Rahadiazli Rahalim Perlu Pertimbang Semula Cadangan Jurulatih?

Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim mungkin perlu mempertimbangkan semula cadangan ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbrucker yang disuarakan pada penghujung musim lalu. Rahadiazli pernah dicadangkan oleh Steinbruckner untuk berhijrah ke pasukan lain memandangkan saingan sengit di posisi penjaga gol. “Untuk masa depannya, Abe (Rahadiazli) perlu ke kelab lain untuk menjadi penjaga gol nombor satu kerana […]

Impak Safawi Rasid Gembirakan Tomislav Steinbruckner

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner gembira dengan impak yang ditunjukkan kapten pasukan itu, Safawi Rasid. Aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024 menyaksikan skuad Penyu berdepan cabaran Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 14 Julai lalu. Safawi menceriakan 31,689 orang penyokong di SSMZA dengan meledakkan sepakan percuma yang menembusi gawang Merah […]

Tomislav Steinbruckner Beri Bayangan Kesebelasan Utama Terengganu

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner memberi gambaran awal mengenai kesebelasan utama yang bakal diturunkan dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Selangor pada Jumaat. Sang Penyu menanti kunjungan Selangor di Gong Badak dengan misi bagi membawa bekalan selesa ke Kelana Jaya setelah cemerlang menewaskan Sabah dengan agregat 7-0 sebelum ini. Menurut Steinbruckner, beliau tidak menolak […]

Piala FA: Terengganu Mara Ke Separuh Akhir Dengan Agregat 7-0 Ke Atas Sabah

Terengganu mempamerkan kemenangan bergaya ke atas Sabah dalam perlawanan kedua suku akhir Piala FA untuk mara ke pusingan separuh akhir. Sang Penyu menang selesa 4-0 di laman sendiri kepada Sabah sebelum ini sekaligus memberikan kelebihan buat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner. Tomislav Steinbruckner mempertaruhkan gandingan trio serangan yang dibarisi oleh Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Ismaheel […]

Terengganu Nafi Berita Tomislav Steinbruckner Meninggal Dunia

Kelab Liga Super, Terengganu FC menafikan sekeras-kerasnya berita mengenai pemergian Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner. Baru-baru ini, satu berita telah tersebar mengenai khabar angin mengenai pengendali kelahiran Croatia itu yang dikatakan terlibat dalam sebuah kemalangan. Terdapat gambar dan hantaran yang dimuat naik di laman sosial ini sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi. Menerusi satu kenyataan oleh Pengarah Sukan […]

Tomislav Steinbruckner Ramal Nasib Sukar Terengganu Lawan Sabah

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner menjangkakan cabaran sukar daripada Sabah FC menjelang aksi pertama suku akhir Piala FA 2024 pada 28 Jun. Penilaian jurulatih Croatia itu dibuat selepas melihat prestasi semasa pasukan yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee itu dalam Liga Malaysia (Liga M). Selepas mengharungi tiga perlawanan, Sabah kekal tanpa kalah dengan mengutip dua […]

“Saya Marah Kerana Pemain Seperti Berjoging” – Tomislav Steinbruckner

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui tidak gembira melihat aksi anak buahnya pada penghujung perlawanan walaupun berjaya memperoleh kemenangan ke atas Perak. Terengganu bangkit memadam jaringan awal Luiz Motta menerusi sepakan penalti Safawi Rasid serta jaringan jarak jauh Marin Pilj untuk melangkah ke suku akhir Piala FA. Aksi pasukan Terengganu pada minit akhir permainan […]

Zaquan Adha Puji Perubahan Safawi Rasid Di Terengganu

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha telah memuji perubahan yang dipamerkan oleh Safawi Rasid bersama pasukan Terengganu. Safawi Rasid yang menyertai Terengganu dari JDT secara pinjaman telah mendapat kepercayaan Tomislav Steinbruckner untuk membarisi kesebelasan utama pasukan dalam tiga perlawanan awal Liga Super. Zaquan Adha berpendapat impak yang ditampilkan oleh Safawi Rasid di atas padang amat positif […]

Tomislav Steinbruckner Percaya Safawi Rasid Perlukan Masa

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner akui bahawa kapten pasukannya iaitu Safawi Rasid memerlukan masa bagi mendapat prestasi terbaik. Terengganu dalam aksi ketiga kempen Liga Super pada semalam berjaya mencatat kemenangan bergaya 3-0 mengatasi Kelantan Darul Naim. Pemain sayap berpengalaman, Safawi Rasid menjadi watak penting dalam memastikan kemenangan di Gong Badak pada semalam. Ketika ditemu bual selepas […]

Tomislav Steinbruckner: Terengganu Sebenarnya Bermain Tanpa 4 Pemain Utama

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui Terengganu bermain di bawah prestasi sebenar walaupun meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. 3 jaringan Terengganu hadir menerusi jaringan Nurillo Tukhtasinov, jaringan sendiri Shivan Pillay serta pemain gantian, Nnaibuke Chukwu manakala Luciano Guaycochea meledak gol tunggal untuk Perak. Tomislav Steinbruckner berpandangan anak […]

Terengganu Sedia Berjuang Demi Akhyar Rashid

Terengganu FC sedia berjuang mendapatkan tiga mata menjelang aksi pertama Liga Super demi pemain sayap mereka, Akhyar Rashid. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh jurulatih skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner kepada bahagian media Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) baru-baru ini. Sebelum ini, Terengganu dikejutkan dengan insiden samun membabitkan Akhyar berhampiran kediamannya di Tanjung, Kuala Terengganu pada minggu […]

“Mungkin Pemain Terengganu Risaukan Akhyar Rashid” – Tomislav Steinbruckner

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak buahnya dalam aksi menentang Kelantan Darul Naim di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Terengganu sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dan terpaksa bermain tanpa kelibat pemain lincah, Akhyar Rashid yang disamun sehari sebelum perlawanan. Tomislav Steinbruckner berpendapat kejadian buruk yang menimpa […]

Azam Azmi & Ivan Mamut Cetus Keresahan Kem Terengganu

Jaguh Pantai Timur, Terengganu FC mula gelisah melihat isu kecederaan yang menimpa dua tonggak utama, Azam Azmi Murad dan Ivan Mamut. Kegusaran ini diluahkan oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Terengganu FC di media sosial rasmi pasukan. Namun apa yang melegakan jurulatih kelahiran Croatia ini adalah kembalinya tiga pemain […]

“Tiada Jaminan Mana-Mana Pemain Dalam Kesebelasan Utama” – Tomislav Steinbruckner

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mahu anak-anak buahnya terus bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Jurulatih berusia 58 tahun itu mahu menilai para pemainnya ketika sesi latihan dan aksi pemanas badan bagi menentukan pemain yang layak untuk mengisi kesebelasan utama pasukan. ”Saya tidak boleh memberi sebarang jaminan kepada mana-mana pemain untuk berada […]

Pendekatan Latihan Terengganu Kini Berubah

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner dilihat mengubah pendekatan latihan pra-musim pasukan itu untuk musim 2024-2025. Ini berdasarkan pemerhatian yang dibuat wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semasa meninjau sesi latihan skuad Peteh semalam. Steinbruckner dilihat bukan saja mengekalkan fokus dari segi kecergasan fizikal pemain. Malah, pengendali Croatia itu turut mahukan para pemain memahami falsafah permainan […]

“Safawi Dan Akhyar Perlu Buktikan Atas Padang” – Tomislav Steinbruckner

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berharap duo pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipinjamkan ke Terengganu iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dapat membuktikan kemampuan masing-masing. Walaupun hadir ke Terengganu dengan status pinjaman, ianya bukanlah tiket khas buat kedua-dua pemain ini untuk berada di dalam kesebelasan utama. Safawi dan Akhyar perlu bersaing dengan pemain-pemain lain […]