Malaysia Buntu, Tewas Kepada Oman Kali Kedua

Perlawanan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua bagi aksi kumpulan D menyaksikan pertembungan di antara Malaysia menentang Oman di Stadium Bukit Jalil yang berakhir dengan keputusan 0-2. Seawal minit permainan, pemain paling bernilai ABK23, Arif Aiman hampir membuka jaringan pertama pasukan namun sepakannya berjaya diselamatkan penjaga gol Oman. Kedua buah pasukan masing-masing cuba untuk menguasai permainan. […]
Kyrgyzstan Terus Mengganas ‘Sekolahkan’ Chinese Taipei

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Kyrgyzstan sekali lagi tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran Chinese Taipei. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Spartak, Kyrgyzstan itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan tersebut. Anak didik Stefan Tarkovic kelihatan begitu selesa untuk beraksi di laman sendiri apabila turun dengan barisan terhebat yang diketuai oleh Joel […]
Korea Selatan Kekal Jaguh Asia, Belasah Thailand

Perlawanan keempat aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Thailand berdepan jaguh Asia Korea Selatan berkesudahan dengan keputusan 3-0. Aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala Bangkok, Thailand itu bermula dengan kedua-dua pasukan saling mempamerkan prestasi yang cemerlang. Anak buah pengendali sementara Korea Selatan, Hwang Sun-Hong membuat beberapa serangan bagi mencari gol pembukaan, namun tiada sebarang gol […]
Singapura Jadi Mangsa Amukan China

China tidak berdepan masalah yang besar untuk mengutip tiga mata penuh menentang Singapura dalam aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Olimpik Tianjin sebentar tadi. Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan tanpa kehadiran penyerang berbisa masing-masing. China memulakan perlawanan tanpa Elkeson manakala Singapura pula turun tanpa Ikhsan Fandi. Kedua-duanya memulakan aksi di bangku simpanan. […]
Iraq Belasah Filipina 5-0

Iraq meneruskan rentak kemenangan dalam kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila berjaya membaham Filipina di Stadium Memorial Rizal. Filipina tampil dengan formasi 4-4-2 dengan menagih beberapa khidmat pemain hebat seperti Neil Etheridge, Christian Rontini dan Kevin Ingreso. Iraq yang dikendalikan oleh Jesus Casas pula bermain 4-2-3-1 yang dibintangi pemain berbahaya dibahagian serangan seperti Aymen […]
Kyrgyzstan Jalani Latihan Intensif 20 Jam Di Dubai

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kyrgyzstan, Štefan Tarkovič mengatakan skuad bimbingannya terpaksa menjalani latihan insentif selama 20 jam di Dubai. Perkara itu terjadi oleh kerana isu logistik yang berkaitan dengan penerbangan. Perjalanan mengambil masa yang lama daripada Taipei ke Bishkek, jadi mereka terpaksa berhenti di Dubai untuk meneruskan latihan. Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan latihan […]
Penyokong Thailand Harap Hujan Turun

Penyokong Thailand berharap hujan akan turun membasahi padang Stadium Rajamangala bagi memudahkan kemenangan buat Thailand yang bakal menentang gergasi Asia, Korea Selatan malam ini (26 Mac). Dalam satu hantaran di laman X wartawan sukan Thailand, Ta Lao, terdapat 30 peratus yang memungkinkan hujan bakal turun dalam aksi di Stadium Rajamangala. Ta Lao juga berkongsi video […]
Son Heung-Min Hampir ‘Tinggalkan’ Korea Selatan

Kapten Korea Selatan, Son Heung-min mengakui hampir memutuskan untuk bersara dari pentas antarabangsa selepas kempen Piala Asia 2023. Agensi berita Yonhap melaporkan perkara tersebut ada terlintas dalam kepala penyerang Tottenham Hotspur itu selepas tewas 2-0 kepada Jordan di peringkat separuh akhir. Bagaimanapun, pada akhirnya, Heung-min memilih untuk terus beraksi kerana sokongan padu yang diberi penyokong. […]
Ali Al-Busaidi Mahu Oman Tewaskan Malaysia Walau Apa Jua Keadaan

Pemain berpengalaman Oman, Ali Al-Busaidi bertekad mahu Oman menewaskan Malaysia dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti. Pemain berusia 33 tahun itu yakin pasukannya telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran Malaysia buat kali kedua. Aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil kelak amat penting buat kedua-dua pasukan dalam mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya […]
Jaroslav Silhavy: Kami Sudah Kaji Taktikal Malaysia Di Bukit Jalil

Jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mengakui persiapan pasukan kendaliannya dalam keadaan baik menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa. Beliau yang ditemui ketika sidang media pra perlawanan menegaskan bahawa mental dan fizikal anak-anak buahnya kini di tahap terbaik bagi mengulangi kemenangan di Muscat minggu lalu pada pertemuan di […]
J3 League: Yokohama SCC Diikat Tottori, Kelibat Luqman Hakim Tidak Kelihatan

Penantian kemenangan pertama kelab Luqman Hakim Shamsudin, Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) dalam J3 League berterusan. Ini selepas pasukan itu diikat Gainare Tottori dalam aksi keenam liga yang berlangsung di Stadium Nippatsu Mitsuzawa hari ini. Selepas tewas kepada FC Ryukyu pada 20 Mac lalu, Yokohama SCC perlu segera meraih kemenangan jika mahu keluar […]
Andres Iniesta Berhutang Dengan Jepun RM18 Juta

Bekas bintang Barcelona, Andres Iniesta dilaporkan didakwa oleh pihak berkuasa Jepun kerana gagal mengistiharkan pendapatan pada tahun 2018. Pada ketika itu, Iniesta bersama kelab ternama Jepun iaitu Vissel Kobe selama lima tahun bermula daripada 2018 sehingga 2023. Dianggarkan sebanyak RM27 juta pendapatan yang gagal diistiharkan oleh legenda Barcelona ini. Bagaimanapun, selepas tular dakwaan ini di media […]
Jepun Dapat Kemenangan Percuma Lawan Korea Utara?

Jepun berpeluang mengesahkan kemaraan awal ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. Wartawan sukan The Japan Times, Dan Orlowitz mendedahkan Jepun bakal mendapat kemenangan percuma 3-0 ke atas Korea Utara. Ini selepas perlawanan keempat kelayakan membabitkan Samurai Biru dan Chollima yang sepatutnya berlangsung pada Selasa ini di Pyongyang dibatalkan oleh tuan rumah. […]
“Malaysia Boleh Belajar Dari Taktikal Oman”

Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin tekad untuk bangkit mencipta kemenangan dalam aksi menentang Oman pada Selasa kelak. Malaysia dijadual menentang Oman pada 26 Mac jam 10 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketika ditemu bual Astro Arena selepas perlawanan tempoh hari, Stuart menjelaskan Malaysia perlu melupakan kekalahan 2-0 keatas Oman dan segera memperbaiki setiap […]
Thailand Akur Dengan Kehebatan Jordan

Skuad Thailand Bawah 23 Tahun (B-23) gagal mempertahankan kelebihan awal mereka apabila tewas 3-1 kepada Jordan awal pagi ini. Perlawanan Thailand-Jordan merupakan aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) B-23 2024. Selepas tewas kepada Korea Selatan beberapa hari lalu, anak-anak buah Issara Sritaro berharap dapat bangkit bila menentang Jordan. […]
Korea Selatan Benam Cabaran Hebat Arab Saudi

Saingan Piala Bawah 23 Tahun Asia Barat (WAFF) diteruskan dengan aksi semi final yang menemukan Korea Selatan dan Arab Saudi yang mana memihak kepada Korea Selatan. Perlawanan dimulakan dengan Korea Selatan mempamerkan penguasaan yang memaksa Arab Saudi lebih banyak berkampung di kawasan sendiri. Walaupun hujan lebat turun di awal permainan, namun Korea Selatan tetap menampilkan […]