Kelab Belgium Tak Lepaskan Suphanat Mueanta Berdepan Jepun

Thailand mendapat tamparan hebat apabila tidak dapat menggunakan khidmat Suphanat Mueanta untuk aksi persahabatan menentang Jepun pada 1 Januari ini. Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerusi satu hantaran di laman media sosial Changsuek hari ini. Kelab Suphanat iaitu Oud-Heverlee Leuven memaklumkan tidak dapat berbuat demikian memandangkan mereka masih ada baki dua […]

Dion Cools Bawa Prestasi Kukuh Di Thailand Bersama Malaysia

Prestasi cemerlang Dion Cools bersama juara Thai League 1 musim lepas, Buriram United amat berguna untuk skuad negara menjelang saingan Piala Asia 2023. Musim 2023-2024 menyaksikan bekas bek tengah FC Brugge itu telah merekodkan 21 penampilan dalam semua kejohanan untuk Buriram United termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Biarpun Thunder Castle ketika ini di tangga keempat […]

Era Baru Thailand Bermula, Bawa Skuad Ampuh Lawan Jepun

Jurulatih Jepun, Masatada Ishii mula membentuk pasukan Thailand menjelang saingan Piala Asia 2023 yang berlangsung pada tahun hadapan. Hari ini, Persatuan Bola Sepak Thailand mengumumkan senarai 23 pemain yang dipanggil untuk aksi persahabatan menentang Jepun pada 1 Januari ini. Dua pemain Buriram United, Siwarak Tedsungnoen dan Theerathon Bunmathan dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri di […]

Masalah Tunggakan Gaji Kelab Gergasi Thailand Semakin Parah

Selepas tidak menerima tunggakan gaji selama lima bulan, barisan pemain kelab gergasi Thailand, Police Tero memfailkan aduan kepada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) semalam. SiamSport melaporkan selain FAT, mereka turut menghantar surat aduan kepada pengendali Thai League 1, Thai League Co. Ltd. Surat aduan yang dihantar menyatakan mereka bukan saja berdepan tunggakan gaji selama lima […]

Masatada Ishii Dilantik Ketua Jurulatih Baharu Thailand

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan jurulatih dari Jepun, Masatada Ishii dilantik sebagai ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan Thailand.  Memetik laporan Bangkok Post, tempoh kontrak serta terma syarat antara FAT dan Masatada Ishii tidak didedahkan kepada pihak umum.  Beliau sebelum ini telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal terlebih dahulu pada bulan Ogos yang lalu. Jurulatih Kelahiran […]

Jepun Turunkan Skuad Kedua Lawan Thailand

Sebagai persediaan ke Piala Asia 2023, Jepun bakal menurunkan barisan kedua mereka bila menentang Thailand untuk aksi persahabatan pada 1 Januari ini. Ini dapat dilihat berdasarkan senarai pemain yang dipanggil oleh jurulatih Samurai Biru, Hajime Moriyasu seperti yang dikongsikan J. League International hari ini. Kebanyakan pemain yang dipanggil memiliki 10 penampilan antarabangsa ke bawah seperti […]

Malaysia Hampiri Thailand & Vietnam, Berpeluang Jadi No.1 ASEAN

Konsistensi yang dipamerkan oleh skuad kebangsaan Malaysia membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila mencatatkan unjuran positif dalam kemas kini ranking FIFA terbaru. Skuad kendalian Kim Pan-gon menjadi satu-satunya pasukan di Asia Tenggara yang merekodkan kemenangan bersih dalam dua aksi sulung di Kelayakan Piala Dunia 2026. Harimau Malaya cemerlang menumpaskan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan dan juga Chinese […]

Atlet Paralimpik Bunuh Isteri Di Majlis Perkahwinan

Seorang atlet paralimpik Thailand telah menembak mati isterinya dan 3 orang yang lain sebelum membunuh diri pada majlis perkahwinannya. Atlet tersebut dikenali sebagai Chaturong Suksuk telah menembak isterinya, Kanchana Pachunthuek, 44 tahun sehingga maut di majlis tersebut. Mangsa yang lain merupakan ibu mertuanya sendiri iaitu Kingthong Klajoho, 62 tahun, adik iparnya, Kornnipa Manato, 38 tahun, […]

Pemain Thailand Jaring Gol Dari Tengah Padang

Satu gol jarak jauh yang dijaringkan dalam aksi liga Thailand semalam telah dicanang sebagai calon Anugerah Puskas 2024. Penyerang veteran Brazil yang mewakili Chiangrai United, Bill Rosimar atau Bill mencetuskan keributan dengan menjaringkan gol dari kawasan garis bulatan padang. Gol tersebut dijaringkan dalam perlawanan terbaru Thai League 1 membabitkan Chiangrai dan Port FC yang berlangsung […]

5 Negara ASEAN Catat Penurunan Ranking FIFA

Ranking FIFA Masa-Nyata ASEAN: 5 negara ASEAN merekodkan penurunan ranking FIFA selepas mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 baru-baru ini. Hal ini berbeza dengan Malaysia yang mempamerkan perjuangan hebat untuk menewaskan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei. Kemenangan membolehkan Malaysia meraih tambahan +26.1 mata untuk naik ke tangga 130 dunia dengan 1122.9 mata. 4 […]

Mano Polking Jawab Punca Tinggalkan Thailand Secara Tiba-Tiba

Selepas dipecat sebagai jurulatih Thailand semalam, Mano Polking dikatakan telah meninggalkan negara itu – satu keputusan yang membuatkan penyokong Thailand tertanya-tanya. Ada yang menyangka tindakannya itu ada kaitan dengan khabar angin beliau dikaitkan dengan kelab Vietnam, Ho Chi Minh City FC. Tidak lama selepas berita pemecatannya timbul, Polking dikatakan sudah bersetuju untuk menjadi jurulatih kelab […]

Mano Polking & Thailand Berpisah

Kemenangan 3-1 Thailand ke atas Singapura semalam merupakan perlawanan terakhir Mano Polking sebagai jurulatih Thailand. Ini kerana pada hari ini, Polking sah tidak lagi melatih skuad Gajah Perang. Perkara ini dikongsikan oleh pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau Madam Pang dalam satu hantaran di Facebook beliau. “Terima kasih atas dedikasi dan kerja keras anda sepanjang dua […]

“Lihat Badan Dia, Dia Kuat Seperti Mesin” – Mano Polking

Kemenangan 3-1 Thailand ke atas Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 semalam memperlihatkan beberapa pemain Thailand menunjukkan aksi memukau. Antara pemain yang mempamerkan permainan yang berkualiti adalah Suphanat Mueanta, Teerasil Dangda dan Supachok Sarachat. Suphanat berjaya meledak dua jaringan, abangnya, Supachok menjaringkan satu gol manakala Teerasil telah menghasilkan dua bantuan gol. Mengulas kemenangan berharga Thailand, […]

Kelayakan Piala Dunia: Singapura Tewas Di Laman Sendiri Kepada Thailand

Aksi Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 diteruskan dengan pertembungan dua pasukan Asia Tenggara iaitu Singapura yang melayan kunjungan Thailand di Stadium Nasional Singapura sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik demi mencapai kemenangan sulung dalam kempen kelayakan ini. Perlawanan dimulakan dengan Thailand terlebih dahulu menguji penjaga gol Singapura, Hassan Sunny seawal minit pertama melalui […]

Park Hang-seo Mahu Jadi Jurulatih Thailand?

Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo tidak menolak peluang menjadi jurulatih Thailand sekiranya peluang itu wujud. Ketika ini, jurulatih Thailand, Mano Polking masih mempunyai kontrak dengan skuad Gajah Perang sehingga tamat kempen Piala Asia 2023. Bagaimanapun, ramai menjangkakan jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu akan dilepaskan tanpa mengira pencapaian Thailand dalam kejohanan itu. Justeru, tidak hairanlah antara nama […]

Safuwan Baharudin Teruja Kembali Beraksi Di Hadapan Penyokong Sendiri

Selepas tewas pada aksi sulung Kelayakan Piala Dunia 2026 di tangan Korea Selatan, Singapura mahu bangkit semula dalam perlawanan kedua menentang Thailand malam ini (21 November). Pemain pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin telah melaungkan keyakinan untuk mendapatkan tiga mata di hadapan ribuan penyokong sendiri kerana perasaannya amat berbeza. “Rasa seronok dapat kembali terutama bermain di tempat […]