Tomislav Steinbruckner & Terengganu Berpisah

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner secara rasmi berpisah bersama kelab Pantai Timur. Berita ini dimaklumkan oleh Terengganu FC menerusi satu hantaran di laman media sosial yang menyaksikan Tomislav bersetuju untuk menamatkan kontrak beliau selaku ketua jurulatih. “Kelab Terengganu FC telah mengadakan satu perbincangan bersama pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner dan telah mencapai satu persetujuan bersama […]
Terengganu Kempunan 5 Aksi Tanpa Kemenangan

Terengganu FC terus bergelut untuk mengakhiri kemarau kemenangan yang membelenggu pasukan itu kebelakangan ini. Selepas lima perlawanan dalam semua kejohanan termasuk Liga Super, Peteh merekodkan tiga keputusan seri dan dua kekalahan. Ini termasuk kekalahan 1-0 di tangan Selangor menerusi gol pantas Ronnie Fernandez. Lebih perit, dua kekalahan itu dialami di stadium keramat mereka, Stadium Sultan […]
Liga Super: Gol ‘Kilat’ Ronnie Fernandez Bantu Selangor Benam Terengganu

Terengganu terpaksa akur tewas di gelanggang sendiri kepada Selangor dengan jaringan 1-0 bagi saingan Liga Super. Tomislac Steinbruckner menurunkan kesebelasan terbaik yang dibarisi oleh Akhyar Rashid, Manuel Ott, Nurillo Tukhtasinov, Marin Pilj dan Safawi Rasid selaku kapten pasukan. Selangor pula menagih bisa Ronnie Fernandez, Ali Olwan, Alvin Fortes, Nooa Laine, Sharul Nazeem dan Safuwan Baharudin […]
Terengganu Tampilkan Skuad Campuran Hadapi Đông Á Thanh Hóa

Shopee Cup: Terengganu dijangka bakal menurunkan skuad campuran berdepan kelab Vietnam, Đông Á Thanh Hóa. Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengenai percaturan aksi di Gong Badak. Beliau memberitahu bahawa moral pasukannya berada dalam keadaan baik sungguhpun bakal turun tanpa dua tonggak penting iaitu Safwan Mazlan dan juga Shahrul Nizam. Pengendali […]
Shopee Cup: Tomislav Steinbruckner Tuntut 3 Mata Dari Terengganu

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mahu pasukan itu meraih tiga mata penuh bila berdepan Thanh Hoa. Keinginan itu dinyatakan pengendali Croatia itu selepas melihat Peteh tumbang kepada kelab Kemboja, Svay Rieng dalam aksi pertama Kumpulan A Shopee Cup. Meskipun beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 21 Ogos lalu, Svay Rieng berjaya menyumbat […]
Terengganu Beraksi Tanpa Safwan & Shahrul Nizam Lawan Dong A Thanh Hoa

Terengganu FC terpaksa melupakan dua tonggak utama mereka di bahagian pertahanan, Safwan Mazlan dan Shahrul Nizam Ros Hasni menjelang aksi terbaru Shopee Cup. Ini selepas pengendali Peteh, Tomislav Steinbruckner mengesahkan Safwan dan Shahrul Nizam masih belum cergas untuk aksi kedua Kumpulan A menentang Thanh Hoa. Steinbruckner turut memberi bayangan bek kanan kebangsaan, Azam Azmi Murad […]
Tomislav Steinbruckner Puas Raih Satu Mata

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berpuas hati melihat pasukannya mencuri satu mata dalam aksi terbaru Liga Super di Stadium Likas. Aksi di Likas kembali menemukan Terengganu dan tuan rumah, Sabah FC. Aksi yang berlangsung pada 15 September itu dilihat peluang buat Sang Badak membalas dendam selepas disingkirkan di peringkat suku akhir Piala FA 2024. Sabah […]
Terengganu Letak Harapan Besar Kepada Nelson Bonilla

Terengganu FC berharap kehadiran penyerang import baru, Nelson Bonilla bakal menambah dimensi baru di bahagian serangan mereka. Harapan ini disuarakan pengendali Croatia, Tomislav Steinbruckner selepas penyerang El Salvador itu sah menyertai Peteh pada 21 Ogos lalu. Steinbruckner merasakan ketiadaan penjaring terbanyak Terengganu pada musim 2023, Ivan Mamut sedikit sebanyak menjejaskan rentak pasukan. Ini kerana penyerang […]
Tomislav Steinbruckner: Terengganu Main Tanpa Keyakinan

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui kekurangan keyakinan dalam kalangan pemain membawa kepada kekalahan 3-2 di tangan Preah Khan Reach Svay Rieng. Aksi pertama Kumpulan A Shopee Cup menemukan Terengganu dan wakil Kemboja itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 21 Ogos lalu. Meskipun dilabel pasukan pilihan, skuad Peteh tergamam apabila ketinggalan dua […]
Tomislav Steinbruckner Buntu Terengganu Bolos Cara Sama Lagi

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui tiada jawapan tentang gol saat akhir Sri Pahang yang menyaksikan Terengganu terlepas peluang meraih tiga mata berharga. Tandukan Stefano Bruno pada minit ke-95 menjadikan kedudukan seri 1-1 sekaligus memaksa anak buah Tomislav Steinbruckner untuk berkongsi satu mata di gelanggang sendiri. Tomislav Steinbruckner mengakui sedikit kecewa kerana terlepas peluang meraih […]
Bolos 10 Gol, Tomislav Steinbruckner Kurang Senang Dengan Pertahanan Terengganu

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner tidak berpuas hati dengan barisan benteng pertahanan pasukannya ketika aksi separuh akhir kedua pada Sabtu. Pada aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ itu, Safuwan Baharudin muncul wira Selangor dengan hatrik hasil dua tandukan dan voli pada minit ketiga, keenam dan ke-52. Manakala, gol tunggal Terengganu disumbangkan oleh Ismaheel Akinade namun jaringan […]
Benteng Terengganu Rapuh Gusarkan Tomislav Steinbruckner

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui bimbang dengan kerapuhan benteng pertahanan pasukan itu sejak kebelakangan ini. Tiga perlawanan Liga Malaysia (Liga M) lepas menyaksikan benteng pertahanan Peteh dibolosi sebanyak lapan kali. Ini termasuk aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024 membabitkan Terengganu dan Selangor FC. Meskipun berjaya meraih kemenangan 3-2 pada 19 Julai lalu, Merah […]
Penyerang Croatia Dalam Radar Terengganu

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mendedahkan pasukan Pantai Timur itu kini mengintai khidmat seorang peledak gol dari Croatia. Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 menyaksikan skuad Peteh meledakkan 19 gol. Penjaring terbanyak Terengganu ketika ini ialah Safawi Rasid dan Ismaheel Akinade yang berkongsi empat gol. Meskipun begitu, pasukan itu merindui penjaring terbanyak mereka pada musim […]
Tomislav Steinbruckner: Terengganu Buat Sehabis Baik Tanpa Tonggak Utama

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner akui sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh anak buahnya. Meskipun tanpa beberapa tonggak utama seperti Akhyar Rashid dan Safawi Rasid, beliau percaya anak buahnya tetap memberi saingan hebat kepada pasukan tuan rumah. Malang berganda buat Terengganu apabila dihukum beraksi 10 pemain selepas Ubaidullah Shamsul dilayangkan kad merah di separuh […]
Terengganu Pincang Tanpa Safwan Mazlan

Pasukan Pantai Timur, Terengganu FC terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan kebangsaan, Safwan Mazlan menjelang aksi terbaru liga menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Sebelum ini, skuad Peteh terpaksa melupakan khidmat dua pemain sayap negara, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid untuk aksi berkenaan. Ini disebabkan status mereka sebagai pemain pinjaman pasukan gergasi selatan tanah air […]
Terengganu Idam Raih Mata Berdepan JDT

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner menyeru anak buahnya memberikan tentangan yang hebat menjelang aksi Liga Super bertemu JDT kelak. Dua perlawanan Liga Super melawan JDT dan Negeri Sembilan amat penting pada pandangan jurulatih itu dalam mencipta momentum positif sebelum turun untuk perlawanan kedua separuh akhir Piala FA menentang Selangor kelak. Terengganu yang berada di […]