Tomislav Steinbruckner Kecewa Dengan Kelesuan Penyudah Terengganu

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui kecewa dengan kualiti penyudah yang dipamerkan anak-anak buahnya semasa menentang Stallion Laguna petang tadi. Aksi ketiga Kumpulan G Piala AFC itu menyaksikan Terengganu dibolosi dua kali pada babak pertama sebelum Sony Norde merapatkan jurang pada minit ke-47. Penyerang gantian dari Thailand, Adisak Kraisorn memastikan skuad Peteh meraih keputusan seri […]

Tomislav Steinbruckner: Stallion Laguna Bukan Lawan Mudah

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak memandang rendah keupayaan kelab Filipina, Stallion Laguna. Dalam dua perlawanan Kumpulan G Piala AFC, The Stallions sudah tewas dua kali berturut-turut. Selepas tewas 5-2 kepada Bali United, mereka kemudiannya dibelasah 9-1 oleh juara A-League musim 2022-2023, Central Coast Mariners. Biarpun tewas dengan jumlah jaringan yang […]

Tomislav Steinbruckner Puas Hati Dengan Barisan Serangan Terengganu

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berpuas hati dengan prestasi jentera serangan pasukan itu dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia semalam. Aksi pertama separuh akhir menyaksikan Terengganu mengatasi cabaran KL City FC 2-1 di Stadium Cheras. Skuad Peteh mempunyai bekalan dua gol menerusi Ivan Mamut dan Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim. Sementara The City Boys […]

Tomislav Steinbruckner Dapat Jawapan ‘Bocor’ Tentang Kekuatan Bali United

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner telah mengenalpasti beberapa kekuatan utama pasukan Bali United. Menjelang aksi Piala AFC Terengganu berdepan Bali United hari ini, Tomislav jelaskan barisan kejurulatihannya telah melakukan persiapan rapi untuk aksi kedua di pentas Piala AFC. Bercakap kepada wartawan MakanBola Malaysia, Faris Zukeiman ketika sesi sidang media, Tomislav sempat menyentuh tentang beberapa kekuatan […]

“Saya Tidak Terlalu Kecewa Tewas Begini” – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengaku tidak terlalu kecewa biarpun anak-anak buahnya dibelasah Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super semalam. Ini kerana daripada lima pertukaran yang dibuat dalam kesebelasan utama semalam, tiga daripadanya ialah pemain-pemain muda. Mereka ialah Rahadiazli Rahalim, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Syahmi Zamri. Bagi Steinbruckner, mereka sudah memberi yang terbaik dalam […]

Terengganu Mahu Kekalkan Rekod Tanpa Kalah

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berharap rekod tanpa kalah pasukannya dapat dikekalkan menjelang aksi Piala AFC menentang Central Coast Mariners esok. Sejak tewas 3-1 kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam Liga Super pada 9 Jun lalu, Terengganu belum tewas dalam 11 perlawanan Liga Malaysia (Liga M). Dalam tempoh tersebut, skuad Penyu menjaringkan 28 […]

Terengganu Bakal Tampil Kesebelasan ‘Baharu’ Lawan Selangor?

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner bakal membuat perubahan kepada kesebelasan utama menjelang aksi suku akhir pertama Piala Malaysia esok. Ini kerana beliau perlu mengambil kira perlawanan pertama Piala AFC Kumpulan G yang berlangsung pada 19 September ini. Pada hari itu, skuad Peteh bakal melayan kunjungan kelab A-League, Central Coast Mariners. Justeru, Steinbruckner mahu memastikan anak-anak […]

Tomislav Steinbrucker Angkat Engku Shakir Selaku Permata Baharu Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrucker mengangkat pemain sayap lincah, Engku Nur Shakir selaku permata baharu skuad Penyu musim ini.  Baru-baru ini, pemain muda berusia 24 tahun itu dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan Liga Super PFA Malaysia bagi edisi bulan Ogos 2023. Jurulatih kelahiran Croatia itu mengakui prestasi yang ditampilkan oleh Engku Shakir musim ini […]

Tomislav Steinbruckner: Masa Depan Pemain Muda Terengganu Cerah

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner yakin dengan masa depan para pemain muda Terengganu berdasarkan prestasi semasa yang ditonjolkan mereka ketika ini. “Saya boleh katakan dalam pasukan Terengganu FC ini, makin ramai pemain muda yang bakal menonjol selepas ini. Sebagai contoh, anda boleh lihat kualiti yang ada pada Safwan Mazlan, Ubaidullah Shamsul dan beberapa pemain lagi. […]

Terengganu Mahu Rombak Pasukan Bertemu KL Rovers

Gergasi pantai timur, Terengganu FC bakal merombak kesebelasan utama pasukan berdepan KL Rovers bagi aksi timbal balik pusingan 16 saingan Piala Malaysia pada Jumaat ini. Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mahu menurunkan pemain yang kurang minit permainan bagi memberi peluang buat para pemain untuk menyinar dan menonjolkan kemampuan masing-masing. Terengganu kini memiliki bekalan selesa apabila […]

Tomislav Steinbruckner Risaukan Keadaan Azam Azmi

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui bimbang dengan tahap kecergasan bek kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad. Selepas tiga minggu berehat akibat kecederaan, Azam kembali membarisi kesebelasan utama Terengganu FC menentang KL Rovers dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2023 semalam. Selain membantu skuad Penyu meraih kemenangan 4-0 ke atas Rovers, bek […]

Tomislav Steinbrückner Temui Seorang Lagi Permata Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrückner memuji kualiti yang dimiliki oleh seorang pemain muda Terengganu yang tampil cemerlang berdepan PDRM semalam. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ itu menyaksikan skuad Peteh diikat oleh PDRM dengan keputusan 0-0. Sungguhpun terdapat kekecewaan apabila gagal membawa pulang 3 mata, pengendali berusia 56 tahun itu tetap menggariskan beberapa perkara […]

Tomislav Steinbrückner ‘Pening’ Dengan Karenah Ivan Mamut

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrückner gusar dengan tingkah laku yang ditonjolkan oleh penyerang sensasinya, Ivan Mamut. Pemain kelahiran Croatia itu sekali lagi terlibat dengan insiden yang kurang dimiinatboleh Tomislav tatkala salah faham antara pemain KL City dan Terengganu menyebabkan aksi menjadi panas. Menerusi satu kenyataan, pengedali berusia 56 tahun memberitahu bahawa beliau tidak gemar […]

Bintang Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov Jadi Buruan Terengganu

Dengan tetingkap perpindahan kedua akan dibuka beberapa hari saja lagi, Terengganu FC sudah mula memburu pemain import baru. Antara awang import yang menjadi idaman skuad Peteh ialah Nurillo Tukhtasinov. Perkara ini disahkan sendiri oleh jurulatih skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner. Steinbruckner melihat awang import dari Uzbekistan itu mampu menambah kreativiti sebagai pemain tengah menyerang. “Kita sedang […]

Terengganu Hukum Jordan Mintah

Susulan kekalahan Terengganu FC di tangan KL City FC dalam aksi separuh akhir Piala FA baru-baru ini, skuad Peteh berharap dapat bangkit semula menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 3 Julai ini. Tetapi satu nama dijangka tersisih iaitu penyerang Jordan Mintah. Hal ini didedahkan sendiri oleh jurulatih Peteh, Tomislav Steinbruckner. Mintah yang juga penjaring […]

Tomislav Steinbruckner Beri Bayangan Tamatkan Kontrak Liridon Krasniqi

Susulan prestasi kurang memberangsangkan beberapa pemain termasuk pemain import, Terengganu FC bersedia menamatkan kontrak pemain-pemain ini. Antara nama yang berpotensi berdepan tindakan ini ialah pemain tengah naturalisasi, Liridon Krasniqi. Sejak tiba di Terengganu FC musim ini menerusi perpindahan pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Liridon dilihat gagal mempamerkan aksi konsisten di atas padang. Ini […]