aksi terakhir peringkat Kumpulan E antara Malaysia dan Korea Selatan malam semalam. Bintang Totenham Hotspurs itu akui Malaysia bermain dengan amat baik dan tak mudah menyerah biarpun pada satu ketika Malaysia ketinggalan 3-2 kepada Korea Selatan. Jaringan penyerang gantian, […]

Anwar Ibrahim Luluskan RM5 Juta Pertingkat Mutu Bola Sepak Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM5 Juta akan diberi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, yang memaklumkan peruntukan ini diumumkan selepas Harimau Malaya berjaya mempamerkan aksi terbaik menentang Korea Selatan semalam. Peruntukan yang diberi ini adalah khas untuk pasukan bola sepak […]

Kim Pan-gon Anggap Seri Satu Keputusan Yang Hebat

Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon akui sangat berpuas hati selepas anak buahnya berjaya bangkit mengikat Korea Selatan dalam aksi terakhir saingan peringkat kumpulan semalam.  Malaysia berjaya menghalang Korea Selatan untuk menjadi juara kumpulan dengan keputusan 3-3.  “Ya, bagi kita, ini satu keputusan yang hebat. Tahniah kepada semua pemain dan rakyat Malaysia. Saya menghargai sokongan yang […]

Jurulatih Oman Dipecat Serta-Merta

Kegagalan pasukan Oman dalam kempen Piala Asia 2023 menyaksikan ketua jurulatihnya kini dipecat. Lawan yang bakal bertemu Malaysia itu memperagakan aksi yang kurang konsisten di Qatar dalam tiga perlawanan selepas hanya mampu mengutip dua mata termasuklah seri bertemu Kyrgyzstan semalam. Dua keputusan seri dan satu tewas sudah cukup buat Oman untuk ditunjukkan jalan keluar daripada […]

Malaysia ‘Bantu’ Australia Pintas Ranking Korea Selatan

Kejayaan Malaysia untuk mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan menyaksikan kedudukan mereka dipintas oleh satu lagi gergasi Asia iaitu Australia. Aksi yang berlangsung di Stadium Al-Janoub, Qatar itu menyaksikan gol saat akhir pemain naturalisasi negara, Romel Morales memastikan anak didik Kim Pan-gon pulang ke tanah air dengan satu mata. Keputusan seri antara Malaysia dan Korea […]

Pemain Thailand Khusyuk Saksikan Aksi Malaysia & Korea Selatan

FA Thailand

Bukan sahaja rakyat Malaysia namun pemain Thailand turut khusyuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan. Para pemain kebangsaan Thailand sempat meluangkan masa dibilik persalinan untuk mengetahui perkembangan Malaysia melawan Korea Selatan sebelum mereka turun bertemu Arab Saudi. Perkara tersebut dikongsikan Persatuan Bola Sepak Thailand menerusi sebuah hantaran di laman Instagram malah pemain pertahanan Thailand, Elias […]

Lee Kang-in Terlepas Peluang Meledak Gol Bertaraf Dunia

lee kang-in kfa

Lee Kang-in terlepas peluang mencetak nama selaku penjaring gol kedua Korea Selatan sewaktu pasukan itu seri 3-3 berdepan Malaysia. Sepakan percuma bertaraf dunia daripada Lee Kang-in disahkan sebagai jaringan sendiri oleh Syihan Hazmi setelah lantunan bola tersebut terkena penjaga gol Malaysia. Lee Kang-in yang telah menjaringkan dua gol buat Korea Selatan sewaktu bertemu Bahrain tempoh […]

Indonesia Cipta Sejarah Layak Ke Pusingan 16 Terbaik Piala Asia

Skuad Indonesia berjaya melakar sejarah baharu apabila melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik AFC Asian Cup. Perkara ini disahkan menerusi satu hantaran di akaun rasmi AFC Asian Cup yang memaparkan poster Indonesia sebagai salah satu negara yang berhasil melepasi peringkat kumpulan dan melayakkan diri ke pusingan kalah mati. “Indonesia meloloskan diri melepasi ke pusingan 16 […]

AFC Asian Cup: Kyrgyzstan Sekat Kemenangan Oman

oman FA

Oman gagal menundukkan Kyrgyzstan dalam aksi terakhir kumpulan F Piala Asia 2023 apabila sekadar meraih keputusan seri. Pasukan kendalian Branko Ivanovic lebih mendominasi aksi separuh masa pertama apabila merekodkan 7 percubaan berbanding Kyrgyzstan yang hanya melakukan satu percubaan. Muhsen Al Ghassani membuka tirai jaringan seawal minit ke-8 permainan setelah memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kawasan […]

AFC Asian Cup: Thailand, Arab Saudi Sama Handal

Thailand dan Arab Saudi berkongsi mata dalam aksi terakhir saingan peringkat kumpulan Piala Asia 2023. Babak separuh masa pertama tamat dengan tiada jaringan berjaya dihasilkan kedua pasukan. Biarpun Arab Saudi dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil pada minit kesepuluh permainan, sepakan Abdullah Radif digagalkan penjaga gol Thailand, Saranon Anuin. Bersambung aksi di babak kedua permainan, Saudi […]

Penjaga Gol Korea Selatan Terima Penilaian Mengejutkan Ketika Berdepan Malaysia

Penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon-woo gagal mempamerkan aksi berkualiti dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 menentang Malaysia semalam. Hyeon-woo telah dibolosi tiga jaringan di mana menyaksikan kesemua jaringan tersebut terhasil pada babak kedua perlawanan. Melalui penilaian dari Sofascore, Hyeon-woo dinillai sebagai pemain paling teruk di atas padang dengan diberikan penilaian sebanyak 5.9 […]

Seri Berdepan Malaysia, Jürgen Klinsmann Anggap Keputusan Ini Tak Dirancang

Pengendali Korea Selatan, Jürgen Klinsmann memuji persembahan memukau yang dipamerkan Malaysia selepas skuad kendaliannya terpaksa akur mencatat keputusan seri berdepan Malaysia. Malaysia berjaya bangkit pada babak-babak akhir permainan menerusi ledakan pemain gantian, Romel Morales sekaligus menamatkan aksi dengan keputusan 3-3. Ketika sesi sidang media selepas perlawanan, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan bahawa keputusan […]

Kim Pan-gon Raikan Gol Malaysia Penuh Semangat Berdepan Negara Kelahirannya

Selepas penantian selama 17 tahun, Malaysia akhirnya berjaya menjaringkan gol di pentas Piala Asia. Malaysia bangkit mencipta kejutan apabila berjaya mengikat jaguh dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Pengendali Malaysia, Kim Pan-gon menzahirkan rasa teruja dan bangga dengan pencapaian anak buahnya di pentas Piala Asia kali ini. Ketika Malaysia meledak gol pertama menerusi pemain sayap, […]

AFC Asian Cup: Bahrain Juarai Kumpulan, Kecewakan Jordan

Bahrain mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati setelah menumbangkan Jordan dalam aksi terakhir kumpulan E AFC Asian Cup. Aksi yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa menyaksikan kedua-dua pasukan mahu meraih mata maksimum bagi memastikan kedudukan akhir kumpulan lebih selesa. Bahrain membuka tirai jaringan menerusi penyerang sensasi, Abdulla Yusuf Helal yang menerima hantaran Ali Madan minit […]