Media Terkemuka Asia Kongsi Keadaan Terkini Padang SNBJ

Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi perhatian ramai belakangan ini termasuk media-media terkenal dari luar negara. Menerusi perkongsian Asean Football menyaksikan keadaan padang stadium tersebut menggunakan dron memaparkan pemandangan dari atas SNBJ sebelum perlawanan esok. “Stadium Bukit Jalil sebelum perlawanan antara Malaysia dan Oman dalam Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026,” tulis Asean Football […]
Wakil Chonburi Akui Kekuatan JDT Tidak Berubah Tanpa Ramai Tonggak Utama

Setiausaha Chonburi FC, Thitigorn Artwarin mengakui kekuatan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kekal utuh meskipun tanpa kelibat ramai tonggak utama. Hal ini dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di Facebook. Thitigorn menjadi sebahagian daripada rombongan The Sharks yang menyertai kem latihan di Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Kem ini turut menyaksikan perlawanan pemanas badan antara […]
Media Bebas Thailand Anggap Pratama Arhan ‘Masalah’ Besar Indonesia

Media bebas dari Thailand mula berbicara tentang lontaran jarak jauh yang menjadi senjata skuad kebangsaan Indonesia. Indonesia dibawah kendalian Shin Tae-yong ketika ini gemar melakukan lontaran jarak jauh yang mana menjadi aset penting Indonesia dalam usaha mereka mencari jaringan. Menerusi satu ciapan di Twitter, media bebas dari Thailand itu beranggapan teknik lontaran itu sememangnya bahaya […]
“Kualiti Liga Thailand Jauh Di Atas Indonesia” – Asnawi Mangkualam

Kapten pasukan Indonesia, Asnawi Mangkualam berpendapat bahawa tahap kualiti liga Thailand kini jauh berada di atas liga Indonesia. Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu telah berkongsikan perkara tersebut dalam sebuah temu ramah yang dimuat naik di laman media sosial X milik Goal Indonesia. Asnawi Mangkualam menyertai pasukan Port FC pada awal tahun ini setelah hampir […]
Penjaga Gol Akui Vietnam Makin Hilang Arah

Penjaga gol Vietnam, Filip Nguyen mula gelisah melihat pasukannya menjelang pertemuan semula berdepan Indonesia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Beliau yang gusar melihat penyudah tumpul pasukannya ketika perlawanan lalu menggesa agar jentera serangan lebih tajam di hadapan gawang Indonesia bagi memastikan jaringan dapat dihasilkan untuk meraih kemenangan dalam perlawanan selepas ini. Mengikut rekod data […]
Ketenangan Memukau Jay Idzes Buatkan Penyokong Indonesia Cair Hati

Pemain warisan terbaharu Indonesia, Jay Idzes tidak perlu menunggu masa yang lama untuk membuatkan penyokong Indonesia cair hati dengan aksi terbaik dipamerkan di atas padang. Dalam aksi menentang Vietnam untuk saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari, Idzes telah beraksi penuh 90 minit perlawanan dan Indonesia menang tipis 1-0 hasil jaringan tunggal Egy […]
Indonesia Lakar Kejutan Benam Vietnam

Indonesia mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Vietnam untuk tahun 2024 selepas Indonesia sekali lagi memenangi perlawanan di antara kedua-dua pasukan bagi aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 sebentar tadi. Indonesia menurunkan barisan terkuat bagi meraih kemenangan manakala Vietnam meletakkan dua bintang utama pasukan, Nguyen Quang Hai dan Nguyen Tien Linh di bangku simpanan. […]
Madame Pang Mahu Thailand Kejutkan Korea Selatan Kali Kedua

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Madame Pang menggesa para pemainnya untuk berjuang sehabis baik dalam usaha menyekat Korea Selatan dalam pertemuan pada Khamis. Beliau percaya pasukannya itu berpeluang untuk melakar kejutan ke atas Korea Selatan meskipun kedudukan ranking di antara kedua-dua pasukan jelas menunjukkan jurang yang besar. Korea Selatan yang kini dibimbing oleh jurulatih […]
Doan Van Hau: Kalau Mereka Bagus, Mereka Takkan Pilih Indonesia

Pertahanan kental Vietnam, Doan Van Hau menganggap kualiti pemain naturalisasi Indonesia hanyalah bertaraf Asia Tenggara. Memetik laporan VNExpress, pemain berusia 25 tahun itu menganggap tiada sebab untuk Vietnam takut berdepan Indonesia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Sang Garuda dan Vietnam berada dalam Kumpulan F dengan Indonesia menghuni tangga tercorot kumpulan hasil satu mata bertemu […]
Skuad Muda JDT Tewas Tipis Kepada Chonburi

Pasukan dari Liga Thai 1, Chonburi berangkat ke bumi Johor untuk mengharungi dua perlawanan latihan sebelum Liga Thailand kembali bersambung minggu hadapan. Ketika ini, saingan Liga Thai 1 sedang berehat bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan yang sedang menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2026. Seramai 23 pemain telah disenaraikan pengendali pasukan, Witthaya Lahakul bagi aksi […]
Hariss Harun Kesan Perubahan Besar Kem Singapura

Kehadiran Tsutomu Ogura sebagai pengendali baharu Singapura telah mula memberikan perubahan besar kepada kem kebangsaan Singapura menurut Hariss Harun. Ketua jurulatih Singapura itu bakal melaksanakan tugasan pertama berdepan China kelak setelah tiba pada Februari lalu bagi menggantikan pemergian Takayuki Nishigaya. Kapten pasukan Singapura, Hariss Harun mengakui Tsutomu Ogura telah memberikan impak segera terhadap skuad Singapura […]
Pengendali Singapura Sasar ‘Bedil’ China

Ketua jurulatih skuad Singapura, Tsutomu Ogura mensasarkan bahwa pasukannya akan mendapatkan kemenangan sulung bagi saingan kelayakan Piala Dunia. Ini merupakan tugas pertama buat pengendali dari Jepun ini setelah dilantik pada bulan Februari yang lepas. “Matlamatnya ialah menang. Semua orang mahu menang. Bukan hanya pemain, penyokong (dan) kakitangan kejurulatihan. Semua orang mahu menang. Ia adalah gol. […]
Indonesia Sisihkan Jordi Amat Lawan Vietnam

Pertahanan Indonesia, Jordi Amat bakal terlepas peluang untuk membantu Indonesia berdepan Vietnam dalam aksi kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Perkhabaran ini disahkan oleh Persatuan SepakBola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi kenyataan di laman web rasmi tanpa dinyatakan secara terperinci kecederaan yang dialami pemain JDT itu. Selain Jordi Amat, Indonesia juga tempang […]
Marc Klok: Vietnam Sedang ‘Ketar-Ketir’

Pemain tengah naturalisasi Indonesia, Marc Klok mengatakan pasukan Vietnam sedang ‘Ketar-Ketir’ dengan perubahan positif yang dipamerkan pasukan Indonesia sejal kebelakangan ini. Sebelum ini, tular satu kenyataan yang mencetuskan kontroversi yang mana pemain tengah Vietnam, Do Duy Manh mengatakan berdepan dengan Indonesia seperti bertemu dengan pasukan Belanda. Do Duy Manh menjelaskan ini kerana pasukan Vietnam tidak […]
JDT Tewas Mengejut Kepada Police Tero

Pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terpaksa menelan kepahitan apabila tewas mengejut 3-2 kepada Police Tero dalam aksi pra-musim terbaru mereka. Keputusan ini turut dikongsikan oleh laman media sosial rasmi Police Tero hari ini. Kemenangan ini menebus kekecewaan yang dialami The Silver Shield Dragon selepas tewas 5-0 kepada lawan sama sebelum […]
Dua Bekas Mesin Gol Bakal Kembali Ke Malaysia Dengan Tugas Berbeza

Nama dua penyerang Chonburi FC dijangka dikenali peminat bola sepak Malaysia apabila mereka diturunkan menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) nanti. Dua penyerang yang dimaksudkan ialah duo Brazil, Herlison Caion dan Willian Lira. Meskipun Caion dan Lira kini beraksi di Thailand, bisa mereka sebagai peledak dalam Liga Malaysia (Liga M) masih diingati sehingga hari […]