Piala Dunia FIFA B-20 Berisiko Dibatalkan & Berpindah Lokasi

Proses undian kumpulan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia B-20 di Indonesia yang sepatutnya berlangsung pada minggu ini terpaksa ditangguhkan. Ini selepas Bali enggan menjadi tuan rumah kepada pasukan Israel. Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) membatalkan proses cabutan yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat ini. Difahamkan, Indonesia dan Iraq tidak mahu ditempatkan dalam satu kumpulan sama […]
Ikhsan Fandi Resah Lihat Prestasi Skuad Muda Singapura

Bintang sensasi Singapura, Ikhsan Fandi Ahmad dilihat seolah menzahirkan kekecewaan melihat aksi longlai skuad muda Singapura. Skuad B22 tahun Singapura telah dijadualkan bertemu Kemboja dalam aksi penentuan pingat gangsa Piala Merlion 2023. Penyerang BG Pathum United itu dilihat mengambil kesempatan tersebut untuk menonton perlawanan. Dalam ciapannya di Twitter, Ikhsan seakan resah dengan persembahan pemain Singapura […]
Mukhairi Ajmal Alami Jangkitan Kuman

Pengendali skuad bawah 22 tahun negara, E. Elavarasan mengesahkan jeneral tengah, Mukhairi Ajmal alami jangkitan kuman di perut. Pemain tengah Selangor itu terpaksa meninggalkan skuad kebangsaan bagi Kejohanan Piala Merlion kerana perlu menjalani rawatan lanjut di bersama Doktor. “Dia tidak dalam keadaan baik, malah Doktor menasihatkannya supaya jangan bermain dan perlu pulih..jadi saya fikir lebih […]
Irfan Fandi Tolak Panggilan Singapura

Pertahanan tengah pasukan kebangsaan Singapura, Irfan Fandi tidak akan menyertai skuad kebangsaannya menjelang aksi persahabatan FIFA Mac ini. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), pemain berusia 25 tahun ini tidak dapat menyertai pasukan atas alasan tertentu. Irfan memberi alasan peribadi berkenaan dengan komitmen kelab sekaligus menyaksikan beliau tidak akan beraksi dalam dalam dua […]
Safawi Rasid Dipilih Pemain Terbaik Mingguan Di Thailand

Pemain sayap pasukan Ratchaburi FC, Safawi Rasid dinobatkan selaku antara pemain terbaik bagi minggu ke-24 susulan persembahan yang cukup memukau semalam. Beliau sudah pun tampil dalam kebanyakan aksi The Dragons sekaligus memberi bayangan bahawa impak yang dibawa oleh kapten pasukan Malaysia ini ke dalam pasukan. Pemain berusia 25 tahun ini sekali lagi diberi kepercayaan untuk […]
Safawi Rasid Jaring Gol Pertama Bersama Ratchaburi Di Thailand

Pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol pertamanya di Liga 1 Thailand hari ini. Beliau sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan oleh Xavi Moro dalam misi menghambat semula kedudukan empat teratas saingan. Beliau diletakkan selaku pemain sayap kanan dan membentuk gandingan yang cukup baik bersama rakan di bahagian serangan iaitu […]
Dion Cools ‘Terassist’ Pihak Lawan, Kembali Bangkit Bantu Buriram Perkukuh Kedudukan Liga

Buriram United memperkukuh kedudukan di tangga teratas Liga Thailand menerusi kemenangan 4-1 mengatasi Khon Kaen United untuk hari perlawanan ke-24. Kemenangan ini juga bermakna, Buriram hanya memerlukan 2 kemenangan lagi untuk bergelar juara Liga Thailand 1. Buriram United menguasai permainan seawal minit pertama dan berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-20 menerusi jaringan Lonsana Doumbouya. […]
Presiden Pau: Kami Bawa Masuk Quang Hai Hanya Untuk Buat Duit

Presiden Pau FC, Bernard Laporte-Fray mengakui kemasukan Nguyen Quang Hai hanyalah untuk tujuan pemasaran. Sejak berkelana di Perancis bersama Pau FC, pemain berusia 25 tahun itu bergelut untuk mencari rentak dan minit permainanan apabila hanya berjaya menjaringkan satu gol daripada 13 penampilan. Presiden Pau mahu Quang Hai untuk menjadi seperti bintang dunia, Lionel Messi. Namun, […]
Thai League 1: Safawi Rasid & Ratchaburi Terus Buntu Diikat Chiangrai United

Pasukan Thai League 1, Ratchaburi FC terus dihukum apabila gagal mencatat kemenangan ke atas Leo Chiangrai United. Anak didik Xavi Moro turun dengan motivasi terbaik untuk mendapatkan jaringan namun perubahan formasi sedikit mengurangkan keberkesanan serangan pasukan. Gandingan Safawi Rasid bersama rakan sepasukan juga dilihat kurang efektif tatkala gawang gol Chiangrai tidak banyak teruji. Aksi separuh […]
Jurulatih Ratchaburi Akui Prestasi Pasukan Terumbang-Ambing

Ketua jurulatih Ratchaburi FC, Xavi Moro mengakui pasukannya kini tidak berada dalam prestasi yang baik namun yakin mereka bakal tampil lebih meyakinkan menjelang aksi menentang Leo Chiang Mai FC esok. Pasukan yang diwakili oleh kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid ini masih hanya mencatatkan dua kemenangan daripada 8 aksi terakhir. Perkara ini sudah tentu mendapat perhatian […]
Penyokong Ratchaburi Kecewa Dengan Aksi Longlai Pasukan

Pasukan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC semakin hilang kepercayaan daripada para penyokongnya susulan aksi longlai sejak beberapa perlawanan sebelum ini. Anak didik Xavi Moro jelas bergelut untuk mencatat kemenangan dalam beberapa aksi kebelakangan ini tatkala ketumpulan jentera serangan telah menyukarkan rentak mereka musim ini. The Dragons hanya berupaya untuk mencatat dua kemenangan dalam tujuh aksi […]
Thai League 1: Layangan Kad Merah Hukum Safawi Rasid & Ratchaburi

Pasukan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC terus kebuntuan rentak apabila diikat oleh pasukan tangga ke-10 liga, Sukhotai FC di laman sendiri. Xavi Moro dilihat terus memberi kepercayaan kepada bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid untuk membawa cabaran pasukan apabila sekali lagi diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan. Permulaan seakan malap buat tuan rumah alabila hasil penelitian VAR […]
Suphanat Mueanta Bakal Jalani Latihan Pra-Musim Di Eropah

Nama Suphanat Mueanta semakin menjadi bualan terutama selepas membantu Buriram mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Thai League 1. Justeru, tidak hairanlah sebaik saja musim ini berakhir, Suphanat bakal menjalani pra-musim di Eropah. Hal ini didedahkan oleh jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Thailand, Issara Sritaro apabila ditanya skuad bayangan yang bakal bertolak ke Sukan SEA 2023 […]
FIFA ‘Belanja’ Liga Vietnam Sistem VAR Mudah Alih

Liga Bolasepak Vietnam merupakan liga terbaru yang akan menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR). Di Asia Tenggara, Vietnam merupakan negara ketiga yang memperkenalkan VAR dalam liga selepas Thailand dan Singapura. Namun, kaedah VAR yang bakal digunakan Vietnam adalah berbeza berbanding Thailand dan Singapura apabila Vietnam menggunakan Sistem VAR Mudah Alih di mana ianya lebih menjimatkan […]
Michael Feichtenbeiner Kini Dilantik Jurulatih Myanmar

Selepas meninggalkan Selangor pada pertengahan musim lepas, ramai ingin tahu destinasi terbaru jurulatih Jerman, Michael Feichtenbeiner. Kini, Feichtenbeiner telah mendapat tugas baru sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Myanmar. Feichtenbeiner mengambil alih secara rasmi sebagai jurulatih pada 1 Mac ini. Beliau menggantikan rakan senegara, Antoine Hey yang meninggalkan pasukan pada Januari tahun ini. Selain berperanan sebagai jurulatih […]
Kawasaki Frontale Masih Perlukan Chanatip Songkrasin

Kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale difahamkan masih memerlukan khidmat bintang Thailand, Chanatip Songkrasin. Memetik laporan daripada Mainstand, Kawasaki Frontale tiada perancangan untuk melepaskan atau menghantar Chanatip ke kelab lain sebagai pemain pinjaman. Sebelum ini, nasib Chanatip mula menjadi tanda tanya apabila pemain berusia 29 tahun itu telah disisihkan dalam skuad utama dalam dua perlawanan awal […]