Latihan Hari Pertama Terengganu Dibanjiri Penyokong

Meskipun Liga Super musim 2024-2025 hanya bermula pada Mei ini, penyokong Terengganu FC dilihat teruja memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka itu. Ini dapat dilihat pada hari pertama pasukan Peteh kembali menjalani latihan pada Khamis lepas di bawah pemantauan staf kejurulatihan diketuai ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner. Ramai penyokong tidak mahu melepaskan peluang melihat beberapa pemain […]
Habib Haroon Ke Kedah, Manuel Ott Sertai Terengganu?

Terengganu dikhabarkan akan menggantikan pemain tengah utama mereka untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan. Fadhirul Shuhaimi mengesahkan pemain tengah dan kapten Terengganu, Habib Haroon tidak akan bersama Terengganu lagi untuk musim hadapan. Habib Haroon dijangka bakal bergabung kembali dengan bekas jurulatihnya di Terengganu pada tahun lalu iaitu Nafuzi Zain yang kini merupakan pengendali pasukan Kedah Darul […]
Tomislav Steinbruckner Janji Terengganu Akan Lebih Kuat Musim Hadapan

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner berpuas hati dengan pencapaian Terengganu untuk musim ini. “Kami menamatkan musim Liga Super ditangga ke-6 liga, ini bukan apa yang kami mahu namun kami bermain hingga separuh akhir Piala FA, akhir Piala Malaysia dan menamatkan saingan kumpulan Piala AFC tanpa rekod kalah.” “Secara keseluruhan ini musim yang bagus walaupun tidak […]
Tomislav Steinbruckner Dedah Punca Turunkan Penjaga Gol Ketiga Berbanding Rahadiazli

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberi sebab beliau menurunkan penjaga gol ketiga, Syed Nasrulhaq berbanding Rahadiazli dalam aksi terakhir kumpulan G Piala AFC pada Rabu. Beliau yang ditemui pada sidang media selepas perlawanan berkata Rahadiazli tidak dipilih kerana kecederaan ringan yang dialami beliau di bahagian lututnya dan beberapa kesilapan yang dilakukan beliau pada aksi-aksi sebelum […]
Tomislav Steinbruckner: Bola Sepak Malaysia Bukan Hanya JDT & Selangor

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner menggesa anak buahnya untuk menampilkan aksi terbaik berdepan Bali United pada esok. Terengganu bakal berdepan Bali United dalam aksi Kumpulan G di pentas Piala AFC 2023. Pada sesi sidang media pra-perlawanan, Tomislav mahu para pemain Terengganu bermain semaksimum mungkin dan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri. “Kita harus lihat kepada […]
“Kita Harus Fokus Kepada Diri Kita” – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mahu anak-anak buahnya tidak terlalu memikirkan keputusan perlawanan Central Coast Mariners dengan Stallion Laguna. Dengan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan satu mata, mereka perlu meraih kemenangan dalam aksi terakhir Kumpulan G esok jika mahu layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. Mengikut Footy Rankings, Terengganu bukan saja perlu berharap CCM […]
Terengganu Risik Khidmat Nafuzi Zain Semula

Dengan Liga Super bakal berakhir pada minggu hadapan, Terengganu FC dikatakan sudah mula membuat perancangan untuk musim 2024-2025. Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan khabar angin bahawa skuad Peteh cuba merisik khidmat jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain. Namanya bukan asing dalam kalangan penyokong Terengganu kerana pernah membimbing skuad Penyu dari […]
Tomislav Steinbruckner: VAR Perlu Ada Untuk Aksi Sebesar Ini

Kekalahan yang menimpa Terengganu FC di pentas akhir Piala Malaysia 2023 sebentar tadi membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kejuaraan tersebut untuk tahun kedua berturut-turut. Bagi Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, beliau menganggap Video Bantuan Pengadil (VAR) sangat diperlukan dalam perlawanan akhir seperti ini. Ini kerana tiga sepakan penalti telah diberikan. Malah Tomislav juga berpendapat ada […]
Tomislav Steinbruckner: Rahadiazli Perlu Cari Kelab Lain

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberitahu bahawa penjaga gol utama pasukannya ialah Suhaimi Husin sambil berharap agar Rahadiazli mencari tempat baharu untuk menjadi penjaga gol utama pasukan. Dalam satu kenyataan pra perlawanan sebentar tadi, pengendali kelahiran Croatia itu memberitahu bahawa beliau sudah membuat keputusan mengenai penjaga gol yang bakal diturunkannya. Beliau sedar banyak pihak […]
“Terengganu Akan Lakukan Segalanya Untuk Julang Piala Malaysia” – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berharap dapat merealisasikan impian pasukan itu menjulang trofi Piala Malaysia 2023 esok. Kali terakhir skuad Penyu menggondol trofi berprestij itu ialah pada tahun 2001. Pada ketika itu, Terengganu mendapat sentuhan pengendali Imigresen FC, Mat Zan Mat Aris. Skuad Penyu meraih kemenangan 2-1 ke atas Perak FC pada aksi final Piala […]
Terengganu Bakal Manfaatkan Tenaga Ubi Muda

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner bakal memanfaatkan barisan pemain Terengganu FC II untuk perlawanan menentang Penang FC malam ini. Keputusan ini dibuat bukan saja dengan mengambil kira masalah kecederaan yang membelenggu skuad Penyu sejak kebelakangan ini. Malah, Steinbruckner juga memikirkan kesan tempoh perjalanan 30 jam dari Sydney ke Georgetown ke atas anak-anak buahnya. Ini susulan […]
Tomislav Steinbruckner Sasar ‘Rampas’ Mata Di Gelanggang Lawan

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner percaya anak-anak buahnya mampu merampas mata daripada lawan mereka, Central Coast Mariners esok. Pertembungan dua pasukan ini dalam aksi kelima Kumpulan G ini dianggap menarik kerana kedua-dua pasukan menghuni kedudukan dua teratas kumpulan. Selain itu, The Mariners mahu membalas dendam selepas tewas tipis 1-0 di tangan skuad Peteh dalam aksi […]
Jurulatih Terengganu Gusar Pertahanan Utama ‘Hilang’

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui kehilangan beberapa pertahanan utama telah merencatkan aksi Terengganu berdepan Sabah. Namun jurulatih itu tetap mengucapkan tahniah kepada Sabah atas kemenangan di Gong Badak walaupun kecewa pasukannya tewas. “Tahniah kepada Sabah, mereka telah musnahkan kita (Terengganu FC). Dalam mana-mana segmen bola sepak, dari minit pertama hinggalah rehat separuh masa, mereka […]
Tomislav Steinbruckner Anggap Hujan Ganggu Persiapan Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberitahu bahawa beliau sudah meramalkan pasukannya akan berdepan Sabah sungguhpun beraksi di laman sendiri. Pertembungan dua Malaysia di Asia itu dikejutkan dengan aksi yang cukup mencabar buat tuan rumah apabila The Rhinos tampil garang untuk meledak tiga gol pada babak pertama. Pasukan pelawat kelihatan cukup bersedia untuk memafaatkan keadaan […]
Tomislav Steinbruckner Puji Aura Penyokong Terengganu

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner gembira dengan aksi anak buahnya menewaskan KL City untuk mara ke pentas akhir dihadapan ribuan penyokong Terengganu. Tomislav Steinbruckner menyifatkan pertembungan dengan pasukan KL City adalah perlawanan yang sukar namun Terengganu berjaya mengatasi perkara itu. “Kami menang 2-1 untuk aksi pertama separuh akhir dan sekali lagi kami menang 2-1 namun KL […]
Tomislav Steinbruckner: Kita Mahu Menang Bersama Sebagai Satu Pasukan

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berpandangan sekiranya mereka mengalahkan KL City FC malam ini, mereka melakukannya sebagai satu pasukan. Sebelum ini, ramai percaya kemenangan skuad Peteh disumbang oleh pemain-pemain individu seperti Sony Norde, Habib Haroon, Ivan Mamut dan penjaga gol Suhaimi Husin. Bagaimanapun, Steinbruckner melihat kejayaan yang diraih baik dalam Liga Malaysia (Liga M) mahupun […]