Qatar Terima Tamparan Hebat Sebelum Bertemu Malaysia B-23

Skuad Qatar Bawah 23 Tahun (B-23) menerima tamparan hebat sebelum bertemu dengan skuad B-23 negara untuk aksi persahabatan seterusnya pada 7 April ini. Ini selepas pasukan yang dibimbing jurulatih Portugal, Ilidio Vale itu tewas 2-0 kepada skuad China B-23 baru-baru ini. Perlawanan ini menjadi sebahagian daripada persiapan Qatar mengharungi kempen Piala Asia B-23 2024 yang […]
Arab Saudi Tundukkan Skuad Indonesia B-23

Persiapan Indonesia bagi menghadapi Piala Asia B-23 2024 bermula dengan langkah kiri apabila tewas kepada skuad Arab Saudi Bawah 23 Tahun (B-23) awal pagi ini. Perlawanan ini merupakan perlawanan persahabatan pertama buat anak buah Shin Tae-yong semasa berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Skuad muda The Green Falcons yang dibimbing Saad Al-Shehri dipilih sebagai […]
Pemain Korea Kritik Pengurusan, Padang Stadium Nasional Amat Teruk

Bekas jeneral tengah Swansea City, Ki Sung-yueng tidak berpuas hati dengan kualiti padang Stadium Piala Dunia Seoul. Sung-yueng yang kini beraksi untuk FC Seoul menyifatkan keadaan rumput yang terlalu panjang menyebabkan pasukannya dan lawan mereka, FC Gimcheon berdepan kesukaran bermain di situ. Malah, situasi sama mengakibatkan Korea Selatan dan Thailand berdepan kesukaran dalam aksi kelayakan […]
Amukan Cristiano Ronaldo Bantu Al-Nassr Bantai Abha Tanpa Belas

Cristiano Ronaldo mencatatkan hatrik keduanya bersama Al-Nassr dalam aksi Liga Pro Saudi menentang Abha awal pagi tadi. Status Al-Nassr sebagai pasukan pelawat tidak sama sekali menjejaskan rentak permainan mereka dan mendahului seawal minit ke-11 permainan melalui sepakan percuma Ronaldo untuk menjadikan kedudukan 1-0. 10 minit kemudian, Ronaldo sekali lagi mempamerkan aksi berkelas dunia apabila meledak […]
Vietnam Hantar 14 Pemain Senior Kerana Malaysia

Skuad bawah 23 (B-23) tahun Vietnam dijangka bakal memberi kesukaran buat pasukan Malaysia di Piala Asia B-23 Qatar selepas difahamkan membawa 14 pemain senior. Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) baru-baru ini telah mengumumkan senarai awal 28 pemain yang bakal membawa cabaran Vietnam di Qatar. Daripada 28 pemain yang dipanggil jurulatih, Hoang Anh Tuan, 14 daripadanya telah […]
Rekod Kebal 20 Tahun Vietnam Lebur Di Tangan Indonesia

Rekod kebal tanpa kalah Vietnam di laman sendiri akhirnya lebur selepas ditewaskan Indonesia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini. Indonesia berjaya menewaskan Vietnam dengan keputusan 3-0 menerusi jaringan Jay Idzes, Ratnar Oratmangoen dan Ramadhan Sananta. Kemenangan yang dicatat skuad kendalian Shin Tae-yong ini sekaligus mencalarkan rekod kebal yang dipegang Vietnam sebelum ini. Susulan […]
Jurulatih Seoul Syak Jesse Lingard Bukan Pemain Bola Sepak

Jurulatih Seoul FC, Kim Ki-dong melihat kehadiran Jesse Lingard ke dalam pasukannya itu tidak memberikan impak yang diharapkan. Dari kaca mata Ki-dong, Lingard bukanlah seorang pemain bola sepak kerana bekas pemain Manchester United itu malas berlari di dalam perlawanan. “Saya telah banyak berfikir untuk mengeluarkan Jesse Lingard. Saya tidak fikir pemain yang tidak berlari selama […]
Yokohama SCC Raih Kemenangan Bergaya Tanpa Luqman Hakim

Kelab Luqman Hakim Shamsudin, Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama dalam liga musim ini. Pasukan yang dibimbing Kazuki Kuranuki itu meraih kemenangan ke atas Fukushima United dalam aksi terbaru J3 League hari ini. Selepas berada dalam kelompok tercorot liga, Yokohama SCC perlu segera meraih kemenangan pertama dalam liga. Malangnya, […]
Korea Terima Hukuman Berat FIFA

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menjatuhkan hukuman berat kepada Korea berhubung pembatalan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Jepun. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah menetapkan bahawa kemenangan percuma 3-0 diberikan kepada Jepun selepas aksi yang dijadualkan telah pun terbatal. Pembatalan aksi ini juga menyaksikan Jepun berjaya merekodkan kemenangan […]
Empat Pemain Eropah Perkuat Skuad Korea Selatan B-23

Menjelang kempen Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024, Korea Selatan B-23 membuat persiapan ampuh dengan memanggil empat pemain yang berpangkalan di Eropah. Empat pemain tersebut ialah Bae Jun-ho (Stoke City), Kim Ji-soo (Brentford), Yang Hyun-jun (Celtic) dan Kim Min-woo (Fortuna Dusseldorf). Ini berdasarkan pengumuman yang dibuat Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) baru-baru ini. […]
Bekas Jurulatih China Mengaku Terima Rasuah RM47 Juta

Bekas jurulatih China, Li Tie mengaku bersalah menerima rasuah bernilai hampir RM47 juta sewaktu perbicaraan mahkamah yang membongkarkan rasuah dalam bola sepak China. Li Tie dan bekas pengerusi Persatuan Bola Sepak China, Chen Xuyuan antara yang menjalani perbicaraan mahkamah atas salah laku menerima rasuah. Chen Xuyuan menerima hukuman penjara seumur hidup pada minggu ini kerana […]
6 Negara Sahkan Kemaraan Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2026

Enam pasukan gergasi Asia mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Enam pasukan tersebut ialah Qatar, Iran, Uzbekistan, Australia, Iraq dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Maklumat ini dikongsikan oleh Footy Rankings menerusi satu hantaran di X. Keenam-enam pasukan ini layak selepas memenangi perlawanan keempat kelayakan kumpulan masing-masing. Selain mara ke pusingan akhir kelayakan […]
Tempoh Singkat Di Malaysia Tak Jejas Rentak Kemenangan Oman

Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy lega pasukannya berjaya meraih tiga mata penuh meskipun persiapan di Malaysia agak singkat. Jurulatih berusia 62 tahun ini berpendapat kedua-dua buah pasukan mengalami kesukaran bermain dengan keadaan padang yang agak kurang memuaskan. “Seperti kamu tahu kami tidak lama di sini tetapi masih berikan yg terbaik. Bola sepak adalah kerja pasukan, […]
Jalil Elias & Syria Berpesta Gol Ke Atas Myanmar

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jalil Elias membantu Syria merekodkan kemenangan besar 7-0 ke atas Myanmar dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026. Selepas diikat 1-1 di Yangon beberapa hari lepas, Helang Qasiun yang dibimbing jurulatih Argentina, Hector Cuper perlu menang untuk memburu slot tempat kedua Kumpulan B. Manakala Myanmar yang dibimbing […]
Kecederaan Azam Azmi Serius, Mungkin Terlepas Piala Asia B-23

Pertahanan kanan kebangsaan, Azam Azmi Murad mungkin terpaksa disisihkan daripada Skuad B23 kebangsaan menjelang aksi Piala Asia B23 pada bulan Mei kelak. Hal ini selepas pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan ketika aksi Malaysia dan Oman malam semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketika sidang media selepas perlawanan, pengendali kebangsaan Kim Pan-gon menyatakan rasa […]
Tajikistan Nafikan Hajat Tiga Mata Arab Saudi

Jaringan lewat Tajikistan selamatkan maruah pasukan ketika berdepan Arab Saudi dalam aksi keempat kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Minggu lalu, Arab Saudi yang dibimbing Roberto Mancini mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Tajikistan hasil jaringan ayam tambatan pasukan, Salem Al Dawsari pada awal permainan. Aksi yang berlangsung di Dushanbe Central […]