PSM Makassar Dinobatkan Juara Liga 1 Indonesia

PSM Makassar menamatkan kempen Liga 1 Indonesia musim 2022/2023 dengan menggondol kejuaraan liga musim ini selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Borneo FC. Lebih manis, ini merupakan kejuaraan pertama Juku Eja sejak musim 1999/2000. Dua gol disumbang oleh pemain sayap Indonesia, Yakob Sayuri pada minit ke-12 dan 31. Satu lagi gol disumbang oleh kapten dan […]

Safawi Rasid Bakal Kembali Ke JDT?

Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) beri bayangan pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid bakal kembali ke kancah Liga Malaysia. Beberapa minggu ini banyak khabar angin dan spekulasi berlegar dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang menjangkakan Safawi akan kembali pulang beraksi ke tanah air pada Jun kelak selepas kontrak pinjaman tamat. […]

Penyokong Persib Bandung Nyalakan Suar

Persib Bandung mengakhiri musim Liga 1 Indonesia dengan kekalahan besar 4-1 di tangan pasukan pelawat, Persikabo. Di sebalik kekalahan itu, ramai penyokong mereka memilih melepaskan suar dalam stadium bagi mengakhiri musim ini. Insiden melepaskan suar ini dikatakan bermula lima minit sebelum perlawanan Persib Bandung-Persikabo berakhir. Penyokong yang kecewa pada awalnya hanya sekadar mencemuh pasukan termasuk […]

Dua Pengadil Malaysia ‘Beraksi’ Di Vietnam

Nama Malaysia kembali menjadi bualan penyokong di rantau Asia Tenggara selepas dua orang pengadil bakal membuat kemunculan di Vietnam. Perkara ini susulan dua orang pengadil ini akan mengambil bahagian dalam aksi minggu ke-7 Liga Vietnam tidak lama lagi. Menerusi satu kenyataan oleh Asean Football, dua orang pengadil Malaysia yang dimaksudkan itu ialah Tuan Mohd Yaasin […]

Quang Hai Bakal Tinggalkan Perancis, Sertai Liga Thailand?

Selepas disingkirkan ke pasukan Pau FC B, ramai merasakan pengembaraan pemain tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai di Perancis akan berakhir. Justeru, tidak hairanlah salah satu khabar angin perpindahan membabitkannya ialah perpindahan ke Thai League 1. Khabar angin ini timbul susulan interaksi antara ejen Quang Hai, Michele Donato Fersini dengan seorang peminat berkenaan destinasi terbaru bekas […]

Stadium Larkin Jalani Proses Baik Pulih

Padang berkualiti tinggi dan fasiliti kelas dunia merupakan dua aspek utama dititikberatkan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kini Stadium Larkin yang merupakan stadium pertama JDT sedang giat menjalani proses membaik pulih. Stadium ini yang mula dibina pada tahun 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada tahun 1991 menjadi […]

Pemain Thailand Bakal Beraksi Di Liga Perdana Inggeris

Impian penyokong Thailand melihat pemain Negara Gajah Putih itu beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Ini selepas bintang muda Buriram United, Suphanat Mueanta telah menerima tawaran kontrak dari Leicester City. Mengikut satu sumber dari skuad Thailand B-22 yang enggan dinamakan, jurulatih pasukan Issara Sritaro boleh memanggil semua pemain […]

Dion Cools Gah Pacu Buriram United Hampiri Kejuaraan Thai League 1

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools berjaya meraih trofi penting bersama pasukannya, Buriram United selepas menundukkan Lampang. Pemain berusia 26 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke Asia Tenggara daripada kelab FK Jablonec di Republik Czech. Beliau jelas memberi impak yang cukup besar kepada pasukan Thailand tersebut apabila muncul selaku pemain utama bersama Buriram. Kebolehan bekas […]

FIFA ‘Layangkan Kad Kuning’ Kepada Indonesia

Selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik balik hak penganjuran Piala Dunia B-20 daripada Indonesia susulan bantahan terhadap pasukan bola sepak Israel, ramai bimbang negara itu bakal digantung FIFA. Tetapi berdasarkan pengumuman terbaru Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), masih ada sinar buat bola sepak negara itu. Berdasarkan laporan SNE Sports, Indonesia hanya dikenakan ‘kad kuning’ […]

Skuad B-22 Tahun Negara Berdepan Vietnam & Thailand Di Sukan SEA

Skuad bawah 22 tahun negara berdepan ujian yang cukup getir di Sukan SEA 2023 apabila diundi bersama beberapa pasukan gergasi di Asia Tenggara. Harimau Malaya B-22 kendalian E. Elavarasan telah diundi dalam Kumpulan B bagi acara bola sepak lelaki di Phnom Penh, Kemboja, 29 April hingga 16 Mei 2023. Berdasarkan kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia […]

Sri Pahang Dan PDRM Mula Berperang Di Media Sosial

Perlawanan Liga Super ketujuh (LS7) akan diteruskan dengan beberapa aksi menarik. Antaranya ialah perlawanan yang melibatkan pasukan berada di pertengahan liga, PDRM FC dan Sri Pahang FC. Perlawanan akan dilangsungkan pada jam 10 malam ini bertempat di Stadium MBPJ. Kedua-dua pasukan ini mengumpul jumlah mata yang sama iaitu 10 mata namun kelebihan memihak Sri Pahang […]

Rekod Tanpa Kalah Dion Cools & Buriram Lebur

Hasrat bek tengah kebangsaan, Dion Cools menjulang kejuaraan Thai League 1 bersama Buriram United dengan rekod tanpa kalah tidak kesampaian hari ini. Ini selepas Thunder Castle tewas tipis 4-3 kepada pasukan yang menduduki tempat kedua, Bangkok United. Buriram tahu sekiranya mereka menang di Stadium Thammasat hari ini, mereka bakal menggondol kejuaraan Thai League 1 buat […]

Junior Eldstal Akhirnya Muncul Di Thailand

Walaupun dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ke kelab Liga Thailand, PT Prachuap sejak bulan Januari yang lalu namun ianya bukanlah tugas yang mudah buat Junior Eldstal mendapatkan tempat di kesebelasan utama kelab tersebut. Selepas 10 perlawanan liga, akhirnya tiba masa buat Junior melakukan debut bersama PT Prachuap apabila beliau diturunkan pada minit ke-86 ketika […]

Indonesia Mahu Adakan Perlawanan Persahabatan Menentang Argentina

Semalam, heboh di laman media sosial apabila Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengumumkan bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah pasukan Asia Tenggara. Walaupun identiti pasukan itu tidak didedahkan, ramai penyokong Indonesia percaya Tim Garuda ialah lawan yang dimaksudkan AFA. Sebelum ini, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah mengumumkan Palestin sebagai lawan anak-anak buah Shin Tae-yong […]

Thailand Mahu Bolot Dua Emas Bola Sepak Sukan Sea

Dengan temasya Sukan Sea 2023 Kemboja yang akan bakal dimulakan pada 5 Mei depan, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah pun meletakkan sasaran buat dua skuad bola sepak mereka iaitu bagi kategori bola sepak lelaki dan wanita. FAT mengesahkan bahawa telah meletakkan sasaran dua pingat emas kepada pasukan bola sepak lelaki dan wanita. Perkara tersebut […]

Jordi Amat Ledak Gol Debut Bersama Indonesia

Pemain pertahanan kental Johor Darul Ta’zim, Jordi Amat Maas tidak menunggu lama untuk mencetak gol pertamanya bersama Indonesia. Jaringan tersebut dihasilkan dalam perlawanan persahabatan menyaksikan Indonesia mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Burundi. Pemain berusia 31 tahun itu menjadi wira negaranya apabila jaringannya pada minit akhir menjadi punca Indonesia tidak tewas dalam perlawanan tersebut. Ini merupakan […]