Gol Sendiri ‘Ala’ Robin Van Persie Terjadi Di Liga Thailand

Gol sendiri paling unik mencuri perhatian apabila berlaku di Liga Thailand baru-baru ini. Pertembungan antara pasukan Chonburi dan juga PT Prachuap bagi aksi ke-28 musim ini. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan Chonburi diketuai oleh Willian Lira dan juga Caion. PT Prachuap mempertaruhkan Derley dan juga Samuel untuk merobek gawang yang dikawal kemas […]

Penjaga Gol Filipina, Neil Etheridge Dalam Radar Buriram United

Penjaga gol pasukan kebangsaan Filipina, Neil Ethridge dilaporkan berada dalam radar jaguh Thai League 1, Buriram United. Pemain berusia 34 tahun menghabiskan sebahagian besar karierinya di Eropah selain pernah menghangatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Cardiff City. Beliau kini bersaing EFL Championship iaitu Divisyen Dua England bersama Birmingham City FC sejak musim 2020/2021. Menerusi […]

Dion Cools Dipilih Pemain Terbaik Mingguan Di Thailand

Prestasi memberangsangkan pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools terus mendapat perhatian apabila beliau dipilih antara pemain terbaik Thai League 1 minggu ke-27. Sejak jurulatih Buriram, Jorginho Campos meletakkan beliau sebagai bek kanan untuk perlawanan menentang Muangthong United, pemain pertahanan berusia 27 tahun itu menunjukkan peningkatan dari segi prestasi. Berdasarkan penilaian Sofascore, Cools merekodkan markah 7.5 dan […]

Penilaian Dion Cools Mencanak Naik Sejak Jadi Pertahanan Kanan

Penilaian yang diterima oleh pertahanan Buriram United, Dion Cools mencanak naik sejak beraksi pada posisi pertahanan kanan. Pemain berusia 27 tahun itu mengharungi kempen cemerlang pada tahun keduanya beraksi bersama juara bertahan Thai League 1 itu. Beliau yang menyertai pasukan itu pada Januari tahun lalu sering mendapat tempat untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan. Khidmat […]

Tan Cheng Hoe: Saya Tak Pasti Tentang Masa Depan Saya

Jurulatih Police Tero FC, Tan Cheng Hoe mengakui tidak pasti tentang kedudukannya bersama pasukan itu selepas tamat musim 2023/24. Perkara ini dinyatakan sendiri beliau dalam sidang media pasca-perlawanan Police Tero-Chiangrai United yang berlangsung semalam. Ketika ini, Police Tero menghuni zon penyingkiran Thai League 1 dengan 25 mata selepas mengharungi 27 perlawanan. Keadaan ini berlaku ekoran […]

Tan Cheng Hoe Hadapi Tekanan Hebat Di Thailand

Selepas lebih kurang dua bulan berkelana Thailand, bekas jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe sudah mula merasakan bahang dan tekanan di sana. Februari lalu, Tan Cheng Hoe membuat keputusan drastik dengan meninggalkan pasukan Selangor FC selepas berjaya membawa The Red Giants melayakkan diri ke saingan AFC Champions League 2 (ACL2) musim hadapan. Keputusan mengejut ini dibuat […]

Tan Cheng Hoe Guna Pendekatan Berbeza Di Thailand

Jurulatih Police Tero, Tan Cheng Hoe melihat pendekatan berbeza sebagai kunci kejayaan pasukan itu meraih kemenangan baru-baru ini. Police Tero akhirnya berjaya mengecapi kemenangan pertama dalam 12 perlawanan selepas mengalahkan Uthai Thani 1-0 dalam aksi terbaru Thai League 1. Pasukan yang diberi jolokan The Silver Shield Dragon itu meraih kemenangan menerusi gol Ekkachai Sumrei pada […]

Thai League 1: Khon Kaen United Buat Tan Cheng Hoe & Police Tero Merana Kali Ke-4

Aksi Thai League 1 menyaksikan Police Tero mengalami kekalahan ketiga dalam 4 perlawanan apabila tewas kepada Khon Kaen United dengan keputusan 4-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Provincial Khon Kaen menyaksikan ketua jurulatih Police Tero, Tan Cheng Hoe mempertaruhkan formasi 4-4-2 berbalas 4-2-3-1 oleh lawan. Pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk mengatur gerak dalam 15 […]

Tular Aksi Penyelamatan Paling Hebat Penjaga Gol Di Thailand

Aksi seorang penjaga gol sebuah kelab di Thailand menyelamatkan bola dari menerjah ke gawangnya menjadi perhatian warga maya. Perlawanan yang membabitkan True Bangkok United dan Chonburi dalam saingan Thai League 1 itu menjadi tular apabila penjaga gol Bangkok United, Patiwat Khammai berjaya menyelamatkan gawangnya meskipun sudah tertewas setelah menepis percubaan pertama lawan. Kejadian yang berlaku […]

Thai League 1: Tan Cheng Hoe & Police Tero Layu ‘Dihentam’ Muangthong United

Perlawanan menyaksikan di antara Muangthong United bertemu Police Tero dalam saingan Thai League 1 berkesudahan 3-1 sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat masing-masing demi merebut kemenangan dengan Muangthong United mempertaruhkan penyerang berpengalaman daripada Korea Selatan, Jae-Sung. Police Tero memulakan aksi dengan penguasaan bola yang sangat baik dan memaksa Muangthong United lebih berhati-hati untuk mengawal […]

Thai League 1: Dion Cools Pimpin Buriram Tundukkan Chiangrai United

Bek tengah negara, Dion Cools membantu Buriram United menghadiahkan kemenangan pertama kepada jurulatih baru mereka, Jorginho Campos. Ini selepas pasukan yang diberi jolokan Thunder Castle itu mengatasi cabaran Chiangrai United 2-1 dalam aksi terbaru Thai League 1. Perlawanan hari ini merupakan perlawanan pertama Campos sebagai jurulatih menggantikan pengendali Australia, Arthur Papas. Babak pertama menyaksikan tuan […]

Thai League 1: Tan Cheng Hoe Alami Kekalahan Pertama, Police Tero Ditewaskan PT Prachuap

Tan Cheng Hoe mengalami kekalahan pertama bersama Police Tero apabila pasukan itu tunduk kepada PT Prachuap dalam aksi terbaru Thai League 1 hari ini. Selepas meraih keputusan 1-1 dengan Nakhon Pathom pada minggu lepas, The Silver Shield Dragons berharap dapat meneruskan momentum dengan meraih kemenangan pertama dalam lapan perlawanan. Kali terakhir pasukan itu meraih kemenangan […]

Tan Cheng Hoe Sahut Cabaran Latih Police Tero

Bekas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui tawaran melatih kelab barunya, Police Tero FC sebagai satu cabaran menarik buatnya. Sebelum ini, ramai peminat bola sepak negara terkejut apabila bekas jurulatih Harimau Malaya itu memilih meninggalkan Selangor dan menerima tawaran kelab Thai League 1 itu. Ini kerana Police Tero ketika ini berada di zon penyingkiran […]

Terkini: Tan Cheng Hoe Dilantik Jurulatih Police Tero

Bekas ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe kini secara rasmi diumum sebagai pengendali baharu kelab Liga 1 Thailand, Police Tero FC. Perpisahan mengejut dengan The Red Giants berlaku apabila kelab mengumumkan bahawa khidmat jurulatih berusia 55 tahun itu ditamatkan atas persetujuan bersama. Beliau memilih untuk membawa haluan baharu ke Liga Thailand dengan kelab yang mahu […]

Terkini: Tan Cheng Hoe Tinggalkan Selangor Serta-Merta

Selangor FC hari ini mengumumkan perletakan jawatan ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe berkuat-kuasa serta merta. Selangor dan Tan Cheng Hoe mencapai kata sepakat untuk berpisah selepas pengendali berusia 55 tahun ini membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih Selangor FC. Selepas perbincangan secara terbuka daripada setiap aspek, pihak pengurusan Selangor FC akhirnya menghormati keputusan […]

Supachai Jaided Jaring Gol Dari Tengah Padang

Peledak utama skuad kebangsaan Thailand, Supachai Jaided membuktikan dirinya semakin berbisa dalam Thai League 1 musim ini. Supachai menggamatkan penyokong Buriram United di Chang Arena apabila melepaskan rembatan dari separuh padang yang menerjah gawang lawan mereka, Police Tero. Pada ketika itu, Thunder Castle selesa mendahului The Silver Shield Dragons dengan keputusan 3-0 menerusi gol Kenny […]