Info Siaran Langsung Vietnam vs Indonesia | Piala AFF 2022

Aksi separuh akhir kedua hari ini melibatkan pertembungan antara bekas finalis Piala AFF 2020, Vietnam dan juga Indonesia yang turun di Stadium Nasional My Dinh. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno tempoh hari selain diserikan dengan beberapa kontroversi sepanjang 90 minit perlawanan. Kini, anak didik […]

Pemain Indonesia Tepuk Dahi Lihat Keadaan Padang Di Vietnam

Menjelang aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 membabitkan Vietnam dan Indonesia, perlawanan tersebut dijangka menarik dan sengit. Tetapi kualiti buruk padang di Stadium Nasional My Dinh (SNMD), Hanoi dijangka bakal menggugat kelancaran aksi kedua-dua pasukan malam ini. Sebaik turun berlatih untuk sesi latihan di SNMD semalam, para pemain Tim Garuda menggeleng kepala melihat keadaan […]

“Indonesia Belum Setaraf Thailand & Vietnam.” – Park Hang-seo

Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mula melancarkan perang psikologi menjelang aksi kedua separuh akhir Piala AFF 2022 membabitkan pasukan itu dan Indonesia esok. Dan pada sidang media pra-perlawanan hari ini, beliau melabel Tim Garuda belum setaraf Vietnam mahupun Thailand. Komen pedasnya itu muncul selepas jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong melabel pasukannya kini setaraf dengan Naga Emas dan […]

Media Vietnam Mahu Van Hau Dihukum

Semalam, Shin Tae-yong merasa tidak puas hati mengapa pengadil tidak melayangkan kad merah terhadap Doan Van Hau walaupun pemain Vietnam itu dikesan melakukan dua terjahan keras. Rupanya, media Vietnam juga berkongsi sentimen sama dengan jurulatih Indonesia itu. Satu insiden yang menarik perhatian ialah kekasaran yang dilakukan bek kiri Hanoi FC itu terhadap Dendy Sulistyawan. Sudahlah […]

Park Hang-seo Percaya Indonesia Tidak Sehebat Vietnam

Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang menemukan Indonesia dan Vietnam telah pun berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan semalam. Perlawanan tersebut telah dilangsungkan di stadium keramat Sang Garuda iaitu Stadium Gelora Bung Karno. Namun disebalik keputusan seri tanpa jaringan itu, jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengakui bahawa para pemainnya mempamerkan semangat juang […]

Doan Van Hau Dikesan Lakukan Terjahan Gila Lagi

Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Indonesia-Vietnam berakhir dengan seri 0-0. Tetapi ramai penyokong Indonesia marah dengan taktik terjahan keras pasukan Vietnam termasuk yang dilakukan bek kiri mereka, Doan Van Hau. Van Hau yang mencetuskan kemarahan penyokong Harimau Malaya menerusi insiden kad merah Azam Azmi sekali lagi menjadi tumpuan kerana dua insiden. Pertama, insiden terjahan […]

Piala AFF: Indonesia Ikat Vietnam Tanpa Jaringan

Vietnam bakal mengharap sokongan padu penyokong mereka dalam aksi kedua separuh akhir Piala AFF 2022. Ini selepas Pahlawan Bintang Emas diikat tanpa jaringan dengan Indonesia pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Gelora Bung Karno. Sebaik sepak mula, Indonesia yang mendapat sokongan penyokong setia mereka terus mengasak kubu pertahanan Vietnam. Tetapi Vietnam yang dibimbing Park […]

Park Hang-seo Berang Dengan Tindakan Indonesia

Perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 Indonesia-Vietnam dijangka panas esok. Ia bukan saja disebabkan isu keselamatan Stadium Gelora Bung Karno tetapi komen pedas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo terhadap tuan rumah yang mengubah waktu perlawanan esok. Sepatutnya, waktu perlawanan separuh akhir pertama ialah 8.30 malam. Tetapi Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengubah waktu perlawanan dari 8.30 […]

Pegawai Keselamatan FIFA Dikerah Kawal Aksi Indonesia & Vietnam

Susulan insiden bas pasukan Thailand diserang penyokong Indonesia pada akhir Disember 2022, Vietnam berharap perkara sama tidak berulang menjelang aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 esok. Hal ini dibangkitkan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Tran Quoc Tuan. Lantas, beliau meminta FIFA, AFC, AFF dan PSSI berusaha memastikan isu keselamatan menjadi keutamaan menjelang […]

Park Hang-seo Anggap Indonesia Lawan Yang Susah Buat Vietnam

Selepas tamat kempen Kumpulan B Piala AFF 2022 semalam, Vietnam dan Malaysia bakal bersemuka dengan Indonesia dan Thailand di peringkat separuh akhir. Bagi jurulatih Pahlawan Bintang Emas, Park Hang-seo, Tim Garuda merupakan lawan sukar yang perlu diatasi jika mahu mara ke final. Perlawanan separuh akhir timbal balik menyaksikan Vietnam bakal bertandang ke Stadium Gelora Bung […]

Piala AFF: Vietnam Tewaskan Myanmar

Aksi terakhir saingan Kumpulan B kejohanan Piala AFF 2022 hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Vietnam dan Myanmar. Skuad Vietnam di bawah kendalian Park Hang-seo tidak berdepan laluan sukar untuk menudukkan Myanmar. Vietnam berjaya atasi Myanmar dengan keputusan 3-0. Babak pertama perlawanan dihiasi dengan dua jaringan gol. Seawal minit kelapan permainan, pertahanan Myanmar, Zin Lwin […]

Ilhan Fandi Berisiko Terlepas Aksi Penting Berdepan Malaysia

Penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi berisiko terlepas aksi terakhir peringkat kumpulan B menentang Malaysia selepas mengalami kecederaan lutut ketika menentang Vietnam tempoh hari. Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura yang dikenali sebagai sebuah stadium yang menggunakan rumput tiruan. Memetik laporan The Straits Times, Ilhan Fandi telah dikeluarkan pada separuh masa pertama sewaktu menentang […]

Khidmat Dua Jurulatih Malaysia Ditagih Kelab Vietnam

Khidmat dua jurulatih kelahiran Malaysia dilaporkan akan mengembangkan karier di Liga Vietnam pada musim hadapan. Kepakaran yang dimiliki oleh beberapa orang barisan kejurulatihan daripada Malaysia ternyata dipandang tinggi oleh kelab di sana apabila menagih khidmat untjk memantapkan lagi pasukan Menerusi satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, khidmat jurulatih penjaga gol Harimau Malaya […]

Pemain Vietnam Tak Selesa Beraksi Di Padang Tiruan Singapura

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengakui berasa pelik bagaimana padang tiruan dibenarkan dalam saingan Piala AFF 2022 meskipun FIFA tidak mengalakkan untuk pemain beraksi di rumput tiruan. Memetik laporan VnExpress, ramai pemain Vietnam berasa tidak selesa ketika beraksi di padang tiruan kerana permukaan yang berbeza dan mudah untuk cedera. Walaubagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu […]

Piala AFF: Vietnam, Singapura Kongsi Satu Mata

Singapura gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Jalan Besar apabila diikat Vietnam 0-0 pada aksi keempat Kumpulan B Piala AFF 2022. Sebaik sepak mula, Vietnam menepati status sebagai pasukan pilihan dengan mengasak kubu pertahanan Singapura. Tetapi malangnya, minit-minit awal perlawanan menyaksikan mereka beberapa kali terkena perangkap ofsaid Singa Kallang. Vietnam hampir mendahului menerusi Pham Tuan […]

Piala AFF: Pesta Kad Merah Jejas Rentak Malaysia, Tewas Kepada Vietnam

Pertembungan antara dua Vietnam dan juga Malaysia bagi aksi ketiga kumpulan B berkesudahan dengan kemenangan milik Vietnam. Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik bagi memburu tiga mata dalam pertemuan penting ini. Beraksi di laman sendiri, anak didik Park Hang-seo membuka tirai jaringan menerusi penyerang berbisa, Nguyen Tien Linh. Namun begitu, mereka terpaksa membayar harga yang […]