Info Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam | Piala AFF 2022

Perlawanan ketiga kumpulan B menyaksikan Malaysia akan bertemu dengan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh. Anak didik Kim Pan-gon kini dalam momentum terbaik apabila mencatatkan kemenangan dua kali berturut-turut dalam kempen kali ini. Malaysia berpeluang untuk memperoleh tambahan 3.25 mata sekiranya mereka berjaya mencatat kemenangan ke atas Vietnam untuk menghampiri kedudukan ke-142 dunia. Kesebelasan Utama […]
Stadium Nasional Mỹ Đình Sedia Sepenuhnya Menjelang Aksi Vietnam & Malaysia

Stadium Nasional My Dinh kini sudah bersedia sepenuhnya bagi aksi penting antara pasukan Vietnam menentang Malaysia malam ini. Pertembungan dua pasukan pilihan ini bakal berlangsung dan semua mata sudah tentu mahu melihat perlawanan penting Kumpulan B ini. Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon mahu mencipta sesuatu kali ini selepas kali terakhir mencatat kemenangan pada tahun […]
Faisal Halim Buat Wartawan Vietnam Tergamam

Penyerang utama skuad negara, Faisal Halim tampak tidak tergugat dengan kekuatan Vietnam sebagai lawan untuk perlawanan ketiga Kumpulan B Piala AFF 2022. Malah, semasa menghadiri sidang media pra-perlawanan bersama jurulatih Kim Pan-gon hari ini, jawapan-jawapan pemain sayap baru Selangor itu dalam Bahasa Inggeris membuatkan wartawan Vietnam tergamam. Hal ini dapat dilihat apabila wartawan Vietnam diam […]
Bintang Vietnam, Nguyen Cong Phuong Sertai Yokohama

Nguyen Cong Phuong mengikut jejak langkah beberapa pemain Vietnam yang melebarkan sayap mereka ke liga Jepun. Ini selepas pemain tengah skuad Pahlawan Bintang Emas itu menerima tawaran kontrak tiga tahun kelab Liga Jepun 2, Yokohama FC. Pasukan yang diberi gelaran Fulie itu melihat kehadiran Cong Phuong dapat memantapkan pasukan menjelang saingan Liga Jepun 1 musim […]
Piala AFF: Vietnam Mudah Belasah Laos

Vietnam memulakan cabaran Kumpulan A Piala AFF 2022 dengan bergaya selepas berjaya mengatasi cabaran Laos di Stadium Nasional Laos hari ini. Sebaik sepak mula, Pahlawan Bintang Emas mula mengasak kubu pertahanan Laos. Ini mamaksa anak-anak buah Michael Weiss itu terpaksa bertahan menyerap asakan pasukan bimbingan Park Hang-seo itu. Bagaimanapun, gawang yang dikawal Keo-Oudone Souvannasangso itu […]
Quang Hai Sah Perkuat Vietnam Untuk Piala AFF

Pemain bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai dilaporkan sudah tiba di Hanoi untuk membantu perkuatkan pasukan Vietnam melalui kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang dijadualkan bermula 20 Disember depan. Quang Hai yang juga pemain kelab Pau FC di Liga Divisyen 2 Perancis dilaporkan sudah berlatih bersama jurulatih kecergasan peribadinya seperti yang disarankan Pau FC. Jadi […]
Vietnam Benam Borussia Dortmund

Pasukan ranking ke-96 dunia, Vietnam berjaya membenam kelab gergasi Eropah, Borussia Dortmund pada saat akhir dalam aksi perlawanan persahabatan yang berkesudahan dengan 2-1. Skuad kendalian Park Hang Seo dibolosi diawal minit ke-13 permainan menerusi penyerang Borussia Dortmund, D. Mallen yang berjaya menyempurnakan hantaran ‘cutback‘ daripada F. Passlack. Kemudiannya, Vietnam berjaya menyamakan kedudukan apabila gerakan ‘counter-attack‘ […]
Park Hang-seo Berang Dengan Kelab Di Vietnam

Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo meluahkan apa yang terbuku di hatinya selepas melihat kelab-kelab di Vietnam yang dilihat sukar untuk melepaskan pemain-pemain berhijrah ke luar negara seperti di Korea Selatan. Park yang akan tamat kontrak pada penghujung Januari 2023 itu berkata bahawa kelab-kelab di Vietnam menyukarkan pemain untuk mengembangkan sayap ke luar negara. Mengambil contoh Jepun […]
Vietnam Bakal Bertemu Borussia Dortmund

Sebagai persiapan menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Vietnam telah mengatur perlawanan persahabatan dengan gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Nasional My Dinh pada 30 November ini. Ia dianggap medan terbaik buat jurulatih Park Hang-seo untuk menguji taktik dan pemain baru yang menyertai pasukan kebangsaan Vietnam. Dortmund yang dibimbing Edin Terzic […]
Park Hang-seo Dilaporkan Bakal Tinggalkan Vietnam Dalam Masa Terdekat

Pengendali pasukan bola sepak Vietnam, Park Hang-seo kini sedang meniti hari-hari terakhir dalam kontrak yang dijangka akan berakhir Januari 2023. Walaupun Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) sudah cuba menawarkan kontrak baharu kepada pengendali dari Korea Selatan ini, namun kedua-dua pihak gagal memetrai tawaran lanjutan kontrak. Skrip berbeza di Korea Selatan apabila satu akaun twitter yang dikenali […]
Liga Vietnam Bakal Gunakan Sistem VAR Menjelang 2023

V-League yang dikenali sebagai Liga Utama Vietnam difahamkan bakal menggunakan sistem VAR (Video Assistant Referee) bagi musim 2023-2024. Memetik laporan TheThao247, persatuan bola sepak Vietnam (VFF) telah bekerjasama dengan gabungan bola sepak antarabangsa (FIFA) untuk memperkenalkan sistem VAR di Liga Utama Vietnam. Tujuan utama VFF adalah untuk mengurangi kesilapan dalam mengadili dan juga membantu pengadil […]
Park Hang-seo Mungkin Tinggalkan Vietnam

Masa depan Park Hang-seo sebagai jurulatih kebangsaan Vietnam terus menjadi tanda tanya, sama ada khidmat beliau akan dikekalkan atau sebaliknya. Kontrak Park Hang-seo bersama Federasi Sepak Bola Vietnam (VFF) akan berakhir pada bulan Januari 2023. Beliau ada menyatakan bahawa mungkin kejohanan AFF tahun ini akan menjadi tahun terakhirnya. Namun, jurulatih kelahiran Korea Selatan ini menyatakan […]
Media Vietnam Perlekeh Kekuatan Malaysia

Media daripada Vietnam, Bongda Plus dikatakan memperlekehkan kekuatan pasukan Malaysia menjelang pertemuan dalam kumpulan bagi saingan Piala AFF 2022 yang akan berlangsung hujung tahun ini. Menurut salah seorang pundit daripada Bongda Plus, Quang Huy jelas gembira apabila Vietnam berada dalam satu kumpulan bersama Malaysia dan beliau berpendapat bahawa taktikal Malaysia mudah dibaca oleh jurulatih Vietnam, […]
Piala AFF 2022: Alexandré Pölking Lebih Takut Vietnam Berbanding Indonesia

Menjelang Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang akan dilangsungkan pada Disember depan, sudah ada cerita-cerita mengenai peluang pasukan manakah yang berpeluang untuk menjuarai piala berprestij Asia Tenggara itu. Bagi jurulatih Thailand, Alexandre Polking, mengakui bahawa Indonesia merupakan sebuah pasukan yang merbahaya namun tetap memilih Vietnam sebagai saingan utama dalam merebut piala itu nanti. “Pasukan Indonesia […]
Thanh Nien U19: Malaysia Muncul Naib Juara Tewas Kepada Vietnam

Skuad bawah 19 tahun kebangsaan gagal merangkul Piala Thanh Nien selepas ditewaskan tuan rumah, Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti. Vietnam bermula dengan garang apabila menguasai bola dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek dan mereka tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila Nguyen Van Tu meledak seawal minit ke-11 perlawanan melalui tandukan yang mengelirukan penjaga gol […]
AFF U19: Vietnam Tewaskan Thailand Untuk Raih Tempat Ketiga

Perlawanan penentuan tempat ketiga Piala AFF Bawah 19 ini menemukan Thailand dan Vietnam. Perlawanan ini dimenangi oleh Vietnam selepas menewaskan Thailand 5-3 melalui sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi sebentar tadi. Gol Thailand dijaringkan oleh Sittha Boonlha manakala gol Vietnam dijaringkan oleh Nguyen Quoc Viet. Perlawanan […]