Jordan Mintah Jawab Tuduhan Tomislav Steinbrückner

Penyerang import Terengganu FC, Jordan Mintah menafikan kenyataan yang dilemparkan oleh ketua jurulatih pasukan, Tomislav Steinbrückner susulan kekalahan kepada KL City semalam. Aksi separuh akhir itu menyaksikan Terengganu beraksi di halaman sendiri gagal memanfaatkan peluang untuk mencatat kemenangan. Skuad Peteh ditunjukkan jalan keluar apabila tewas menerusi sepakan penalti setelah perlawanan terikat 0-0 sepanjang 120 minit […]

Pemain Terengganu Takut Ambil Sepakan Penalti?

Semalam, KL City FC berjaya layak ke final Piala FA 2023 selepas menewaskan Terengganu FC menerusi penentuan sepakan penalti. Tetapi apa yang mengecewakan jurulatih Peteh, Tomislav Steinbruckner ialah keengganan sesetengah pemain tampil menyempurnakan penalti untuk pasukan. Jurulatih Croatia itu tidak mengerti mengapa pemain-pemain ini enggan mengambil sepakan penalti untuk satu detik yang boleh saja membawa […]

Nor Hakim Hassan Sertai Terengganu

Selepas meninggalkan Selangor secara persetujuan bersama beberapa hari lepas, ramai ingin tahu destinasi Nor Hakim Hassan seterusnya. Hari ini, Terengganu secara rasmi memperkenalkan pemain sayap berusia 31 tahun itu sebagai pemain baru mereka. Pengumuman perpindahan Nor Hakim ke skuad Peteh diumumkan dalam laman media sosial rasmi pasukan itu. Kehadiran Nor Hakim dijangka menambah pilihan jurulatih […]

Formula Ampuh Tomislav Steinbrückner Mampu Ubah Nasibnya Di Terengganu?

Percaturan yang membuahkan hasil oleh jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbrückner ketika membawa pasukannya untuk mengikat Sabah semalam bakal mengubah ceritanya di Terengganu. Pasukan pelawat dikejutkan dengan dua jaringan oleh The Rhinos yang seakan telah menutup ruang buat Terengganu memperoleh mata pada perlawanan ini. Namun begitu, dua sepakan percuma oleh Sony Norde telah memastikan pasukannya berjaya mencuri […]

Terengganu Nafi Mahu Singkirkan Steinbruckner

Kedudukan Tomislav Steinbruckner sebagai jurulatih Terengganu kembali terumbang-ambing selepas tewas dalam dua perlawanan terakhir termasuk 2-1 di tangan Sri Pahang. Di sebalik ura-ura Peteh bakal menggantikan jurulatih Croatia itu, ia dinafikan sekeras-kerasnya kelab dalam satu kenyataan hari ini. Pengurusan Penyu ingin mengingatkan sebarang usaha melantik jurulatih baru perlu dibuat dengan teliti dan tidak secara terburu-buru. […]

Aidil Shahrin Bakal Ganti Posisi Tomislav Steinbruckner Di Terengganu?

Bekas pengendali Kedah Darul Aman, Aidil Shahrin Sahak dijangka bakal kembali ke Liga Malaysia apabila beliau kini dikaitkan dengan dua pasukan Liga Super. Dalam satu ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di laman Twitter miliknya hari ini, Zulhelmi menjelaskan bahawa Terengganu dan Kelantan United merupakan dua pasukan yang dikaitkan dengan Aidil. Selain itu, pengendali […]

Tomislav Steinbruckner: Pemain Terengganu Fikir Raya Awal

Kekalahan besar 5-1 Terengganu di tangan pasukan Selangor sememangnya mengecewakan jurulatih mereka, Tomislav Steinbruckner. Dan jurulatih Croatia itu percaya kesilapan-kesilapan individu yang dibuat anak-anak buahnya semalam disebabkan mereka memikirkan sambutan Hari Raya Aidilfitri terlebih dahulu. Pandangan tersebut dilemparkan kerana beliau merasakan anak-anak buahnya hilang fokus dan gagal bersaing dengan pemain-pemain tuan rumah. Disebabkan perkara yang […]

Jalan Berbeza Hairuddin Omar & Tomislav Steinbrückner Di Terengganu

Terengganu FC

Impak yang dibawa oleh pengendali muda Terengganu II, Hairuddin Omar semakin mendapat perhatian apabila pasukannya mempamerkan prestasi yang cukup memberangsangkan. Kemampuan untuk individu yang lebih mesra dikenali sebagai Hai-O ini merupakan cerita yang berbeza dengan seorang lagi pengendali Terengganu, Tomislav Steinbrückner. Pengendali berusia 43 tahun itu cemerlang menggalas tanggungjawab untuk memacu cabaran skuad muda Peteh […]

Tomislav Steinbruckner Masih Tiada Jawapan Mengenai Pengganti Kulmatov

Menjelang aksi ‘derby’ Pantai Timur membabitkan Terengganu dan Kelantan esok, dari satu segi ramai penyokong Peteh melihat ini sebagai peluang meraih tiga mata penuh. Tetapi tanpa beberapa tonggak utama, anak-anak buah Tomislav Steinbruckner berdepan tugas sukar meraih kemenangan. Dua tonggak utama Peteh iaitu Jordan Mintah dan Sony Norde dilaporkan masih mengalami kecederaan. Manakala bek tengah […]

Steinbruckner Sudah Berjaya Kesan Punca Aksi Lemau Terengganu

Terengganu sehingga kini belum dapat menepati ekspetasi sebagai pencabar kejuaraan dan tidak begitu menyengat sepertimana musim-musim sebelumnya. Lima perlawanan dilalui, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner ini hanya mencatat satu kemenangan dan sudahpun mengalami tiga kekalahan. Ia juga menjadi punca Steinbruckner diberi surat tunjuk sebab oleh pihak pengurusan, dan jurulatih dari Croatia itu percaya tempoh rehat lebih […]

Jurulatih Terengganu Dikenakan Surat Tunjuk Sebab

Dengan prestasi terumbang-ambing Terengganu dalam Liga Super ketika ini, kedudukan jurulatih mereka, Tomislav Steinbruckner kini tidak menentu. Walaupun musim liga baru saja bermula, pengurusan skuad Peteh bakal menghantar surat tunjuk sebab kepadanya. Di sebalik tindakan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu, Ab Rasid Jusoh menegaskan kedudukan jurulatih Croatia itu masih selamat. Malah, tindakan mengeluarkan surat […]

Jurulatih Terengganu Beri Bayangan Bakal Gantikan Adisak & Ivan Mamut

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrückner memberi bayangan akan menyisihkan dua penyerang import mereka, Adisak Kraisorn dan juga Ivan Mamut. Kedua-dua pemain ini merupakan penyerang baharu yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kali ini bagi menggantikan peranan Kpah Sherman dan juga Tchetche Kipre yang berhijrah ke pasukan lain. Terengganu yang beraksi di pentas Asia musim […]

Tomislav Steinbruckner Puas Hati Dengan Usaha Pemain Terengganu

Keputusan seri 0-0 dengan KL City bukanlah keputusan yang memuaskan untuk jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner. Tetapi pada masa sama, usaha keras para pemain menunjukkan masih ada sinar positif yang dapat membantu Peteh mengharungi musim ini. Perlawanan Terengganu-KL City menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi memburu gol tetapi penyudah tumpul mengecewakan penyokong skuad Penyu yang berada […]

Tomislav Steinbruckner Siapkan Pelan Rapi Berdepan Trio Serangan KL City

Dengan Terengganu kini menduduki tangga ke-13 Liga Super, tekanan mula dirasai pengendali skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner. Dengan perlawanan menentang KL City merupakan misi wajib menang, beliau perlu menggarap pelan bagi merantai trio penyerang berbisa City Boys sekiranya mahu menang. Terengganu tewas dalam dua perlawanan awal Liga Super. Mereka tewas 2-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) […]

‘Adisak Tak Membantu Rakan Sepasukannya’ – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner kurang berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh penyerang baharunya, Adisak Kraisorn. Beliau melihat Adisak tidak membantu rakan sepasukannya sekaligus menyebabkan pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah mendominasi permainan. Oleh sebab itu, penyerang Thailand itu dikeluarkan pada separuh masa kedua dan menggantikan dengan pemain muda, Syafik Ismail. “Pada separuh masa […]

Steinbruckner Jadikan Odense Medan Pilih Kesebelasan Utama Terengganu

Ketika ini, skuad Terengganu sedang menjalani program pra-musim di Thailand. Tetapi perlawanan persahabatan menentang Odense BK pada 12 Februari ini menjadi fokus Tomislav Steinbruckner kerana itu bakal menentukan kesebelasan utama skuad Penyu musim ini. Selepas melalui beberapa perlawanan persahabatan termasuk menentang KL City dan Negeri Sembilan, skuad Peteh sukar dibolosi lawan. Tetapi ketumpulan barisan serangan […]