Son Heung-min Bengang Thailand Beri Derita Sama Seperti Malaysia

Kapten pasukan kebangsaan Korea Selatan, Son Heung-min jelas kecewa dengan prestasi pasukannya apabila terikat kali kedua berdepan Thailand selepas hampir dikecewakan oleh Malaysia. Pemain berusia 31 tahun mengetuai Taeguk Warriors berdepan pasukan ke-101 dunia itu dalam misi mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga. Hasrat itu bagaimanapun lebur selepas jaringannya berjaya dipadamkan oleh Suphanat Mueanta pada minit […]
8 Negara Berpotensi Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia Lebih Awal

Selepas tiga perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia, lapan pasukan berpeluang mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya lebih awal. Mengikut senarai yang dinyatakan Footy Rankings, pasukan-pasukan itu ialah Jepun, Australia, Iran, Uzbekistan, Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Arab Saudi. Daripada lapan pasukan tersebut, Australia, UAE, Arab Saudi, Iraq, Jepun dan Qatar […]
Pemain China Mahu Bersara Awal Gara-Gara Singapura

Kejayaan Singapura mengikat China 2-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 semalam mendorong kapten pasukan itu untuk mengumumkan persaraan. Akhbar South China Morning Post melaporkan kapten China, Zhang Linpeng berbuat demikian kerana kecewa dengan prestasi yang dipamerkan pasukan itu. Zhang melihat kegagalan China menewaskan The Lions di tempat lawan meskipun memiliki kelebihan dua gol sebagai […]
Penyokong China Berang, Minta Pulangkan Duit Tiket Selepas Diikat Singapura

Rata-rata penyokong pasukan China berang apabila pasukan negara mereka sekadar mendapat keputusan seri berdepan Singapura semalam. Hadir membanjiri perkarangan Stadium bagi memberi sokongan penuh buat pasukan, penyokong China akhirnya terpaksa akur apabila Singapura berjaya bangkit menyamakan kedudukan. Dengan keputusan 2-2 yang dicatatkan malam tadi, penyokong China meluahkan rasa tidak puas hati selepas tamat perlawanan. Ramai […]
Taktik Mudah Oman Berkesan Lawan Malaysia

Jurulatih Oman, Jaroslv Silhavy percaya taktik mudah yang diberikan kepada anak buahnya untuk menewaskan pasukan Malaysia berkesan. Keyakinan itu disuarakan jurulatih Repbulik Czech menerusi sidang media selepas perlawanan yang diadakan di Muscat, Oman pagi tadi. Silhavy menjelaskan perancangan yang dibuat sebelum ini adalah menggunakan corak permainan yang sesuai berdepan dengan pihak lawan. Meskipun mendahului dengan […]
Kapten Oman Akui Malaysia Lawan Yang Sukar

Kapten Oman, Mohammed Al-Musalami mengakui bahwa perlawanan menentang Malaysia bukan satu tugas mudah. Beliau percaya kemenangan yang kecapi ini adalah hasil tanggungjawab daripada setiap orang dalam pasukan. Semua pemain bekerjasama dengan baik. “Saya mengucapkan tahniah kepada peminat Oman atas kemenangan itu. Perlawanan yang sukar dan ia tidak mudah sama sekali. “Sebagai pemain, kami mengambil tanggungjawab […]
Indonesia Selangkah Pintas Malaysia

Skuad kebangsaan Indonesia kini menghampiri kedudukan ranking FIFA pasukan Malaysia. Selepas meraih kemenangan mengatasi Vietnam pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 malam semalam, skuad kendalian Shin Tae-yong telah melonjak naik di ranking ke-138 dunia. Keputusan 1-0 yang diraih Indonesia menerusi jaringan Egy Maulana Vikri memastikan Skuad Garuda mendaki lima anak tangga, mengutip sebanyak 15.37 mata […]
Arab Saudi Ketepikan Tentangan Sengit Tajikistan

Pasukan gergasi Asia Barat, Arab Saudi terus memperkukuh cengkaman sebagai pendahulu Kumpulan G dengan menewaskan Tajikistan dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026. Selepas tersingkir dalam pusingan 16 pasukan terbaik Piala Asia 2023, The Green Falcons berharap dapat bangkit dalam aksi ketiga Kumpulan G menentang The Crowns. Sementara Tajikistan yang mendapat sentuhan jurulatih baru dari […]
Iraq Cemas Sebelum Tundukkan Filipina

Iraq meneruskan rentak kemenangan mereka dalam saingan kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 meskipun terpaksa menunggu hingga lewat permainan untuk menewaskan Filipina. Aksi yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Basra menyaksikan pasukan tuan rumah mendominasi sebahagian besar permainan dengan penguasaan bola yang tinggi sejak minit pertama. Iraq yang diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini […]
Singapura Bangkit Ikat China

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan diantara Singapura dan China bagi aksi kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 berakhir dengan keputusan 2-2. Seawal 10 minit permainan, penyerang China, Wu Lei menjaringkan gol pertama pasukan. China terus menguasai permainan dengan asakan bertali arus. Penjaga gol Singapura, Hassan Sunny terus menjadi wira negara apabila beliau menidakkan sepakan penalti […]
Jepun Tundukkan Korea Utara

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan pertemuan di antara jaguh-jaguh Asia Jepun menentang Korea Utara berkesudahan dengan keputusan 1-0. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dengan momentum cemerlang musim ini. Perlawanan separuh masa pertama tidak mengambil masa yang lama apabila jaringan perancangan tengah Jepun, Ao Tanaka berjaya membuka tirai pertama buat pasukan Jepun pada minit kedua […]
Jalil Elias & Syria Hampir Terduduk, Diikat Myanmar

Pemain import Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jalil Elias membantu Syria mengelak daripada dimalukan Myanmar dengan meraih keputusan 1-1 dalam aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Syria berharap dapat kembali meraih kemenangan selepas dibelasah Jepun 5-0 dalam aksi kedua kumpulan pada November lalu. Sementara Myanmar yang dibimbing bekas jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner berharap […]
Thailand Pamer Kebangkitan Sekat Hajat Korea Selatan

Thailand berjaya mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan bagi meraih 1 mata berharga dalam kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026. Masatada Ishii menurunkan kesebelasan terbaik yang dimiliki Thailand dengan menggandingkan Chanathip Songkrasin dan Supachai Chaided sebagai penggempur utama pasukan. Korea Selatan yang pertama kali beraksi dibawah jurulatih sementara, Hwang Sun-Hong turut menampilkan pemain-pemain terbaik seperti […]
Kelayakan Piala Dunia 2026: Kyrgyzstan Pintas Kedudukan Malaysia

Malaysia kini memiliki motivasi untuk mendapatkan keputusan positif ke atas Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung pada awal pagi esok. Ini kerana berdasarkan kedudukan terkini dalam Kumpulan D, Kyrgyzstan memintas Harimau Malaya sebagai pendahulu kumpulan. Ini selepas pasukan itu meraih kemenangan 2-0 ke atas Taiwan dalam aksi ketiga kumpulan di Stadium Bola […]
Finalis Piala Asia 2023, Jordan Mudah Atasi Pakistan

Finalis Piala Asia 2023, Jordan tidak berdepan masalah untuk mengatasi cabaran Pakistan dengan keputusan 3-0. Skuad kendalian Hussein Ammouta turun dengan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Ali Olwan, Yazan Al-Naimat dan juga Mousa Al-Tamari mengetuai jentera serangan pasukan. Jordan tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan menerusi jaringan Mousa Al-Tamari pada minit ke-2 hasil hantaran cantik […]
Kyrgyzstan Tumbangkan Chinese Taipei Dengan 10 Pemain

Wakil Asia Tengah, Kyrgyzstan melupakan kekecewaan kempen Piala Asia 2023 dengan menewaskan Taiwan atau nama rasminya, Chinese Taipei dalam aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 hari ini. Selepas tersingkir di peringkat kumpulan Piala Asia 2023, The White Falcons yang dibimbing Stefan Tarkovic berazam mengutip kemenangan kedua dalam Kumpulan D. Sementara Taiwan yang dibimbing Gary White […]