Jurulatih Baharu Vietnam Mahu Bawa Pasukan Ke Piala Dunia

Hari ini, Vietnam secara rasmi mengumumkan Philippe Troussier sebagai jurulatih baru skuad senior dan skuad bawah 22 tahun (B-22) mereka. Bagi bekas pengendali Jepun itu, beliau berharap dapat merealisasikan membawa skuad Naga Emas ke Piala Dunia. Beliau memeterai kontrak empat tahun bersama Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) hari ini. Disebabkan Troussier pernah mengendalikan skuad bawah […]

Thai League 1: Kecemerlangan Dion Cools Bantu Buriram United Tewaskan PT Prachuap

Ketenangan Dion Cools mengepalai pertahanan Buriram United membantu kelab itu melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas PT Prachuap dalam perlawanan Thai League 1 hari ini. Kemenangan ini turut membantu Thunder Castle mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga musim ini. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Ini disebabkan tuan rumah berusaha mengekang jentera […]

Sedih Lihat Nasib Ratchaburi

Persembahan pasukan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC telah menimbulkan kegusaran tatkala mereka kelihatan seperti tidak mendapat rentak yang diharapkan. Paiskan yang diwakili oleh kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid kelihatan berdepan situasi sukar terutamanya dalam aksi liga ketika ini. Sungguhpun berjaya melangkah ke separuh akhir aksi Thai League Cup baru-baru ini, ia tidak cukup untuk membuktikan […]

Thai League 1: Safawi Rasid & Ratchaburi Terduduk, Tewas Kepada Pasukan Kedua Tercorot

Hasrat pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid menjadi nadi utama ketika membantu pasukannya tidak kesampaian apabila tewas kepada Lampang FC hari ini. Kapten Harimau Malaya itu terus menjadi sandaran utama pasukan untuk menajamkan lagi jentera serangan pasukan. Pada babak pertama, kedua-dua pasukan beraksi seimbang dan saling bertukar serangan ke arah gawang lawan masing-masing. Peluang terbaik […]

Saingan AFC B-17 Di Thailand Bakal Tertangguh Kerana Konsert BLACKPINK

Bukan sekali penyokong Thailand berang apabila stadium keramat mereka, Stadium Rajamangala tidak dapat digunakan akibat konsert artis antarabangsa. Dan terbaru, sebarang usaha menganjurkan Kejohanan AFC Bawah 17 Tahun (B-17) di stadium berkenaan terpaksa dibatalkan akibat penganjuran konsert kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK. Ini selepas BLACKPINK mengumumkan rancangan mengadakan konsert di Stadium Rajamangala pada 27 dan 28 […]

‘Adisak Tak Membantu Rakan Sepasukannya’ – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner kurang berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh penyerang baharunya, Adisak Kraisorn. Beliau melihat Adisak tidak membantu rakan sepasukannya sekaligus menyebabkan pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah mendominasi permainan. Oleh sebab itu, penyerang Thailand itu dikeluarkan pada separuh masa kedua dan menggantikan dengan pemain muda, Syafik Ismail. “Pada separuh masa […]

Radamel Falcao Mahu JDT Buat Yang Terbaik Di Piala Sumbangsih

Bekas penyerang sensasi Colombia, Radamel Falcao mengucapkan selamat maju jaya kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelanh sepak mula Piala Sumbangsih esok. Pemain berusia 37 tahun itu kimi sedang beraksi bersama pasukan Rayo Vellecano di Sepanyol sudah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke JDT. Menerusi satu hantaran di laman rasmi Johor Southern Tigers hari ini, beliau […]

Kim Pan-gon Kesan Perubahan Mendadak Fizikal Safawi Rasid

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah mengesan perubahan mendadak terhadap susuk tubuh pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid sejak tiba di Thailand. Pemain berusia 26 tahun itu tiba di sana bagi membawa cabaran Ratchaburi untuk terus mencabar kejuaraan Liga 1 Thailand. Baru-baru ini, pengendali kelahiran Korea Selatan itu terbang ke sana bagi […]

Tiga Bintang Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Thai League Cup

Prestasi memberangsangkan tiga bintang sensasi Malaysia di Thailand terus mencuri tumpuan apabila berjaya memacu cabaran pasukan ke peringkat separuh akhir Thai League Cup. Kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid meneruskan permulaan cemerlang bersama Ratchaburi apabila membantu mereka menewaskan Samut Songkram dengan keputusan 2-1. Beliau berjaya menjadi watak penting apabila menyumbang satu bantuan gol semalam. Malah, prestasi […]

Thai League Cup: Dion Cools Cemerlang Bantu Buriram Ke Separuh Akhir

Ketenangan bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools membantu Buriram mara ke separuh akhir Thai League Cup. Ini selepas Thunder Castle berjaya menewaskan Bangkok United 3-0 di Stadium Thammasat. Walaupun berstatus pasukan pilihan, Buriram terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 untuk membuka tirai jaringan. Pemain tengah Suphanat Muenta membua jaringan buat pasukan pelawat selepas menanduk sepakan percuma […]

Thai League Cup: Bisa Safawi Rasid Bawa Ratchaburi Ke Separuh Akhir

Kecemerlangan aksi kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid terus membawa sinar buat Ratchaburi apabila mencatat kemenangan ke atas Samut Songkram. Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan bagi dalam misi besar untuk mara ke pentas separuh akhir. Walau bagaimanapun, The Dragons dikejutkan dengan gol awal apabila pemain pertahanan, Park Jun Heong menjaringkan gol sendiri. Namun begitu, anak […]

Supachai Jaided Lebih Berbisa Berbanding Penyerang Import

Ketajaman penyudah merupakan aset terpenting untuk seorang penyerang. Di kala kebanyakan pasukan mempertaruhkan penyerang import bagi menjaringkan gol namun ianya berbeza buat pasukan Buriram United yang bersaing di Liga 1 Thailand. Dalam saingan liga, Buriram kerap kali mempertaruhkan penyerang kebangsaan Thailand, Supachai Jaided untuk digandingkan bersama penyerang import dari Guinea, Lonsana Doumbouya di bahagian hadapan. […]

Thai League 1: Aksi Cemerlang Dion Cools Bantu Buriram United ‘Tapau’ Police Tero

Pendahulu Liga 1 Thailand, Buriram United terus mengukuhkan cengkaman liga apabila mudah mengatasi Police Tero hari ini. Pemain sensasi Harimau Malaya, Dion Cools terus mendapat kepercayaan jurulatih untuk mengemudi barisan pertahanan tuan rumah. Turun tanpa tekanan, anak didik Masatada Ishii terus mengatur langkah dengan beberapa percubaan awal yang hampir menerjah gawang. Usaha ini membuahkan hasil […]

Penyokong Thailand Jatuh Cinta Dengan Jersi Terengganu

Sebahagian besar penyokong Terengganu FC kini datang dari seberang apabila mereka mengumumkan ketibaan penyerang prolifik Thailand, Adisak Kraisorn. Pemain berusia 32 tahun itu merupakan antara bintang skuad Piala AFF Changsuek tahun lalu apabila membantu mereka menjuarai kejohanan tersebut. Perpindahan Adisak jelas membuka mata ramai penyokong Thailand yang turut tidak melepaskan peluang melihat jersi terbaru Terengganu […]

Thai League 1: Hasrat Safawi Rasid Bantu Ratchaburi Raih 3 Mata Lebur

Kepulangan semula pemain sayap sensasi Ratchaburi FC, Safawi Rasid ke dalam kesebelasan utama pasukan berakhir dengan kedukaan apabila pasukannya tewas di laman sendiri. Beliau diberi kepercayaan untuk beraksi semula setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan tempoh hari. Pada babak pertama, kedua-dua pasukan rancak berbalas asakan namun The Fragons sekali lagi diuji apabila terpaksa beraksi dengan 10 […]

Sukan Sea 2023: Hanya Pemain Muda Sahaja Dibenarkan Beraksi?

Persatuan-persatuan bola sepak Asia Tenggara pening kepala dengan peraturan acara bola sepak Sukan SEA 2023 di Kemboja. Dikhabarkan hanya pemain yang lahir pada 1 Januari 2001 dan seterusnya (B-22) yang dibenarkan beraksi dalam acara itu. Sekiranya ini dikuatkuasakan, ini bermakna negara-negara ASEAN tidak lagi dibenarkan membawa dua pemain berusia lebih daripada 23 tahun untuk Sukan […]