Perak Jinakkan Albirex Niigata

Pasukan Perak hari ini turun dalam satu aksi persahabatan antarabangsa berdepan kelab dari Singapura, Albirex Niigata. Perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Ipoh malam semalam berkesudahan dengan kemenangan diraih pasukan Perak selepas mengatasi Albirex Niigata, 3-1. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0. Pasukan tuan rumah mendahului aksi menerusi jaringan pembukaan yang berjaya dihasilkan pemain […]
Vietnam Terima Tiga ‘Hukuman’ Serentak

Pasukan kebangsaan Vietnam menerima tiga hukuman dalam satu masa selepas berakhirnya dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, Mac ini. Perkhabaran pertama yang mengejutkan kem Red Dragons adalah apabila pasukan gergasi Asia Tenggara itu tunduk buat kali ke-3 berturut-turut kepada Indonesia. Kekalahan 1-0 di Piala Asia 2023 merebak apabila anak didik Phillipe Troussier tunduk dengan keputusan […]
Skuad Muda JDT Bedil Everton Penuh Bergaya

Kejohanan JSSL Singapore International 7s menyaksikan kejayaan buat skuad muda JDT apabila berjaya menewaskan Everton FC dengan keputusan 1-0. JSSL Singapore Professional Academy 7s ialah pertandingan Bola Sepak Remaja Perdana Asia yang mempamerkan bakat muda lebih 400 pasukan di 17 negara. Pasukan dari seluruh dunia berkumpul pada hujung minggu untuk bersaing dalam kejohanan 7 sebelah […]
Beraksi Buat Skuad Senior, Suphanat Mueanta Dipanggil Perkuat Thailand B-23

Skuad Thailand Bawah 23 Tahun (B-23) mendapat suntikan semangat menjelang kempen Piala Asia B-23 2024. Ini selepas bintang OH-Leuven, Suphanat Mueanta sah memperkuat pasukan yang dibimbing Issara Sritaro. Perkara ini turut disahkan beliau apabila dihubungi SiamSport. Selain Suphanat, penyerang Port FC, Teerasak Poeiphimai dan penyerang Chiangrai United, Settasit Suvannaseat turut dibawa masuk memperkuat pasukan itu. “Pasukan-pasukan Suphanat […]
Justin Hubner Anggap Vietnam Lawan Yang Terlalu Mudah

Pemain kacukan Indonesia, Justin Hubner menganggap Vietnam adalah lawan yang terlalu mudah untuk dihadapi. Pemain pertahanan berusia 20 tahun itu antara pemain yang berada dalam kesebelasan utama Indonesia sewaktu menentang Vietnam dalam dua perlawanan kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026. Indonesia mencatat dua kemenangan berturut-turut dengan rekod jaringan 1-0 dan 3-0 sekaligus memberikan 6 mata […]
Kesebelasan Utama Indonesia Mampu Gegarkan Asia

Usaha tanpa henti Indonesia dalam membawa bakat-bakat besar dari eropah semakin membuahkan hasil dan tidak mustahil akan membawa Sang Garuda menggegarkan Asia pada masa hadapan. Pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Vietnam di Hanoi, Indonesia mempamerkan kualiti permainan terbaik walaupun gagal menguasai perlawanan. Indonesia hanya memperolehi 39 peratus penguasaan bola berbanding Vietnam […]
Thailand Tukar Padang Baru Semata-Mata Untuk Son Heung-min

Kejayaan Korea Selatan membenam Thailand 3-0 di Stadium Rajamangala semalam disumbang oleh permukaan padang baru stadium yang cantik. Meskipun hujan lebat melanda stadium semalam, permukaan padang stadium tetap dalam keadaan baik. Ini memastikan kerancakan permainan kedua-dua pasukan tidak terjejas sama sekali. Keputusan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memasang padang baru di Stadium Rajamangala dibuat bagi […]
Madame Pang Puas Hati Hampir 50,000 Penyokong Thailand Ke Stadium

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (Thailand FA), Madame Pang meluahkan kelegaan beliau melihat puluhan ribu penyokong hadir ke Stadium Rajamangala bagi memberi sokongan kepada pasukan. Menerusi hantaran di Facebook rasmi Thailand FA, beliau jelas gembira melihat kehadiran para penonton yang memasang impian melihat pasukan Thailand mecapai kejayaan. “45,458 orang! Madame Pang gembira melihat gambar peminat […]
Hariss Harun Teruja Kembali Ke Stadium Sultan Ibrahim

Bekas kapten Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hariss Harun mengakui teruja kembali beraksi di stadium keramat pasukan itu, Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Pemain tengah Lion City Sailors itu bukan asing dengan Harimau Selatan kerana pernah mewakili pasukan itu dari 2014 hingga 2021. Justeru, tidak hairanlah apabila The Sailors mengumumkan dua aksi pemanas badan menentang […]
Ranking FIFA: Indonesia Pintas Malaysia Kali Pertama Selepas 5 Tahun

Ranking FIFA: Indonesia telah memintas Malaysia buat kali pertama pada kedudukan ranking FIFA selepas hampir 5 tahun tidak melakukannya. Skuad kendalian Shin Tae-yong berjaya membawa prestasi yang diharapkan daripada Piala Asia 2023 apabila menundukkan Vietnam sebanyak dua kali. Sang Garuda merekodkan kemenangan 1-0 di laman sendiri sebelum meraih satu lagi kejayaan apabila menundukkan pasukan kendalian […]
Terkini: Jurulatih Vietnam Dipecat Selepas Dimalukan Indonesia

Jurulatih Vietnam, Philippe Troussier sah dipecat daripada jawatannya setelah mengalami kekalahan memalukan di tangan Indonesia di laman sendiri dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Berita ini dikongsikan oleh Asean Football menerusi satu hantaran di laman Instagram yang mengesahkan kontrak jurulatih kelahiran Perancis itu ditamatkan serta-merta selepas perlawanan. “Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) menamatkan kontrak dengan […]
Indonesia ‘Hentam’ Vietnam Tanpa Belas Kasihan

Meskipun beraksi di tempat lawan, itu bukan halangan buat Indonesia meraih kemenangan kedua ke atas Vietnam dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026. Selepas diaibkan 1-0 di Gelora Bung Karno pada 21 Mac lepas, Vietnam yang dibimbing Philippe Troussier berharap dapat merekodkan kemenangan di Stadium Nasional My Dinh. Sementara Tim Garuda pula mahu meneruskan rentak […]
Kelab Indonesia Beri Amaran Kepada Shin Tae-yong

Kelab Liga 1 Indonesia, Persebaya Surabaya memberi peringatan kepada jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong tentang penjaga gol mereka, Ernando Ari. Portal VNExpress melaporkan kelab tersebut berbuat demikian selepas terkejut dengan tindakan jurulatih Korea Selatan itu memanggil penjaga gol berusia 22 tahun itu. Ini kerana Ernando baru saja pulih daripada kecederaan bahu yang dialami sejak Februari lalu. […]
Lion City Sailors Atur Dua Aksi Menentang JDT

Pasukan handalan Singapura, Lion City Sailors mengatur dua aksi persahabatan menentang juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini diumumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Lion City Sailors hari ini. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada bulan April 2024 ini merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan seberang tambak itu sebelum […]
Bekas Pengendali Kelantan, Alfredo Vera Pulang Ke Indonesia

Kelantan yang sebelum ini mengharungi pelbagai dugaan dan ujian pada musim 2023, kini dilihat semakin membisu daripada sebarang khabar berita. Namun, ada berita yang mengejutkan apabila bekas pengendali Kelantan FC, Alfredo Vera tinggalkan Kelantan dan pulang ke Indonesia. Jurulatih dari Argentina itu dilaporkan telah pulang ke Indonesia untuk menyertai kelab divisyen satu di sana iaitu […]
Pemenang Piala Dunia Dilantik Jurulatih Baru Buriram

Pemenang Piala Dunia 1994, Jorginho Campos diumumkan sebagai jurulatih baru juara Thai League 1 musim lepas, Buriram United. Campos dibawa masuk menggantikan jurulatih Australia, Arthur Papas yang dipecat selepas Buriram tersingkir daripada saingan Thai FA Cup 2024. “Buriram United telah mencapai perjanjian dengan Jorge de Amorim Campos, juga dikenali oleh peminat seluruh dunia sebagai Jorginho. […]