Thailand Sudah Kaji Kekuatan Malaysia

Skuad bola sepak Malaysia Bawah 22 tahun bakal meneruskan misi mengejar ibu segala pingat di temasya Sukan Sea Kemboja apabila dijadualkan bertemu Thailand dalam aksi yang dijadualkan berlangsung 5 petang ini. Kedua-dua pasukan telah pun berjaya memenangi perlawanan pertama masing-masing dengan Malaysia berjaya membelasah Laos 5-1 manakala Thailand pula menundukkan Singapura 3-1. Menjelang perlawanan penting […]

Michael Feichtenbeiner Anggap Indonesia Jaguh Dalam Kumpulan

Bagi jurulatih Myanmar, Michael Feichtenbeiner, kemenangan 5-0 Indonesia ke atas pasukannya bukan sekadar meletakkan Garuda Muda pada kedudukan selesa mara ke separuh akhir Sukan SEA 2023. Malah, beliau berpandangan pasukan tersebut merupakan pasukan jagoan dalam Kumpulan A temasya berkenaan. Gelaran tersebut diberi kepada anak-anak buah jurulatih interim, Indra Sjafri kerana keupayaan mereka menjaringkan gol dan […]

Sukan SEA: Indonesia Berpesta Gol Tewaskan Myanmar

Indonesia meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan A hari ini dengan membelasah Myanmar 5-0 di Stadium Olympic, Phnom Penh. Kemenangan ini meletakkan anak-anak buah Indra Sjafri berada pada kedudukan selesa untuk mengungguli kumpulan dan mara ke separuh akhir. Myanmar dan Indonesia yang masing-masing merekodkan satu kemenangan setakat ini dilihat tidak mahu rekod tanpa kalah mereka tercalar. […]

Sukan SEA 2023: Thailand Garang Belasah Singapura

Skuad B-22 Thailand membuka tirai saingan Kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA 2023 di Kemboja dengan bergaya. Ini selepas skuad Gajah Perang yang dibimbing Issara Sritaro menumbangkan skuad B-22 Singapura 2-1 di Stadium Visakha, Phnom Penh hari ini. Selepas kempunan meraih pingat emas dalam temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam pada tahun lepas, anak-anak […]

Sukan SEA 2023: Indonesia Kalahkan Filipina

Skuad B-22 Indonesia memulakan kempen Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA 2023 dengan langkah kanan hari ini. Ini selepas mereka berjaya mengalahkan skuad B-22 Filipina di Stadium Olimpik. Indonesia yang kali terakhir memenangi pingat emas acara itu pada temasya 1991 pastinya mahu menamatkan kemarau emas mereka dalam temasya kali ini. Sementara Filipina pula mahu […]

Safawi Rasid Masih Gembira Bersama Ratchaburi

Sejak beberapa minggu lepas, timbul spekulasi Safawi Rasid dikatakan tidak gembira bersama kelab Thai League 1, Ratchaburi dan dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa pasukan Liga Super. Tetapi menurut penolong jurulatih The Dragons, Somchai Maiwilai, khabar angin tersebut dianggap tidak benar sama sekali. Khabar angin Safawi tidak gembira di Ratchaburi timbul selepas namanya tidak disenaraikan dalam […]

Video: Safawi Rasid Catat ‘Assist’ Kedua Bersama Ratchaburi

Pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mencatatkan bantuan gol keduanya di Thailand semalam. Bintang Harimau Malaya berusia 26 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Xavi Moro untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan. Usaha beliau untuk membantu pasukan bermula seawal minit pertama di Stadium PAT apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu BG Pathum. […]

Hasrat Safawi Rasid Bawa Ratchaburi Ke Final Lebur

Ramai penyokong Harimau Malaya berharap Safawi Rasid dapat membantu Ratcaburi layak ke final Thai League Cup. Malangnya, impian tersebut lebur apabila The Dragons tumbang 2-1 kepada BG Pathum United dalam satu lagi aksi separuh akhir kejohanan itu hari ini. Dengan Buriram sah layak ke final selepas menewaskan PT Prachuap, kedua-dua pasukan pastinya mahu menghalang impian […]

Dion Cools Bantu Buriram United Mara Ke Final Thai League Cup

Segar daripada pencapaian membantu Buriram United memenangi Thai League 1, bek tengah kebangsaan Dion Cools memastikan pemburuan treble mereka terus membara. Ini selepas Thunder Castle mara ke final Thai League Cup selepas mengalahkan PT Prachuap 1-0. Dengan matlamat treble kini menjadi fokus, Masatada Ishii menurunkan barisan terkuat menentang tuan rumah. Ini termasuk Cools yang kembali […]

Dion Cools Cipta Rekod Pemain Malaysia Paling Berjaya Di Luar Negara

Kejayaan menjulang Thai League 1 bersama Buriram United semalam membantu Dion Cools mencipta sejarah tersendiri. Kejayaan tersebut menjadikan beliau pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara paling banyak menjulang gelaran liga dengan empat gelaran. Hal ini dikongsikan oleh pengguna Twitter, Lee Seng Foo bila melihat rekod yang dimiliki bek tengah kebangsaan berdarah Belgium-Malaysia itu sebelum […]

Dion Cools Bantu Buriram Julang Kejuaraan Thai League

Kemenangan tipis 2-1 ke atas Chiangrai United sudah cukup untuk Dion Cools dan rakan-rakan sepasukannya dari Buriram United menjulang kejuaraan Thai League 1 musim ini. Ini merupakan trofi pertama daripada tiga trofi yang menjadi buruan Thunder Castle untuk musim 2022/2023. Sebaik sepak mula, tuan rumah yang menggunakan formasi 5-3-2 dilihat mahu menyekat pasukan pelawat daripada […]

Dion Cools Garang Bawa Buriram United Ke Final Tumbangkan Port

Bek tengah kebangsaan, Dion Cools berpeluang mencipta pencapaian treble bersama pasukannya Buriram United. Ini selepas bek tengah berdarah Belgium-Malaysia itu membantu Thunder Castle menewaskan Port 2-0 dalam aksi separuh akhir Thai FA Cup hari ini. Sebaik sepak mula, tuan rumah garang mengasak pasukan pelawat. Tetapi pasukan yang dimiliki oleh Nualphan Lamsam atau Madam Pang itu […]

Dion Cools Dilayangkan Kad Kuning Kerana Kesalahan Pelik Ini

Pertahanan Buriram United, Dion Johan Cools telah dilayangkan kad kuning dalam aksi separuh akhir Piala FA Thailand hari ini. Perlawanan yang melibatkan pertembungan antara pasukan Buriram United dan Port FC itu dilangsungkan di Stadium Mitr Phol. Dion Cools diberi kepercyaan oleh pengendali Buriram untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan. Kapten Harimau Malaya itu digandingkan bersama […]

BG Pathum Naik Taraf Padang Pusat Latihan

Kebelakangan ini, makin banyak kelab Asia Tenggara berusaha menaiktaraf kemudahan yang dimiliki mereka termasuk kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT). Terbaru, kelab Thai League, BG Pathum mengambil langkah menaiktaraf permukaan rumput padang pusat latihan mereka. Penaiktarafan ini dibuat bagi memastikan padang yang digunakan dapat memenuhi kualiti latihan pasukan yang dibimbing jurulatih interim, Supachai […]

Giancarlo Gallifuoco Dirisik Kelab Luar Negara?

Pertahanan kental KL City FC, Giancarlo Gallifuoco menyatakan hasrat untuk kekal lebih lama di Malaysia sungguhpun dikhabarkan ada cubaan merisik dari India. Pemain kelahiran Australia itu merupakan tunjang utama untuk mengemudi benteng pertahanan The City Boys. Beliau sudah pun memasuki tahun ketiganya di bawah kendalian Bojan Hodak menyatakan hasrat untuk kekal lebih lama bersama KL […]

Iryan Fandi Peroleh Debut Berharga Seawal Usia 16 Tahun

Anak bongsu lagenda bolasepak Singapura, Iryan Fandi Ahmad berjaya membuat penampilan pertama dalam saingan Singapore Premier League bersama pasukan Hougang United. Pemain berusia 16 tahun 8 bulan itu diberi kepercayaan oleh pengendali pasukan untuk masuk pada minit ke-76 permainan bagi menggantikan Jordan Vestering yang mengalami kecederaan. Pemain berkaki kiri itu diberi peranan untuk beraksi sebagai […]