Tiada Siaran Piala Asia Buat Rakyat Thailand

Rakyat Thailand menerima tamparan hebat selepas tiada satu pun saluran televisyen yang berjaya mendapatkan hak untuk menyiarkan saingan Piala Asia 2023 Qatar. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan terkenal Thailand, Ta Lao dalam laman X miliknya. Beliau seakan-akan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. “Tiada siaran langsung di Thailand. Tiada satu pun stesen TV […]

Thailand Jalani Persiapan Aneh Ke Qatar

Skuad kebangsaan Thailand merupakan salah satu pasukan yang belum tiba di Qatar bagi meghadapi saingan Piala Asia 2023. Skuad kendalian Masatada Ishii itu kini masih berada di Thailand dan bakal menghadapi satu perlawanan latihan sebelum berangkat ke Qatar. Persiapan Thailand dlilihat tidak seperti pasukan-pasukan lain yang bersaing di Piala Asia. Ketika pasukan lain mengatur perlawanan […]

5 Pemain Asia Tenggara Paling Bernilai Warnai Piala Asia 2023

5 pemain Asia Tenggara paling bernilai akan mewarnai Piala Asia 2023 setelah pasukan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam berjaya melayakkan diri secara merit. Berdasarkan laman Transfermarkt, berikut merupakan 5 pemain Asia Tenggara paling bernilai yang dipanggil menyertai kejohanan Piala Asia di Qatar: 1. Sandy Walsh (Indonesia) – RM7.62 juta Sandy Walsh merupakan pemain kacukan Indonesia-Belanda […]

Ekanit Panya Tolak Panggilan Thailand Ke Qatar

Ramai penyokong Thailand terkejut dengan keputusan yang dibuat pemain tengah Urawa Red Diamonds, Ekanit Panya hari ini. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan Ekanit telah menarik diri daripada skuad Gajah Perang. Pemain berusia 24 tahun itu berbuat demikian kerana mahu mengikuti sesi latihan pra-musim Urawa di bawah bimbingan jurulatih baru, Per-Mathias Hogmo. Hogmo […]

Kapten Thailand Keracunan, Berisiko Disisihkan Ke Qatar

Satu lagi perkhabaran kurang baik dibawa oleh kem Thailand selepas kapten pasukan mengalami keracunan beberapa hari sebelum ke Qatar. Skuad Gajah Perang sudah pun mengumumkan senarai 26 orang pemain ke kejohanan berprestj Asia itu dengan nama kapten pasukan, Terrathon Bunmathan bakal mengetuai cabaran Thailand. Skuad kendalian Matasada Ishii sudah pun menerima tamparan hebat selepas dua […]

Indonesia & Thailand Alami Nasib Serupa Ke Piala Asia

Indonesia dan Thailand menghadapi ujian yang cukup hebat sebelum melangkah ke pentas Piala Asia yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sang Garuda berada dalam momentum yang kurang baik sementara Thailand kini masih dalam fasa penyesuaian dengan falsafah yang diterapkan oleh ketua jurulatih baharu, Masatada Ishii. Indonesia kini menghuni tangga ke-146 dunia menerima tamparan hebat apabila […]

Chanatip Songkrasin Tersisih Dari Skuad Akhir Thailand Ke Piala Asia

Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin telah disisihkan daripada skuad 26 pemain terakhir pasukan kebangsaan Thailand untuk Piala Asian Cup 2023. Pemain berusia 30 tahun yang mengalami kecederaan ketika aksi menentang China dalam Kelayakan Piala Dunia November lalu dikhabarkan tidak dapat pulih dengan sepenuhnya sebelum kejohanan Piala Asia. Penyerang kebangsaan Thailand, Supachai Jaided antara […]

Lebih 60,000 Penyokong Hadir Saksikan Perlawanan Jepun Menentang Pasukan Asia Tenggara

Perlawanan persahabatan antara Jepun dan Thailand pada 1 Januari lalu bukan saja aksi pemanas badan pra-Piala Asia 2023 buat kedua-dua pasukan. Malah, perlawanan ini menjadi saksi kehadiran penonton tertinggi untuk perlawanan antarabangsa membabitkan Samurai Biru. Mengikut perkongsian wartawan sukan The Japan Times, Dan Orlowitz, kehadiran penonton di Stadium Nasional Jepun pada hari itu ialah seramai […]

Masatada Ishii: Jurang Jepun & Thailand Terlalu Besar

Ketua jurulatih Thailand, Masatada Ishii sedar bahawa perbezaan kualiti pemain Jepun dan pemainnya amat ketara. Menurut laporan daripada Ta Lao, jurulatih berusia 56 tahun itu sedar akan tahap kualiti pemainnya yang jauh ketinggalan berbanding pemain negara Matahari Terbit itu. “Saya sedar betapa jauhnya jarak Thailand dengan Jepun”, komen beliau selepas perlawanan. Tambah beliau lagi, pengalaman […]

Jepun Belasah Thailand

Skuad kebangsaan Jepun membuktikan status mereka sebagai pasukan terbaik Asia ketika ini dengan membelasah Thailand 5-0 hari ini. Perlawanan hari ini merupakan perlawanan pemanas badan bagi kedua-dua pasukan sebelum mengharungi kempen Piala Asia 2023. Jepun turun dengan misi mengekalkan rekod 100% kemenangan buat kali kesembilan berturut-turut. Sementara Thailand pula ingin mengulangi kejayaan mengalahkan Jepun pada […]

Aksi Thailand Lawan Pasukan Ke-17 Dunia Jadi Tumpuan

Thailand berdepan persiapan begitu hebat selepas mengesahkan akan bertemu dengan pasukan ke-17 dunia tidak lama kagi. Tampuk kejurulatihan Gajah Perang bertukar sekelip mata selepas Mano Polking tidak lagi bersama pasukan untuk berjuang di pentas Piala Asia 2023. Kemasukan pengendali baharu, Masatada Ishii jelas membuktikan keseriusan pasukan untuk membawa perubahan dengan beberapa pemain muda juga diberi […]

Takumi Minamino Harap Thailand ‘Bantu’ Tambat Hati Jurulatih Jepun

Bekas pemain sayap Liverpool, Takumi Minamino Thailand dapat ‘membantunya’ menambat hati jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu. Ini kerana untuk tahun 2023, beliau gagal mendapat panggilan menyertai Samurai Biru walaupun menunjukkan prestasi baik di AS Monaco pada musim lepas. Nasibnya berubah apabila berlakunya perubahan tampuk kejurulatihan dengan Adi Hutter dilantik sebagai pengurus baru Monaco selepas Philippe Clement […]

Masatada Ishii: Kita Mahu Tunjukkan Potensi Thailand

Jurulatih Thailand, Masatada Ishii melihat aksi persahabatan menentang Jepun pada 1 Januari 2024 sebagai medan terbaik memperlihatkan potensi Thailand. Perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Nasional Jepun, Tokyo itu merupakan perlawanan pertama beliau sebagai jurulatih Thailand selepas menggantikan jurulatih sebelumnya, Mano Polking. Lantas, perlawanan tersebut dilihat peluang buat Ishii menilai barisan pemain yang ada sebelum […]

Suphanat Mueanta Cipta Sejarah Di Belgium

Bintang muda Thailand, Suphanat Mueanta mencipta sejarah tersendiri dalam saingan Jupiler Pro League bersama kelabnya, Oud-Heverlee Leuven semalam. Suphanat mencipta sejarah sebagai pemain Thailand pertama yang menjaringkan gol dalam saingan liga tertinggi Belgium itu. Gol tersebut dijaringkan semasa OHL menentang Eupen dalam aksi terbaru Jupiler Pro League sebelum liga berhenti rehat untuk rehat musim sejuk. […]

Thailand Bawa Skuad Tempang Ke Qatar

Thailand mendapat tamparan hebat menjelang saingan Piala Asia 2023 di Qatar yang bakal berlangsung pada 12 Januari ini. SNE Sports melaporkan penyerang berbisa skuad Gajah Perang, Teerasil Dangda terpaksa menarik diri daripada pasukan yang dibimbing Masatada Ishii itu. Teerasil dilaporkan mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) semasa perlawanan Thai FA Cup membabitkan BG Pathum United […]

Hampir 68,000 Penyokong Bakal Hangatkan Aksi Jepun & Thailand

Aksi persahabatan antarabangsa membabitkan Jepun dan Thailand pada 1 Januari 2024 amat dinantikan oleh peminat bola sepak kedua-dua negara. Ini terbukti apabila Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerima maklumat daripada Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) bahawa jualan tiket untuk perlawanan di Stadium Nasional Jepun di Tokyo sudah habis dijual. Pengumuman ini dibuat di laman media […]