Dua Pemain Thailand Bakal Jadi Pesaing Luqman Hakim Di Jepun

Selepas Luqman Hakim disahkan menyertai Yokohama SCC yang beraksi di Liga J3, kini dua pemain Thailand menyusul dengan turut menyertai kelab Liga J3, Nara Club. Dua pemain yang dimaksudkan adalah penyerang muda BG Pathum United, Patrik Gustafsson dan juga penjaga gol BG Pathum United, Kiatphon Udom. Perpindahan kedua-dua pemain ini disahkan sendiri oleh BG Pathum […]
Pertahanan Thailand Kekal Kebal Setanding Qatar

Jentera pertahanan Thailand wajar dipuji apabila mencatat rekod kebal sepanjang beraksi dalam kumpulan F menentang Oman, Kyrgyzstan dan Arab Saudi. Malah Thailand masih belum kalah apabila meraih 1 kemenangan berdepan Kyrgyzstan serta dua kali seri berdepan Oman dan Arab Saudi. Penjaga gol Gajah Perang, Saranon Anuin berjaya menyekat serangan Kyrgyzstan yang melakukan 3 percubaan tepat, […]
Pemain Thailand Khusyuk Saksikan Aksi Malaysia & Korea Selatan

Bukan sahaja rakyat Malaysia namun pemain Thailand turut khusyuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan. Para pemain kebangsaan Thailand sempat meluangkan masa dibilik persalinan untuk mengetahui perkembangan Malaysia melawan Korea Selatan sebelum mereka turun bertemu Arab Saudi. Perkara tersebut dikongsikan Persatuan Bola Sepak Thailand menerusi sebuah hantaran di laman Instagram malah pemain pertahanan Thailand, Elias […]
AFC Asian Cup: Thailand, Arab Saudi Sama Handal

Thailand dan Arab Saudi berkongsi mata dalam aksi terakhir saingan peringkat kumpulan Piala Asia 2023. Babak separuh masa pertama tamat dengan tiada jaringan berjaya dihasilkan kedua pasukan. Biarpun Arab Saudi dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil pada minit kesepuluh permainan, sepakan Abdullah Radif digagalkan penjaga gol Thailand, Saranon Anuin. Bersambung aksi di babak kedua permainan, Saudi […]
AFC Asian Cup: Thailand Hampiri Kedudukan 100 Terbaik Dunia

Thailand berpeluang untuk menembusi kelompok 100 terbaik dunia tidak lama lagi. Ini selepas kejayaan Thailand mengikat pasukan di ranking ke-75 dunia, Oman dalam aksi kedua kumpulan F AFC Asian Cup kelmarin. Menurut perkongsian Footy Rankings di laman X, skuad bimbingan Masatada Ishii itu telah memperoleh tambahan mata sebanyak 3.89 hasil keputusan seri semalam. Ini sekaligus […]
AFC Asian Cup: Thailand Hilang Khidmat Theerathon Bunmathan

Thailand menerima tamparan hebat apabila terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan, Theerathon Bunmathan menjelang perlawanan terakhir bagi saingan peringkat kumpulan F Piala Asia 2024. Pemain pertahanan itu akan terlepas aksi penting menentang Arab Saudi selepas beliau mendapatkan kad kuning kedua dalam dua perlawanan menentang Krygyzstan dan Oman. Semalam, Thailand sekali lagi berjaya mempamerkan prestasi terbaik mereka […]
AFC Asian Cup: Thailand Buat Oman Buntu Gol

Thailand sekali lagi pamer aksi mengagumkan untuk mengikat Oman di Stadium Abdullah bin Khalifa. Masatada Ishii mempertaruhkan Supachai Chaided selaku penyerang utama pasukan manakala Theerathon Bunmathan memakai lilitan kapten pasukan Thailand. Oman pula menagih bisa gandingan dua penyerang, Issam Al-Subhi dan Muhsen Al Ghassani dalam mencari kemenangan pertama Oman di Piala Asia. Oman menguasai pegangan […]
AFC Asian Cup: Vietnam Alami Dua Detik Buruk, Status No.1 Asean Kini Terancam Hebat

Kedudukan Vietnam selaku jaguh nombor satu di rantau Asia Tenggara kini semakin terancam hebat selepas tewas kepada Indonesia dengan keputusan 1-0. Skuad kendalian Phillipe Troussier terpaksa menelan hakikat selepas tewas kepada Timnas Indonesia menerusi jaringan tunggal kapten pasukan, Asnawi Mangkualam. Kekalahan itu menyaksikan kedudukan Golden Star Warriors selaku jaguh Asean kini tergugat selepas jatuh 4 […]
Skuad Muda Thailand Belasah Kuwait

Skuad Thailand Bawah 23 Tahun (B-23) tampil cemerlang dengan membelasah Kuwait 4-2 dalam aksi persahabatan antarabangsa yang diadakan di Thailand baru-baru ini. Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan skuad muda Gajah Perang ke Piala Asia B-23 2024 yang berlangsung di Qatar pada April ini. Thailand yang dibimbing Issara Sritaro mencipta kejutan dengan mendahului pada minit […]
AFC Asian Cup: Thailand Terpaksa Bayar Kemenangan Dengan Harga Mahal

Kemenangan yang diperoleh pasukan gergasi Asia Tenggara, Thailand terpaksa dibayar dengan harga mahal selepas peledak gol kemenangan perlawanan kini mengalami kecederaan. Skuad Gajah Perang kembali mengamuk sungguhpun kempen ke Piala Asia bermula hambar selepas beberapa watak penting pasukan terpaksa disisihkan. Namun begitu, sentuhan ketua jurulatih Changsuek, Matasada Ishii kembali menjadi bualan selepas berjaya membantu Thailand […]
AFC Asian Cup: Thailand Gah Daki Anak Tangga Ranking FIFA

Kemenangan berharga ke atas Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan F Piala Asia 2023 semalam menyaksikan Thailand kini gah mendaki anak tangga ranking FIFA. Melalui satu hantaran yang disiarakan oleh Footy Ranking di laman X, Thailand memperolehi tambahan mata sebanyak 18.99 mata. Dengan tambahan mata itu, ranking Thailand melonjak ke kedudukan 105 dunia berbanding kedudukan ke-113 sebelum […]
AFC Asian Cup: Thailand Banggakan Asean, Malukan Kyrgyzstan

AFC Asian Cup: Aksi pertama Kumpulan F antara pasukan Thailand dan Kyrgyzstan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Thailand. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi meraih 3 mata penting bagi aksi pembukaan di Qatar. Skuad Gajah Perang bermula garang apabila satu serangan balas pantas berjaya direncanakan namun tolakan pantas Supachok Sarachat dibatalkan kerana ofsaid. Perlawanan […]
AFC Asian Cup: Madame Pang Umum Ganjaran Cecah RM1 Juta Kepada Pemain Thailand Bersyarat

Presiden Bola Sepak Thailand, Madame Pang mengumumkan bahawa pasukan Thailand bakal diberikan habuan lumayan jika menepati syarat yang ditetapkan. Menurut laporan daripada wartawan daripada Thailand, Ta Lao, skuad Gajah Perang akan diberi RM132 ribu bagi setiap jumlah mata yang diperoleh bagi setiap perlawanan dalam peringkat kumpulan. Contohnya, jika Thailand berjaya memperoleh tiga kemenangan iaitu 9 […]
Siaran Langsung AFC Asian Cup: Thailand vs Kyrgyzstan (Live Streaming)

AFC Asian Cup: Aksi AFC Asian Cup 2023 antara pasukan Thailand dan Kyrgyzstan mencuri tumpuan ramai tatkala perlawanan pembukaan itu menentukan nasib pasukan Asia Tenggara di Qatar pada edisi kali ini. Ketua jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic telah mencabar pasukannya untuk mencipta rekod dalam Piala Asia AFC Qatar 2023, bermula dengan pertembungan Kumpulan F menentang Thailand di […]
AFC Asian Cup: Thailand Optimis Dengan Kedudukan Ranking Tercorot Kumpulan

Pengendali Thailand, Masatada Ishii mengakui kedudukan ranking pasukan itu dengan tiga pasukan lain dalam Kumpulan F menjadikan mereka sebagai pasukan bukan pilihan. Mengikut kedudukan terkini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), skuad Gajah Perang berada pada kedudukan ke-113 dunia. Ini sama sekali berbeza dengan Arab Saudi yang menduduki ranking ke-56, Oman (ke-74) dan lawan mereka […]
Ekanit Panya Kekal Bersama Urawa Reds

Pemain tengah Thailand, Ekanit Panya sah kekal bersama juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022, Urawa Reds selama semusim lagi. Ini selepas kelab J1 League itu mengumumkan telah melanjutkan lagi tempoh pinjaman Ekanit sehingga penghujung tahun 2024 dari kelab Muangthong United. Pengurusan The Red Devils berbuat demikian selepas berpuas hati dengan impak yang ditunjukkan beliau untuk […]