JDT Jadi Sumber Inspirasi Kelab ASEAN

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menapak sebagai kelab contoh terbaik Malaysia yang berada di Asia Tenggara. Skuad Harimau Selatan kini sedang menjalani latihan pra-musim di Johor Bharu namun sudah mula mencuri perhatian ramai. Baru-baru ini, kelab Thai League 1, Police Tero telah pun tiba di Johor Bharu untuk menjalani latihan […]

Skuad Muda JDT Malukan Tasek Sailors East 19-0

Skuad muda JDT terus mempamerkan bisa dalam aksi Singapore Youth League apabila membelasah Tasek Sailors East dengan keputusan 19-0. Perlawanan yang melibatkan pasukan b-15 JDT itu menunjukkan kualiti pemain muda pasukan yang kini berada dalam kelas tersendiri. Skuad muda Harimau Selatan berjaya melonjakkan nama dan prestasi pasukan untuk mencatatkan 19 jaringan tanpa balas. Liga yang […]

Giliran Chonburi Bakal Jejakkan Kaki Ke Johor Bahru

Sebuah lagi kelab dari Thailand bakal menjejakkan kaki ke Johor Bahru selepas kehadiran Police Tero pada minggu lalu. Chonburi FC bakal turun menentang jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam dua aksi persahabatan yang dijadualkan pada 20 Mac dan 22 Mac di Stadium Sultan Ibrahim. Seramai 23 pemain akan dibawa Chonburi ke Johor Bahru temasuk […]

JDT Beri Kekalahan Besar Kepada Police Tero

Kelab Thai League 1, Police Tero mengalami kekalahan besar di tangan kelab gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam satu aksi persahabatan tertutup. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu menyaksikan The Silver Shield Dragon tewas 5-0 di tangan Harimau Selatan. Berita ini dikongsikan oleh halaman Facebook, JDTFC menerusi […]

Police Tero Ucap Terima Kasih Kepada JDT

Pasukan Liga 1 Thailand, Police Tero FC mengucapkan terima kasih kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) atas layanan hebat yang diberikan sebagai tuan rumah. Police Tero yang kini dibimbing oleh Tan Cheng Hoe hadir ke Johor Bharu untuk menjalani kem latihan pusat bermula 13 hingga 21 Mac nanti. Menerusi satu temu bual […]

Dion Cools & Zafuan Azeman Bersemuka Dalam Thai League Cup

Aksi pusingan 16 pasukan terbaik Thai League Cup membabitkan Buriram United dan Uthai Thani semalam dilihat istimewa buat Dion Cools dan Zafuan Azeman. Ini kerana perlawanan semalam menyaksikan pertembungan dua bintang Malaysia itu buat kali pertama di bumi Thailand. Detik tersebut turut dikongsikan akaun X, Harimau Abroad menerusi satu hantaran yang dimuatnaik di platform media […]

“Kami Akan Lawan Belanda Atau Indonesia?” – Do Duy Manh

Pemain Vietnam, Do Duy Manh sempat menyindir mengenai lawannya, Indonesia menjelang pertemuan kedua-dua negara dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Beliau berkata, melalui maklumat yang mereka dapati, Indonesia kini berbeza apabila diperkuat dengan ramai pemain yang beraksi di luar negara seperti Justin Hubner, Sandy Walsh, Rafael Struijk dan lain-lain. “Menerusi maklumat […]

Nilai Skuad Indonesia Meningkat RM21 Juta, Hampiri Finalis Piala Asia 2023

Nilai skuad Indonesia catat peningkatan memberangsangkan selepas naik sekitar 4.08 Juta Euro (RM21 Juta) sejak Piala Asia 2023. Skuad kendalian Shin Tae-yong mempamerkan aksi membanggakan di Qatar selepas berjaya mara ke pusingan kalah mati. Sang Garuda bagaimanapun terpaksa akur dengan kehandalan Australia apabila ditundukkan 4-0 untuk menamatkan perjuangan hebat di Asia. Ketika memasuki fasa Piala […]

Police Tero Ke Johor Bahru

Kelab Thailand, Police Tero menggunakan tempoh rehat liga dengan mengadakan kem latihan di Johor Bahru, Johor. Perkara ini diumumkan pengurusan kelab menerusi satu hantaran di platform media sosial mereka hari ini. “Mari pergi ke Johor Bahru. Pagi yang gelap hari ini, pemain dan staf Tero FC berlepas ke kem latihan di Johor Bahru, Malaysia dari […]

Vietnam Sisih 5 Pemain Tunjang Hadapi Indonesia

Skuad kebangsaan Vietnam tempang tanpa lima tonggak utama menjelang dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Indonesia. Ini selepas Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengumumkan senarai pemain yang dipanggil untuk tugasan antarabangsa pada Mac ini. Lima pemain yang terpaksa disisihkan Philippe Troussier menurut TheThao247 ialah Dang Van Lam, Que Ngoc Hai, Doan Van Hau, Nguyen […]

Dua Bekas Penyerang Liga Malaysia Kekal Berbisa Di Asean

Meskipun tidak lagi beraksi di Liga Malaysia (Liga M), nama David da Silva dan Willian Lira masih diingati ramai peminat bola sepak negara. Ini kerana dua penyerang Brazil itu menyerlah bersama kelab masing-masing di Liga 1 Indonesia dan Thai League 1. Da Silva yang kini beraksi untuk Persib Bandung menjadi penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia […]

Thai League 1: Dion Cools Pimpin Buriram Elak Dimalukan Chonburi

Orang besi Harimau Malaya, Dion Cools memastikan Buriram United kekal tanpa kalah dalam sembilan perlawanan Thai League 1 hari ini. Ini selepas juara liga musim 2022-2023 itu diikat Chonburi 1-1 di Stadium Chonburi dalam aksi terbaru liga. Buriram mahu meraih kemenangan hari ini bagi melebarkan jurang mata dengan pasukan di tempat kedua, Bangkok United. Manakala […]

Tiket Aksi Thailand & Korea Selatan Sudah Habis Terjual

Peminat bola sepak yang ingin menonton perlawanan Thailand menentang Korea Selatan pada 26 Mac ini bakal kecewa. Ini selepas SiamSport melaporkan tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 itu yang diadakan di Stadium Rajamangala itu sudah habis dijual. Pengumuman ini menyaksikan skuad Gajah Perang yang dibimbing Masatada Ishii bakal mendapat sokongan padu warga Thailand pada tarikh […]

Selangor Diikat Hebat Pasukan Divisyen 2 Thailand, Ayutthaya United

Usaha Selangor FC untuk merekodkan kemenangan kedua dalam kempen pra-musim di Thailand tidak kesampaian. Ini selepas barisan Merah Kuning yang dibimbing jurulatih interim, Nidzam Jamil hanya merekodkan keputusan seri 1-1 dengan kelab Thai League 2, Ayutthaya United. Keputusan perlawanan ini dikongsikan oleh Ayutthaya United menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka baru-baru ini. […]

Chanathip Songkrasin Kembali Perkuatkan Skuad Thailand

Selepas terpaksa disisihkan untuk kempen Piala Asia 2023 akibat kecederaan, Chanathip Songkrasin kembali membarisi skuad kebangsaan Thailand. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan senarai 23 orang pemain bagi menghadapi dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan. Selain Chanathip, jurulatih skuad Gajah Perang, Masatada Ishii turut memanggil semula penyerang Muangthong United, Poramet […]

Thai League 1: Tan Cheng Hoe Alami Kekalahan Pertama, Police Tero Ditewaskan PT Prachuap

Tan Cheng Hoe mengalami kekalahan pertama bersama Police Tero apabila pasukan itu tunduk kepada PT Prachuap dalam aksi terbaru Thai League 1 hari ini. Selepas meraih keputusan 1-1 dengan Nakhon Pathom pada minggu lepas, The Silver Shield Dragons berharap dapat meneruskan momentum dengan meraih kemenangan pertama dalam lapan perlawanan. Kali terakhir pasukan itu meraih kemenangan […]