Papé Diakité Sertai Kelab Vietnam, Berguru Dengan Lagenda Thailand

Bekas pertahanan kebal Terengganu FC, Papé Diakité pulang semula beraksi di Vietnam apabia melengkapkan perpindahan ke kelab Liga 1 iaitu Hoang Anh Gia Lai FC. Pertahanan berusia 30 tahun itu merupakan tonggak utama di bawah kendalian Nafuzi Zain namun tidak mendapat tawaran kontrak baharu dari kelab. Beliau akhirnya memilih untuk membawa haluan baharu apabila memilih […]
Piala AFF: Thailand Muncul Juara Tewaskan Vietnam

Thailand mengesahkan kejuaraan Piala AFF 2022 selepas berjaya menewaskan Vietnam 1-0 (agregat 3-2) dalam aksi ke-2 perlawanan akhir di Stadium Thammasat, Bangkok. Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. Pada minit ke-24, Theeraton Bunmathan memecah kebuntuan jaringan apabila rembatan deras daripada luar kotak berjaya menewaskan penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam. […]
Vietnam Mengadu Kepada AFF, Mahu Jurulatih Thailand Dihukum

Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF) telah menghantar aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Asean (AFF) berikutan tindakan yang dianggap kurang baik daripada penolong jurulatih Thailand, Wasapol Kaewpaluk ketika final pertama Jumaat lalu. Kejadian ini berlaku apabila jurulatih dan pemain duduk, Kaewpaluk dikesan berdiri di tengah-tengah bilik, berjalan ke sana ke mari dengan pandangan provokatif kepada media Vietnam. […]
Info Siaran Langsung Thailand vs Vietnam | Piala AFF 2022

Aksi yang melibatkan pertembungan bekas juara Piala AFF 2020, Thailand yang bakal melayan kunjungan Vietnam di Stadium Thammasat malam ini. Anak didik Mano Polking membawa bekalan selesa dari Vietnam apabila berjaya mempamerkan corak sebenar untuk seri 2-2 tempoh hari. Skuad gajah Perang sudah tentu mahu mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu apabila tampil dengan […]
Park Hang-seo Mahu Halang Theerathon

Menjelang aksi final kedua Piala AFF 2022 Thailand-Vietnam malam ini, jurulatih Vietnam, Park Hang-seo melihat kapten skuad Gajah Perang, Theerathon Bunmathan sebagai ancaman besar kepada pasukannya. Kerisauan jurulatih berasal dari Korea Selatan itu ada asasnya. Ini kerana dari segi bantuan gol kejohanan, Theerathon mendahului dengan enam bantuan gol. Selain itu, bekas bek kiri Yokohama F. […]
Bolos Dua Gol, Vietnam Buang Malang Van Lam

Menjelang perlawanan akhir kedua Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di antara Thailand dan Vietnam pada Isnin, pasukan Vietnam melakukan sesuatu yang agak ritual buat penjaga gol mereka, Dang Van Lam. Van Lam akan mendapat jersi baharu dan tidak lagi berwarna kuning. Jersi baru yang digunakan Van Lam nanti adalah warna yang baharu yang tidak pernah […]
Park Hang-seo Mengamuk Depan Muka Mano Polking

Final pusingan pertama Piala AFF 2022 Vietnam-Thailand berakhir dengan keputusan seri 2-2. Tetapi perlawanan semalam penuh dengan insiden termasuk tindakan jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengamuk terhadap pengadil Korea Selatan, Ko Hyung-jin selepas tamat perlawanan. Selepas tamat perlawanan, Hang-seo dan jurulatih Thailand, Mano Polking bersalaman sebelum kemudiannya menuju ke arah pengadil perlawanan. Bekas jurulatih Jeonnam Dragons […]
Pengadil Terlepas Pandang Tindakan Pemain Vietnam Tumbuk Theerathon Bunmattan

Pertembungan antara pasukan Vietnam dan juga Thailand berlangsung sengit sebelum kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2. Terdapat beberapa insiden yang berjaya mencuri perhatian dalam aksi sengit ini termasuklah beberapa keputusan kontroversi yang terlepas daripada pandangan pengadil perlawanan. Ketika aksi babak pertama berlangsung, anak didik Mano Polking memperoleh peluang terbaik menerusi sepakan percuma. Namun begitu, terdapat […]
Piala AFF: Park Hang-seo Terduduk, Thailand Ikat Vietnam Di Hanoi

Perlawanan pertama pusingan akhir Piala AFF Mitshibushi Electric 2022 menyaksikan Thailand berjaya mengikat Vietnam dengan keputusan 2-2 di Stadium My Dinh, Hanoi. Seawal 14 minit pertama, skuad Gajah Perang hampir menjaringkan gol pertama menerusi penyerang berbisa, Adisak Kraisorn yang melakukan rembatan terus ke arah pintu gol. Namun, penjaga gol Vietnam lebih bersedia. Vietnam berjaya memecah […]
Info Siaran Langsung Vietnam vs Thailand | Piala AFF 2022

Pertembungan antara pasukan Vietnam vs Thailand pada pentas akhir di Stadium Tamassat malam ini bakal menentukan siapa yang berkelebihan menjelang sepak mula final kedua kelak. Anak didik Mano Polking turun ke tempat lawan dalam momentum terbaik berbekalkan kemenangan yang diraih ke atas Malaysia dengan agregat 3-1. Vietnam sudah tentu ingin menebus kehampaan edisi lalu apabila […]
Park Hang-seo Mahu Balas Dendam Kepada Thailand

Final Piala AFF 2022 yang bermula malam ini bukan sekadar peluang Vietnam menjulang piala berprestij itu buat kali pertama sejak edisi 2018. Tetapi ia juga peluang buat jurulatih mereka, Park Hang-seo membalas dendam kekalahan pada Thailand dalam separuh akhir Piala AFF 2020. Dalam perlawanan tersebut, skuad Gajah Perang yang dibimbing Mano Polking menang 2-0 ke […]
Mano Polking Anggap Padang Vietnam Tak Seburuk Yang Disangka

Ketua Jurulatih Thailand, Mano Polking menganggap padang Vietnam tidak seburuk yang disangka oleh ramai orang. Sebelum ini, terdapat segelintir pemain dan penyokong yang mengkritik stadium Vietnam dengan kualiti buruk serta mampu menganggu permainan. Stadium My Dinh, Vietnam menggunakan rumput spesis Bermuda ianya murah dan cepat tumbuh serta tahan panas dan kemarau. Namun, kekurangannya adalah warna […]
Park Hang-seo Minta Bantuan Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mendedahkan bahawa beliau ada berhubung dengan jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menjelang pertemuan menentang Thailand esok. Beliau percaya Pan-gon mempunyai pengalaman luas bertemu pasukan Thailand. Bagi aksi separuh akhir yang lalu, Harimau Malaya tewas kepada Thailand dengan agregat 1-3. Harimau Malaya menang tipis (1-0) ketika di Stadium Bukit Jalil dan tewas […]
Bekas Jurulatih Chelsea Puji Impak Park Hang-seo Di Vietnam

Kejayaan Vietnam mara ke final Piala AFF 2022 sejak final edisi 2018 merupakan sesuatu yang membanggakan. Dan menariknya, kejayaan anak-anak buah Park Hang-seo itu turut mendapat pujian bekas pengurus Chelsea dan PSV Eindhoven, Guus Hiddink. Hiddink bukanlah orang asing di mata Hang-seo. Ini kerana dia merupakan penolong kepada pengurus legenda Belanda itu semasa melatih skuad […]
Jurulatih Chonburi Anggap Piala AFF Kali Ini Paling Teruk

Kemeriahan Piala AFF 2022 sedikit tercalar akibat mutu pengadilan yang lemah dalam beberapa perlawanan. Dan ini mendorong jurulatih Chonburi, Sasom Pobprasert melabel kejohanan kali ini sebagai yang paling teruk pernah disaksikan. Mutu pengadilan yang lemah dan tiada akses kepada Penolong Pengadil Video (VAR) dilihat menyumbang kepada beberapa keputusan pengadil yang tidak masuk akal. Ini termasuk […]
Piala AFF: Vietnam Mara Ke Final Tewaskan Indonesia

Vietnam memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila menundukkan Indonesia dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. Keadaan padang yang teruk tidak menghalang skuad Naga Emas mendahului Tim Garuda seawal minit kedua menerusi Nguyen Tien Linh. Satu hantaran jauh kepada penyerang Becamex Binh Duong itu berjaya dikawal dalam […]