Ketum PSSI Mahu Pemainnya Elak Fikir Pasal Bonus Juarai Sukan Sea

Menjelang aksi final Sukan SEA 2023 membabitkan Indonesia dan Thailand, anak-anak buah Indra Sjafri pasti membayangkan insentif yang menanti mereka jika meraih pingat emas pada hari ini. Tetapi bagi Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir, hal itu perlu ditolak ke tepi terlebih dahulu. Bagi bekas pemilik Inter Milan itu, beliau mahu […]
Keisuke Honda Minat Kemudi Thailand Hingga Ke Piala Dunia

Selepas meninggalkan Kemboja, ramai ingin tahu pasukan mana yang bakal dilatih legenda Jepun, Keisuke Honda. Walaupun masih tidak mendedahkan destinasi seterusnya, bekas pemain tengah VVV-Venlo itu berminat untuk melatih Thailand. Hal ini dinyatakan dalam satu hantaran di akaun media sosial peribadinya semalam. Beliau berhasrat melatih pasukan-pasukan yang mempunyai peluang cerah layak ke Piala Dunia 2026. […]
Park Hang-seo Marah Vietnam Tewas Kepada Indonesia

Walaupun tidak lagi bergelar jurulatih Vietnam, Park Hang-seo sentiasa mengikuti perkembangan pasukan lamanya itu. Jadi, tidak hairanlah jurulatih Korea Selatan itu naik angin apabila Naga Emas tewas kepada Indonesia di pentas separuh akhir Sukan SEA 2023 semalam. Perlawanan semalam menyaksikan anak-anak buah Indra Sjafri terpaksa bekerja keras sebelum mendapatkan kemenangan 3-2. Selain itu, mereka juga […]
Sukan SEA: Thailand Gah Atasi Tentangan Myanmar

Biarpun terpaksa bekerja keras menewaskan Myanmar 3-0 dalam saingan separuh akhir hari ini, itu sudah cukup untuk Thailand layak ke final acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2023. Kini, Indonesia satu-satunya halangan untuk meraih pingat emas acara berkenaan buat kali pertama sejak 2017. Sebaik sepak mula, skuad Gajah Perang mendominasi perlawanan. Ini memaksa pembantu Michael […]
Sukan SEA: Indonesia Buat Kejutan Tumbangkan Vietnam

Indonesia mencipta kejutan dengan menewaskan penyandang pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA, Vietnam dalam perlawanan separuh akhir hari ini di Stadium Olympic, Phnom Penh. Kejayaan anak-anak buah Indra Sjafri ini dilihat menebus kehampaan gagal mara ke final Sukan SEA 2021 tahun lepas. Berbekalkan kemenangan empat perlawanan dalam Kumpulan C, Garuda Muda tampil garang […]
Liga Malaysia Setaraf Divisyen 4 England

Liga Super Malaysia kini dilaporkan berada pada tahap yang sama dengan Diviyen ke-4 di England. Statistik ini dikongsikan oleh laman analisis Opta Power Rankings, Liga Super berada sebaris dengan beberapa liga besar di dunia ketika ini. Perkembangan dan kemajuan Liga Malaysia seringkali mendapat perhatian yang menyeluruh daripada seluruh dunia dan ia merupakan satu petanda positif […]
Sukan SEA: Thailand Buat Vietnam Kecewa

Thailand mengesahkan kemaraan ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2023 sebagai juara Kumpulan B. Ini selepas skuad Gajah Perang berhempas-pulas mengikat Vietnam 1-1 di Stadium Visakha, Phnom Penh. Dengan tempat ke separuh akhir sudah terjamin, Thailand dan Vietnam bersaing bagi menentukan juara Kumpulan B. Pasukan yang bergelar juara mendapat laluan mudah menentang Myanmar […]
Keisuke Honda: Kejarlah Impian Anda Sehingga Ia Tercapai

Dengan kekalahan 2-1 Kemboja di tangan Indonesia dalam perlawanan Kumpulan A Sukan SEA 2023 semalam, maka berakhirlah sudah perjalanan Keisuke Honda bersama Angkor Warriors. Bagi legenda Jepun itu, beliau berharap bola sepak Kemboja akan terus menunjukkan peningkatan selepas ini. Sejak dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC) pada 2018, mutu bola sepak negara […]
Sukan SEA: Indonesia Berpeluh Tumbangkan Kemboja

Indonesia terpaksa bekerja keras di Stadium Olympic, Phnom Penh sebelum berjaya mengatasi tuan rumah Kemboja 2-1. Kemenangan ini membolehkan Indonesia mara ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan A. Kemboja turun bukan sekadar mahu menjaga maruah tetapi memberi hadiah perpisahan buat jurulatih mereka, Keisuke Honda. Ini kerana ini merupakan perlawanan terakhirnya bersama Angkor Warriors selepas memilih […]
Jonathan Khemdee Beri Amaran Kepada Pencabar Pingat Emas Sukan Sea

Thailand akan bertemu Vietnam dalam aksi terakhir kumpulan B Sukan Sea Kemboja yang dijadualkan esok. Kedua-dua pasukan sudah pun layak ke separuh akhir dan perlawanan tersebut boleh dianggap sebagai penentu juara kumpulan. Namun bagi pemain muda Thailand, Jonathan Khemdee, beliau tetap menganggap perlawanan esok merupakan perlawanan yang penting. Jika menang ke atas Vietnam, ianya akan […]
Nama Safawi Rasid Disebut-sebut Di Indonesia

Nama pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mula disebut-sebut oleh penyokong Indonesia yang mahu melihat kelibatnya beraksi di sana. Bintang kelahiran Terengganu ini sedang beraksi di Thailand selepas dipinjamkan oleh kelab asalnya, Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun begitu, tempoh pinjamannya yang bakal tamat menyebabkan timbulnya pelbagai spekulasi yang melibatkan masa depan pemain berusia 26 tahun […]
Selepas Ryuji Sato, Kini Jumpei Iida Jadi Sasaran

Entah di mana silapnya, pasti ada yang tidak kena apabila perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia ketika bertemu Vietnam. Lebih-lebih lagi apabila perlawanan tersebut diadili pengadil dari negara Jepun yang dilihat berat sebelah kepada pasukan Vietnam. Umum mengetahui, Malaysia sudah tersingkir daripada temasya Sukan Sea 2023 Kemboja selepas tewas 1-2 kepada Vietnam semalam. Namun tumpuan lebih […]
Tular Video Pengadil Jepun Koyak Dengan Ubaidullah

Dengan kekalahan 1-2 Malaysia kepada Vietnam dalam aksi kumpulan B Sukan Sea Kemboja semalam, kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada temasya sukan Asia Tenggara ini lebih awal. Malaysia kini hanya perlu melengkapkan jadual menentang Singapura pada 11 Mei ini. Namun disebalik kekalahan bermaruah pasukan muda negara itu, yang menjadi tumpuan adalah beberapa keputusan pengadil yang […]
Philippe Troussier Anggap Vietnam Bernasib Baik

Ramai penyokong Malaysia kecewa apabila skuad B-22 negara tumbang 2-1 kepada Vietnam dalam perlawanan ketiga Kumpulan B Sukan SEA 2023 hari ini. Dan jurulatih skuad Naga Emas, Philippe Troussier mengakui pasukannya bernasib baik meraih kemenangan hari ini. Dua gol yang dijaringkan Nguyen Van Tung sudah cukup untuk menewaskan anak-anak buah E. Elavarasan. Bagaimanapun, beberapa keputusan […]
Sukan SEA: Thailand Mudah Belasah Laos

Thailand muncul pasukan pertama yang layak ke separuh akhir dari Kumpulan B selepas membelasah Laos 4-1 di Stadium Visakha, Phnom Penh hari ini. Keputusan ini sudah pasti akan memberi tekanan kepada Malaysia yang perlu menang ke atas Vietnam malam ini bagi menghidupkan peluang layak ke separuh akhir. Mengetahui kemenangan ke atas anak-anak buah Michael Weiss […]
Elavarasan Percaya Malaysia B-22 Bukan Pasukan Yang Lemah

Walaupun terpaksa akur kepada kekalahan 0-2 kepada Thailand pada aksi kedua kumpulan B Sukan Sea Kemboja, namun jurulatih Malaysia Bawah 22 (B-22), E. Elavarasan percaya kepada kemampuan anak buahnya untuk bangkit semula. Bagi Elavarasan, pasukan yang dilatihnya kini merupakan sebuah pasukan yang kuat namun kekuatan mental perlu lebih baik lebih-lebih lagi beraksi di dalam suhu […]